CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenyataan Pempengaruh Jahanamkan Industri Muzik Tuju Pada Individu Yang Langsung Tak Tahu Menyanyi - Usop

30-10-2023 03:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1441| Komen: 2

Penyanyi, Usop sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kekecewaannya terhadap beberapa pihak yang mengangkat pempengaruh media sosial sebagai penyanyi baru-baru ini.

Katanya, ia sangatlah tidak adil buat penyanyi sepertinya yang perlu berusaha keras ke dari bawah namun kurang mendapat perhatian untuk diketengahkan.


Tampil menjelaskan perkara itu, pemilik nama sebenar, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, kenyataan itu ditujukan kepada pempengaruh yang sama sekali tidak boleh bernyanyi namun masih diberikan peluang untuk menghasilkan lagu.


"Apa yang saya maksudkan tempoh hari adalah ditujukan kepada orang (pempengaruh) yang tidak boleh bernyanyi langsung.

"Saya pun ada akal fikiran dan tidak mengeluarkan kenyataan ikut perasaan semata-mata dan pada saya sekiranya pempengaruh itu mempunyai bakat dalam nyanyian, mereka boleh teruskan.

"Tetapi orang yang tidak boleh bernyanyi itulah yang pada saya menjahanamkan industri. Sebagai contoh anda masuk dalam program realiti tetapi tak boleh menyanyi dengan baik, jahanam dibuatnya.

"Tambahan pula, industri muzik Malaysia juga turut ditonton oleh orang dari laur negara jadi biarlah seseorang yang mahu jadi penyanyi itu mempunyai bakat dan kualitinya yang tersendiri," katanya.

Usop meluahkan perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media konsert Famili Duo 2023 (FD3) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai komen pedas diberikan juri tetap FD3 kepada duo pempengaruh media sosial iaitu Ryan dan Adam Bakery? Usop berpendapat pasangan adik beradik itu perlu bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar industri hiburan.

"Itu kenyataan yang perlu mereka hadapi kerana itulah yang dinamakan program realiti hiburan. Dia ada permainannya yang tersendiri yang kita sendiri tak dapat jangka.

"Hari ini mungkin kita akan rasa down tapi esok lusa kita pula menang. Saya dah rasa dah dan alami apa yang Ryan dan Adam rasa.

"Saya pernah duduk di bawah, saya pernah berada di atas bahkan saya pernah disanjung satu ketika dahulu.

"Program realiti televisyen dan media sosial ini merupakan dua perkara yang sangat berbeza jadi kena faham benda tu. Jadi, welcome to the ‘hell’," ujar Usop.

Tambah pelantun lagu ‘Aku Yang Bersalah’ itu lagi, Ryan dan Adam mampu untuk melakukan persembahan yang lebih baik di masa yang akan datang.

"Saya tak boleh cakap lebih-lebih sebab nanti orang akan kata saya poyo tapi saya rasa persembahan mereka okay dan mereka berdua boleh buat lagi baik.

"Mereka berdua merupakan content creater jadi mereka mempunyai banyak idea yang baik lebih-lebih lagi berkaitan dengan persembahan. 

"Buat Ryan dan Adam, saya nak pesan pada mereka untuk buktikan apa yang diperkatakan oleh orang luar di sana terhadap mereka adalah salah," katanya.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 30-10-2023 04:57 PM
ada betul jugak tu
xde talent nyanyi tp masuk market menyanyi
tp zaman skrg org bkn heran sgt
asal catchy lirik bodo2, suara guna autotune
org layan je
asal x perform live atau masuk ajl je
ha yg tu mmg siap berbakul ko dapat

tapi, tapi, klu rs diri berbakat tp produk soooo mehhh mcm lagu2 engkau pun x ke mana jugak

Quote Perawankota 30-10-2023 05:34 PM
Dia pon mcm dah sendu jer..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.028957 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top