CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adik-Beradik Tak Faham Perangai Syifa Melvin Obses Pakai Eye Shadow Hijau Metalik, Dah Macam Punggung Lalat

30-10-2023 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4712| Komen: 20

Kakak Syifa Melvin 'mengata' pelakon tersebut macam lalat gara-gara suka memakai pembayang mata berwarna hijau metalik.

Syafiqa mendedahkan adik Syifa turut mahu menggunakan rona sama ketika majlis persandingannya dengan pemain bola sepak Safawi Rashid pada November tahun lalu.


Sampai hari ini dia tidak memahami obsesi Syifa terhadap pembayang mata berwarna hijau yang kelihatan seperti punggung lalat.



"Saya tak faham kenapa dia suka sangat warna hijau... Sebenarnya masa dia nak kahwin dan rancang nak pakai pembayang mata warna hijau!

"Dia kata nak pakai eye shadow macam lalat punya 'pungkok' (punggung), dia nak pakai juga warna hijau metalik itu," katany di Live.



Syatilla Melvin juga kelihatan terkejut apabila melihat pembayang mata Syifa ketika muncul dalam panggilan video.

Usik Syatilla, 32, mungkin disebabkan pembayang mata itu membuatkan Safawi jatuh hati kepada adik bongsunya itu.

“Semalam siapa tengok dia (Syifa) buat live? Dia macam lalat sampah. Dia buat eye shadow dekat mata dia... Dia facetime saya, lepas tu saya tanya kenapa macam lalat sampah?

“Mungkin itu yang boleh buat Mawi (Safawi) pandang dia kot... Pandang yang berasa (ada hati),” ujarnya.



Sebelum itu, Syifa melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya menunjukkan dia sedang mendukung cahaya mata pertama iaitu Saif Sulaiman.

Syifa sempat menunjukkan rahang atau jawline Saif yang sebelum ini mendapat perhatian ramai.

Di ruangan komen, seorang netizen tertarik dengan pembayang mata berwarna hijau yang digunakan oleh aktres berkenaan.


Dengan spontan Syifa tertawa dengan kenyataan itu dan memberitahu ia seperti warna lalat sampah.

Untuk rekod, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Safawi, 26, pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.


Syifa kemudiannya selamat melahirkan cahaya mata mereka pada 30 September lalu di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 30-10-2023 09:15 AM
Sampah         
Quote cikatilia 30-10-2023 10:07 AM
semak ah famili nih
Quote mizruncing 30-10-2023 10:15 AM
tak habis lagi ke jawline nya kisahhh
Quote HoneyManjer 30-10-2023 10:19 AM
lol...takde berita da ke ko nak report wahai wartawan sendu
Quote dewi_rina 30-10-2023 10:44 AM
Bingitttttttt

Sape yg suka tengok live dorang ni eh, tak paham ah
Quote starcity 30-10-2023 02:40 PM
Yang peliknya ramai  yg terhibur dgn lawak bangang dorang. Ntah apa yg kelakar pun tak tau la. Murahan sgt.
Quote starcity 30-10-2023 02:40 PM
Yang peliknya ramai  yg terhibur dgn lawak bangang dorang. Ntah apa yg kelakar pun tak tau la. Murahan sgt
Quote cik_ingeniare 30-10-2023 03:27 PM
tak pernah rasa kelakar. lebih kepada bingit
Quote kemboja2020 30-10-2023 04:24 PM
Tak minat adik beradik ni. Bingit sungguh.
Quote ketambangkang 31-10-2023 09:32 AM
dorg punye bingit pon dh serupa bunyik langau
Quote hyldia 1-11-2023 11:11 AM
adik-beradik ni kalo tengok dorang live,bingit amat!!pelik laa bila ada yg cakap lawak dorang kelakar???
Quote wirazam 2-11-2023 06:50 PM
hyldia replied at 1-11-2023 11:11 AM
adik-beradik ni kalo tengok dorang live,bingit amat!!pelik laa bila ada yg cakap lawak dorang kelaka ...

Diaorg adik beradik..ada ke yg sambung belajar ambik diploma degree semua tuh..
Mmg rezeki dan tuah dpt wajah cantik ...lepas tu dpt berjodohan dgn  org have have
Quote deebiz14 2-11-2023 10:47 PM
Meols terbace hijau mentaik  ...

Quote Tunakimchi 2-11-2023 10:50 PM
Bingit. Lapar perhatian.
Quote Realpeople17 2-11-2023 10:53 PM
wirazam replied at 2-11-2023 06:50 PM
Diaorg adik beradik..ada ke yg sambung belajar ambik diploma degree semua tuh..
Mmg rezeki dan tua ...

Since when dorang cantik? Nmpk berumur je.
Quote Joysparta 2-11-2023 10:53 PM
Apa bahasa la dia pakai...rempizzzz sungguh..
Quote syamzana 2-11-2023 11:13 PM
wirazam replied at 2-11-2023 06:50 PM
Diaorg adik beradik..ada ke yg sambung belajar ambik diploma degree semua tuh..
Mmg rezeki dan tua ...


berjodohan org berduit tu ya la
cantik tu tak kot
Quote kerani_je 2-11-2023 11:31 PM
wirazam replied at 2-11-2023 06:50 PM
Diaorg adik beradik..ada ke yg sambung belajar ambik diploma degree semua tuh..
Mmg rezeki dan tua ...

X de la bofoh sgt level education depa ni..Kakak sulung syafiqah melvin yg menang gadis melayu tu ada degree mikrobiologi UKM sblm tu masuk matriks..SPM x silap 6A sains tulen..Tu la yg paling pndai blajar..

Si Syida ada degree jgk bussiness study..Si syifa bini Pawi ad diploma mass com private kolej..

Tilla je la level spm..Tu die yg paling bingit..Yg lain tu cover cover la jgk..
Quote kerani_je 2-11-2023 11:35 PM
wirazam replied at 2-11-2023 06:50 PM
Diaorg adik beradik..ada ke yg sambung belajar ambik diploma degree semua tuh..
Mmg rezeki dan tua ...

Syafiqa kakak sulung ada degree Mikrobiologi UKM ,  sblum tu die matrikulasi, SPM pun 6A..paling pndai dlm family depa..

Syida degree in bussiness study (MSU)

Syifa diploma mass com (Segi college)

Motip iolss tau level edycation depa?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041338 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top