CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kaki Tak Boleh Gerak, Cakap Perlahan -Ada Pendarahan Otak, Bapa Hanis Zalikha Jalani Pembedahan

30-10-2023 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8028| Komen: 41

Hanis Zalikha sedih bapanya, Zainal Rashid yang mengalami gangguan ingatan kesan terjatuh bulan lalu.

Kata Hanis, 33, semasa insiden itu berlaku bapanya berada dalam keadaan baik dan dilaporkan tiada kecederaan serius, namun rupanya hentakan pada bahagian kepala itu memberi kesan jangka panjang.



Foto: IG

"Sebaik terjatuh, apabila melakukan imbasan X-Ray dan CT ia tidak memberitahu anda apa-apa. Semuanya baik sahaja.

"Tetapi dua dan tiga minggu kemudian boleh bertukar menjadi mimpi ngeri terbesar, darah telah membanjiri sebahagian besar otak," katanya di IG.

Cerita Hanis lagi, sebelum dibawa ke hospital bapanya mengadu kaki kanan tidak boleh bergerak malah gaya percakapan juga menjadi perlahan tidak seperti kebiasaan.



"Ayah saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena hampir sebulan lepas jatuh, apabila tiba-tiba dia tidak dapat menggerakkan kaki kanannya. Macam lagging.

"Sebab dia jatuh terhentak dahi kiri, apabila anggota belah kanan yang terjejas kami sedar ia berkaitan dengan otak.

"Ayah saya seorang yang sangat cekap dan berpendirian, tiba-tiba sangat blur dan perlahan, menjawab dalam satu perkataan," kongsinya.



Bimbang keadaan berlarutan, Hanis membuat keputusan untuk membawa bapanya mendapatkan rawatan dan terpaksa menjalani pembedahan.

Dia bagaimanapun menyedari awal perkara itu dan bertindak segera bagi mengelakkan keadaan semakin parah.

Malah, dia bersyukur pembedahan otak itu juga berjalan lancar.



"Jadi saya menghabiskan sepanjang hari uruskan dia, berunding dengan dua pakar dan seorang pakar bedah saraf. Akhirnya dimasukkan pada malam itu untuk persiapan melakukan pembedahan keesokan harinya.

"Pembedahan otak berjalan lancar atas izin Allah, terima kasih kepada semua yang terlibat. Doktor kata kalau lewat sikit je lagi memang boleh hilang keupayaan bercakap, keupayaan bernafas dan seterusnya koma, sebab otak dah compressed terlalu banyak darah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 30-10-2023 05:51 PM
Harap Keksinah Makretis dapat jaga laki biawak sheols...
Quote maroon_nerd 30-10-2023 10:32 PM
Baru tadi lepas tengok maknya dok berangan naik kereta kuda kat vienna. Tapi tu la. Mujur hospital swasta. Kalau gomen, ehmm. Tunggu la dulu nak operatenya. Lambat. Maklum la menda murah.
Quote dheya_hanna 30-10-2023 11:41 PM
Edited by dheya_hanna at 30-10-2023 11:44 PM

Neksinah dah karang post di ig nak justify dia upload pic bercoti2 feeling2 model 80an mcm yg dia dok berangan tu lps netizen komen posting sheols tak kena tempat
Quote dheya_hanna 30-10-2023 11:45 PM
Yg penting tetap nak mention she pakai bag LV ye teman laki nak masuk ot
Quote prince_marhaen 31-10-2023 09:33 AM
Wanita Henggerisssss katanyaaa uolssss........ uolsss haderrr takkk? Dalam pada laki masuk sepital...

Screenshot 2023-10-31 093212.png
Quote pembacagosip 31-10-2023 09:52 AM
x polow kek nis x pollow kek sinah juga laaa
tapi tekan link kawan post igs pasal ayah kek nis
gigih la aku tgk kek sinah punya ig. #model 80 an mesti ada ye
tgk igs dia yaaaaaaaa ampun eeeee
Quote prizadane 31-10-2023 09:58 AM
prince_marhaen replied at 30-10-2023 05:51 PM
Harap Keksinah Makretis dapat jaga laki biawak sheols...

Takde la biawak pun chuols. Tapi keksinah kan selalu cerita buruk-buruk je pasal shuben she. Seolah-olah she lah yang paling berguna, paling boleh diharap. Adik beradik sendiri, jiran pun she kutuk
Quote mizruncing 31-10-2023 10:01 AM
aiyooo anak aku baru jatuh ari tu dahi n hidung tersembam.. risau plak
Quote prince_marhaen 31-10-2023 10:27 AM
prizadane replied at 31-10-2023 09:58 AM
Takde la biawak pun chuols. Tapi keksinah kan selalu cerita buruk-buruk je pasal shuben she. Seola ...

yes meols notice ke'narsis'an beliau... meols lupa bubuh "---" kat situ...hahaha
ada dulu direct ye she mention terus 'bela biawak' ye dalam post blog sheols dulu... memang hanjeng ye level narsis dia.
anak jadi retis pun sheols paksa, anak jadi suara kartun pun sheols paksa....semua kejayaan sheols..
tak salah katanya bercuti menangkan diri sebab sheols dah berhempas pulas jaga pak rashid gittew...


Quote de_ikea 31-10-2023 10:32 AM
Iols keliru bnda ni jd bila? Dah setel atau masih di hospital. Sbb keknis post pasal ni selang beberapa minit selepas maknya jd ratu vienna. Mmg kat ig iols berturut2. Adakah semuanya throwback?. Iols lost timeline.

Kekkung mohon penjelasan plsss
Quote Queenmastani 31-10-2023 11:09 AM
Keknis ni bagus pnh baca blog dia mg dia sayang sgt2 bapan dia..rasanya mak dia bertahan dgn laki dia tu sbb keknis rapat dgn bapak dia..tgk la yg bawa g spital pn keknis..dia yg paling risau rasanya
Quote PinkyPie 31-10-2023 11:56 AM
Yg mak retis meroyan tu mengapa pulak?
Quote bukan_ustazah 31-10-2023 12:23 PM
Orang tua kalau jatuh memang banyak complication. Kalau budak tu jatuh bangun terhentak pun elok je boleh main semula sebab badan orang tua tak sama dgn orang muda
Quote sweetfasha 31-10-2023 12:36 PM
mak dia mendonia
Quote Peachlilac 2-11-2023 10:35 PM
prince_marhaen replied at 31-10-2023 09:33 AM
Wanita Henggerisssss katanyaaa uolssss........ uolsss haderrr takkk? Dalam pada laki masuk sepital.. ...

loya tekak baca caption acik ni. cringe nak mati
Quote LoveSungmin 3-11-2023 12:09 AM
buruksnya la rupa hamis ni
Quote TerataiMelur02 3-11-2023 07:08 AM
Bayangkan kalau anaknya kawin kerabat lagi mendonia acik
Quote prince_marhaen 3-11-2023 10:18 AM
Peachlilac replied at 2-11-2023 10:35 PM
loya tekak baca caption acik ni. cringe nak mati

kan... level narsis dia dah tahap denial dia dah tua, plus, betul ke model? model2 zaman 80an dulu2 top meletop kan...sampai skrg orang kenal... dia?? tak pernah dengar pun model nama karsinah rostam..hahaha
Quote Peachlilac 3-11-2023 01:38 PM
prince_marhaen replied at 3-11-2023 10:18 AM
kan... level narsis dia dah tahap denial dia dah tua, plus, betul ke model? model2 zaman 80an dulu ...

instead of malu,dia bangga buat caption mcm tu. i doubt that she used to be a model. kalau betul dah lama dah dia throwback gambar2 dia modeling. koy betul pon maybe ada la sekali dua orang suruh dia posed ambik gambar utk pape.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.246846 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top