Peguam yang pernah mewakili Syamsul Yusof dalam kes perceraiannya dengan Puteri Sarah Liyana menegaskan dia tidak tahu mengenai desas-desus perceraian bekas anak guam dengan isterinya, Ira Kazar.
Azmi Mohd Rais berkata, dia sudah dapat mengagak tujuannya dihubungi, namun berkata tidak tahu-menahu tentang khabar angin perceraian Syamsul dengan Ira. “Saya tak tahu apa-apa. Jadi saya tidak boleh komen. Minta maaf.” “Tadi pun ada wartawan sudah hubungi saya. Tapi saya tidak tahu. Jadi saya tidak boleh beri komen,” katanya. Setakat ini, penjelasan daripada Syamsul belum berhasil apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mematikan telefon bimbitnya. Terdahulu, khabar angin tentang perceraian pengarah berusia 39 tahun itu dengan Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin kecoh diperkatakan selepas sebuah portal melaporkan tentang rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular telah berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.
Dalam laporan tersebut turut menyebut bahawa Ira telah diceraikan melalui aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar dari rumah. Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand. Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu. Rentetan daripada itu, Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun lalu. Sumber: Kosmo! Online
|
Hypothetically replied at 30-10-2023 04:56 PM
Korang kejar dato lah, x wife dia, sampai ke peguam, tapi yg empunya diri tak kejar, hihihihi kelaka ...
Binodino replied at 30-10-2023 04:58 PM
Mungkinkah IK diseraikan sebab harass kinting? Jadi sol, being a gentleman dia protect la ...
Binodino replied at 30-10-2023 04:55 PM
Kenapa tak tanya pak kazar? Atau IK? Atau siblings IK? Atau weeweedry?
Tak tanya pinjam serat ...
Heydidle replied at 30-10-2023 05:01 PM
Kawen siam sah tp x register kat msia, so apa2 kes nak tuntut susah. Tak dpt apa2 lah kot
Tp peli ...
Hypothetically replied at 30-10-2023 04:56 PM
Korang kejar dato lah, x wife dia, sampai ke peguam, tapi yg empunya diri tak kejar, hihihihi kelaka ...
3chanceno replied at 30-10-2023 05:10 PM
Sampaikan ke peguam reporter bingai cari nak konfem berita nie kalau solident off hpnya ...
Binodino replied at 30-10-2023 04:55 PM
Kenapa tak tanya pak kazar? Atau IK? Atau siblings IK? Atau weeweedry?
Tak tanya pinjam serat ...
ADVERTISEMENT