CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hady Mirza Nafi Anak Emas Ramli MS

30-10-2023 03:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5923| Komen: 59

Penyanyi asal Singapura, Hady Mirza menyangkal dakwaan dia menjadi peserta All Star Gegar Vaganza (ASGV) kegemaran Ketua Juri, Datuk Ramli MS.

Pemilik nama sebenar, Muhamamad Mirzahady Amir, 43, berkata, semua peserta ASGv dilayan sama rata dan tidak wujud sifat pilih kasih dalam kalangan juri.



Katanya lagi, dia tidak melihat atau merasai sebarang layanan istimewa dalam kalangan peserta termasuk dia sendiri sepanjang enam minggu pertandingan berlangsung.

"Tak mungkinlah... Saya rasa yang lain-lain kot jadi anak emas.

"Saya tak tahu. Kalau ikut saya, kami semua mendapat layanan sama rata," katanya.

Ujar Hady, semua peserta memberikan yang terbaik ketika berada di pentas ASGV dan perkara itu boleh dilihat sendiri oleh penonton menerusi persembahan mereka.

Jelasnya, pengorbanan yang dibuat oleh setiap peserta untuk fokus pada ASGV ini membuatkan mereka berjaya menambat hati juri dengan persembahan mereka.


"Kami semua komited, bekerja keras dan berkorban masa untuk menumpukan pada ASGV. Jadi, tak boleh nak kata ia layanan istimewa.

"Setiap peserta memberikan usaha yang terbaik untuk persembahan mereka. Saya boleh nampak. Mereka bagi 'kaw-kaw'... tak ada simpan.

"Jadi bab anak-anak emas ini saya tak tahu," ujarnya.

Pada konsert minggu keenam, Hady berjaya meriah kedudukan ketiga selepas beberapa minggu berada di kedudukan bawah.

Pada pertandingan minggu keenam ini, Liza Hanim muncul juara dengan markah sebanyak 76.75 diikuti Hardy Mirza (76.50) dan Azharina (75.25).

Sementara Zamani pula terpaksa berlapang dada apabila diumumkan sebagai peserta tercorot dengan markah 56.50 peratus.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 30-10-2023 03:38 PM
muda belia beliau…..
Quote Perawankota 30-10-2023 05:34 PM
Tapi ada jer dia dapat tangga bawah2 kan. Idokla anak emas sgt
Quote Kancilkering 30-10-2023 05:44 PM
dia pakai pink suit tu mak ai…..gorgeous gitu…
Quote Ahriman 30-10-2023 05:53 PM
Tpi smlm herlok teruks..
Quote 3chanceno 30-10-2023 06:10 PM
Ahriman replied at 30-10-2023 05:53 PM
Tpi smlm herlok teruks..



Baru meols tahu apa tu herlok teruks  tapi semalam memang Hady tersangat menyerlah  dengan nyanyian, performance & penampilan..kalau terus begini, boleh sampai final
Quote ekselen 30-10-2023 06:18 PM
tak ada lah dia anak emas tokram..byk kali dia kt rank bwh kot... pastu x penah dpt juara mingguan ka...nampa mmg bkn pilihan juri unless dia betul2 perform cam minggu lepas tu...br first time dia nombor 2...
Quote purpler 30-10-2023 07:08 PM
Kancilkering replied at 30-10-2023 05:44 PM
dia pakai pink suit tu mak ai…..gorgeous gitu…

kannn...nampak naik seri
Quote lucky_peace 30-10-2023 07:09 PM
Xde gmba heils shirtless ke? Eh tiberrr
Quote Binodino 30-10-2023 08:51 PM
Kenapa pakai begitu? Tak nampak straight
Quote sukacactus 30-10-2023 09:48 PM
Tp outfit smlm buat dia npk muda, naik seri
Quote AWEKSAMURAI 30-10-2023 09:52 PM
Hahahhaa anak emas kebenda bape kali dok bottom je .. yg ank emas sorang lagi tu ..
Quote AWEKSAMURAI 30-10-2023 09:55 PM
ekselen replied at 30-10-2023 06:18 PM
tak ada lah dia anak emas tokram..byk kali dia kt rank bwh kot... pastu x penah dpt juara mingguan k ...

Mggu ke 2 dia jadi juara x silap yg dia nyanyi lagu omputeh start minggu ke 3 dh huru hara dh haha .. asyik dok bawah je smlm bru naik.plak sesilap next week terkeluar haha
Quote Madel 30-10-2023 09:58 PM
Makin berusia makin herlok ya Hady ni.
kulit putih selepuk.
Quote codenamedream 30-10-2023 11:24 PM
Edited by codenamedream at 30-10-2023 11:26 PM

Nak menepek Hady Pink
[ig]https://www.instagram.com/p/CzAy-3yrZ59/?igshid=MTc4MmM1YmI2Ng==[/ig]
[ig]https://www.instagram.com/reel/CzBnuQjS7hk/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]
Compare dgn GV6, tahun ni baju heols terjaga sikit.

Quote Dolmat 30-10-2023 11:55 PM
Muka dia sesuai dalam TV dari AA laki si Bello!
Quote Duta lover 30-10-2023 11:58 PM
Ada iraa pelakon Korea
Quote AWEKSAMURAI 31-10-2023 12:04 AM
Duta lover replied at 30-10-2023 11:58 PM
Ada iraa pelakon Korea

Xde ke sesapa nk amik dia berlakon kan... Ke axa tp hady yg xnk
Quote bankerpencen 31-10-2023 06:42 AM
Dia ni at least sedap la suara, tak mcm putik jagung yg ada bini saiko
Quote BarbiePink 31-10-2023 07:19 AM
Heols neh mmg helok
Suara pun sedap
Harap sgt ler mendonia
Dari alif tuh

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.221691 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top