CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusof Haslam Tak Nak Komen Apa-Apa, Takut Guris Hati Syamsul

30-10-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3448| Komen: 11

Datuk Yusof Haslam enggan memberikan sebarang komen berhubung isu rumah tangga anaknya iaitu Syamsul dan isteri Ira Kazar yang kini dikatakan kembali bergolak kerana bimbang akan menggores hati dan perasaan anaknya itu.


"Lebih elok saya tidak komen. Kalau tersalah cakap nanti bimbang nanti dia terasa hati. Jadi saya diamkan sahaja.

"Saya pun tak boleh nak bercakap banyak dia kahwin lain ke, cerai ke, sebab tidak tahu berita yang diperkatakan sekarang ini sahih atau tidak," katanya ketika dihubungi mStar.


Foto: Kosmo

Terdahulu, rumah tangga Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Ira Kazar kembali menjadi bualan apabila timbul gosip kononnya pengarah itu sudah melafazkan cerai melalui Whatsapp.

Dalam masa sama, Yusof juga memberitahu sukar untuknya mendapatkan sebarang kepastian berhubung perkara itu disebabkan Syamsul sendiri sudah lama tidak bertemu dengannya.


"Kami dah lama tidak berhubung. Isteri saya pun tak tahu mereka sudah bercerai atau berpisah.

"Isteri saya pun cakap lebih diam sahaja. Kalau saya bercakap lebih nanti timbul pula salah faham dan orang akan salahkan Syamsul," ujarnya.

Yusof berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu meskipun pernah memberitahu hubungan mereka seakan sudah terputus.

"Sebagai bapa saya sentiasa kebahagiaan anak. Dalam solat sentiasa ada doa untuk dia," luahnya.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatina Kazaruddin, 28, bernikah di Thailand pada 6 Januari lalu.

Syamsul juga pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana 8 Mac 2014 namun mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 30-10-2023 06:06 PM
Hati kau keras sol
Quote DeLuna85 30-10-2023 06:26 PM
Kes shila dah redah, sol naik balik
Quote I.K.A888990 30-10-2023 06:32 PM
sol sol kesian bapak kau sol
punya dia lindung kau giler2 tapi kau gitu je la dgn mak bapak kau...hati batu ke apa tah la kau ni
Quote ReginaGeorge 30-10-2023 06:49 PM
Dari mana kazar dapat idea namakan faghirah birah tu
Quote AWEKSAMURAI 30-10-2023 06:52 PM
Doa mak ayah termakbul ...
Quote intan244 30-10-2023 10:29 PM
ReginaGeorge: Dari mana kazar dapat idea nam ...


ala-ala fantaghiro. generation meols tau la haha.
Quote matjerk 30-10-2023 10:36 PM
ReginaGeorge replied at 30-10-2023 06:49 PM
Dari mana kazar dapat idea namakan faghirah birah tu

Nama anak2 dia semua nama bunga...

Meloq (jasmeen)
Yasmin (jasmeen)
Faghirah pun maksudnya bunga jasmin/meloq.. Screenshot_20231030-223336_Chrome.jpg
Screenshot_20231030-223228_Chrome.jpg
Quote izat123 30-10-2023 10:39 PM
Tok Sop ni memang Sol ni anak kesayangan dia lah kot. Dari muda asyik Sol Sol Sol. Tak pun Sol anak dia yang selalu buat hal sebab tu asyik Sol Sol Sol
Quote miss_strangers 30-10-2023 10:40 PM
kisah Sol n tokselam ni sebijik macam drama adaptasi anakku sazali, tajuk, AMPUNK DOSAKU. Ending dia zulhuzaimy (watak sazali) dapat penyakit hiv. Xsangka drama ni berlaku IRL. Sebijik pulak Tu plot drama ni dgn kisah hidup solhanat....
Quote Dolmat 30-10-2023 10:49 PM
Edited by Dolmat at 30-10-2023 10:57 PM

Hai lah Tok Selam... Anak mu si SOLIDENT rebel, wild dah tak bleh di kawal..

Stop menangis Tok stop!

Selain berdoa memanjang.. aper kata Tok dan Tin cari diaaaa perhambat dia dgn penyapu atau kayu mop! Baru betol cara mak bapak didik anak! Cakap banyak kali baik2 tak jalannnn alang2 perhambat sekali.. puas hati dia majuk tak nak balik... Dah perhambat anak!

Selain berdoaa memanjang aje tak buat aper2 Makin ligatttt lah si Sol tu.. sebelum dia kena hazab daulat Mak Bapak melukakan hati MAK bapak, ada baik Tok dan Tin gi perhambat SOLIDENT dulu! Baru orang tak mengata yg MAK bapak tak ajar!

Perhambat Sol tok jgn tidak2!

Manalah tahu bila Tok dan Tin perhambat, tampor muka dia depan2 crew, atau depan gang2 kreta lambo..mungkin dia akan sedar dan insaf!

Takkan nak tunggu berdoa pastu Sol nanti dapat azab dari Allah SWT baru nak nangis meraung.

Cer Tok pulak jadi Lengcai turun padang perhambat si Sol sol sol!

Bak pepatah Melayu..
SAYANG KAN ANAK TANGAN TANGAN KAN..


Quote Dolmat 30-10-2023 10:50 PM
matjerk replied at 30-10-2023 10:36 PM
Nama anak2 dia semua nama bunga...

Meloq (jasmeen)

Jasmin sebab tu perangai puakaaa!!!

Cik kak memang suka bau Jasmine, Sunday Malam..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.104367 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top