CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

To'ki Dah Pindah Rumah Sewa Baharu

30-10-2023 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5368| Komen: 30

To'ki sudah mula berpindah ke rumah sewa baharu yang disediakan oleh Baitulmal di Sentul sejak Jumaat lalu.

Penyanyi popular era 90-an itu berkata, tuan rumah lama melanjutkan tempoh sehingga Rabu ini bagi membolehkan dia dan isteri membuat pemindahan barang.


Foto: Harian Metro

"Alhamdulillah, terima kasih pada Baitulmal atas pertolongan diberikan. Rumah baharu dah dapat Jumaat lepas, cuma belum pindah sepenuhnya sebab ada banyak lagi barang belum siap dibungkus dan dikemas di rumah lama. Insya Allah, rabu ini dah boleh duduk.

"Kebetulan tuan rumah pun lanjutkan tempoh sampai Rabu ini untuk kami selesaikan urusan perpindahan. Kiranya pindah secara berperingkat," katanya kepada Harian Metro.

To'ki berkata, dia berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan memandangkan semua orang sudah mengetahui apa yang terjadi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan To'ki tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan yang tertunggak dari Jun sehingga September.


Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang kini mencecah RM7,000.

Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri To'ki, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.

Bagaimanapun, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To'ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal.

Pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 30-10-2023 07:02 PM
Wow, siapa mangsa baru? Beraninya ambik penyewa yg ada bad record.
Quote I.K.A888990 30-10-2023 07:13 PM
untung jadi toki naaaaa
kiri kanan org tlg
padahal ramai lagi yg betul2 susah kat luar
Quote 3chanceno 30-10-2023 07:19 PM
Rumah sewa nie 7 bilik ke atau yg dia cakap 2 bilik?  

Tahniah tuan rumah dah dapat tenant baru
Quote Juniperberri 30-10-2023 07:50 PM
ReginaGeorge replied at 30-10-2023 07:02 PM
Wow, siapa mangsa baru? Beraninya ambik penyewa yg ada bad record.

aku rasa landlord baru jenis org yg byk rumah... yg suruh ejen je uruskan segala benda. bila ade masalah pandai2 la ejen setel.
Quote kitty_lynne 30-10-2023 09:06 PM
Tgk kat tiktok.. rmh baru ni elok even rmh flat pun.. cat rumah elok semua
Quote fortiori13 30-10-2023 09:37 PM
Senangnya hidup, sana sini orang bayarkan. Orang lain ramai lg yg susah melarat pun pandai usaha cari duit sendiri...
Quote maroon_nerd 30-10-2023 10:39 PM
Bagusnya tuan rumah baru dia ni. Ke dia tak tahu kes to'ki ni. Aku punya rumah ada orang nak sewa. Baitulmal nak bayarkan. Mmg aku tak kasi la. Hidup camtu pun bini 2 ye. Dah nampak akan ada problem ke depan nanti.
Quote Skyline_84 30-10-2023 10:41 PM
owner rumah tktau ke citer pakcik ni??naya oo
Quote Perawankota 31-10-2023 12:36 AM
Sentul kat mana tu....
Quote Moyangkucing 31-10-2023 12:56 AM
maroon_nerd replied at 30-10-2023 10:39 PM
Bagusnya tuan rumah baru dia ni. Ke dia tak tahu kes to'ki ni. Aku punya rumah ada orang nak sewa. B ...

Tokki ni ada 2 bini ke???
Quote chekacheku 31-10-2023 01:44 AM
Xde nur sungguh tokki ni..harap segera bertaubat dan kembali ke jalan yg benar..
Quote MisXoXo 31-10-2023 07:39 AM
Mau dh kena tarbiah dengan baitumal ni .pastu jiran2 berdebooo ajaa ni.
Quote zarulnazmi 31-10-2023 07:44 AM
Firasat ku jauh. Datang dekat baru jumpa.
Quote bulalof 31-10-2023 09:22 AM
AADK & polis pergila buat saringan urine mengejut kat orang2 camni. roper pon mcm mangkaaaiii.........
Quote cik_ingeniare 31-10-2023 10:00 AM
senangnya lahai dapat rumah sewa & settle hutang tertunggak
Quote cikatilia 31-10-2023 10:21 AM
tunggu lepas few years apa reaksi tuan umah baghu
Quote talapia 31-10-2023 10:30 AM
sewa rumah baru ni sape bayarkan? baitulmal ke? kalau betul.. atas kapasiti apa? OKU bebal ke apa?
Quote maroon_nerd 31-10-2023 02:14 PM

Eh bukan.. Dia satu je bini.
Quote PinkyPie 31-10-2023 02:19 PM
Knowing kalau ada masalah pun nanti Baitulmal boleh settlekan. Tuan Rumah ok jelah kot. Paling kesian jiran tetangga la dapat jiran memekak memalam dgn busuk taik kucing. Nak pindah tu jelah rumah yg ada. Tuan rumah bukan dok situ pun. Tiap bulan dpt duit, ada prob Baitulmal cover.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050116 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top