|
Hampir 10 tahun tak buat persembahan berskala besar, Anuar Zain membuktikan dia masih berbisa apabila Stadium Malawati Shah Alam dipenuhi 8,000 peminat yang hadir Konsert Anuar Zain 40 Tahun (AZ40) pada malam Sabtu.
Anuar berjaya memberikan persembahan bertenaga dan penuh emosi meskipun kesihatannya terganggu akibat mengalami batuk dan demam sejak seminggu lalu. Dia turut kehilangan suara menjelang empat hari konsert berlangsung selain tidak dapat menjalani raptai disebabkan masalah itu. "Walaupun saya hampir tiada suara tapi semangat saya kuat malam ini... Walau apa pun yang terjadi persembahan tetap perlu diteruskan. "Jujurnya ada rasa kecewa tidak dapat mencapai standard yang saya tetapkan tetapi perkara yang berlaku ada sebabnya dan saya tetap bersyukur selain sudah memberikan yang terbaik buat peminat. "Kesihatan saya mungkin terganggu tetapi kita tidak ubah sebarang susunan muzik," katanya kepada mStar.
Tak nak menghampakan peminat, Anuar tampil bersama alat penyedut udara atau nebulizer sepanjang persembahan bagi memastikan nyanyiannya tidak terganggu akibat masalah kesihatan. Anuar membuka tirai konsert dengan dua lagu popularnya iaitu Kaulah Satunya diikuti Sesucinya Cintamu yang cukup membuatkan satu stadium gamat dengan jeritan peminat. Emosi penonton bagaimanapun berubah menjadi sayu apabila Anuar menyajikan mereka dengan montaj selang masa yang menunjukkan jatuh bangunnya dalam industri hiburan sepanjang 40 tahun bergelar penyanyi.
|

hareeeesah replied at 30-10-2023 11:03 AM
GB skolah anak iols pesen seluar mcm abg nuar. Adakah…? Heheeh tibehhhh.
Suara bang nuar lain btul ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.420449 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.