CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Tunggu Sampai Bapa Tak Ada" - Yusof Haslam Nangis Rindu Syamsul

29-10-2023 03:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 576| Komen: 12

Penerbit Datuk Yusof Haslam reda sekiranya Syamsul mengambil keputusan untuk tidak lagi menjejakkan kakinya ke rumah keluarga yang terletak di Taman Melawati.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Yusof tetap mendoakan yang terbaik buat anak lelakinya yang juga merupakan pelakon dan pengarah sensasi meskipun sudah lama tidak berhubung dan bersua muka. 



Bagaimanapun, Yusof, 69, mengingatkan Syamsul agar tidak menunggu sudah kehilangan, baru ingin sedar kewujudan ibu bapa. 

"Tak salah tahun lepas masa mak mertua saya sakit (berhubung). Ibu dia ada hubungi, masa itu saya ada berbual sekejap. Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan. 

"Sebagai anak, mungkin ada benda yang dia tak puas hati dengan ibunya atau dengan saya. Bagi saya, tak apa lah kami bagi masa. Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan ibunya. Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera. 


"Kami sudah nak menjangkau 70 tahun pada tahun depan. Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari. 

"Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu sebagai untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik. Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang apabila kamu berbaik dengan ibu terutamanya serta keluarga. Wang bukan segala-segalanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik," katanya.


Dalam pada itu, ditanya sama ada Yusof rindu dengan Syamsul, Yusof gagal menahan air mata dan mengakui sudah penat dengan kontroversi keluarganya yang masih belum menemui jalan pendamaian. 

"Kami sedih..(menangis) Of course kami sayang dengan anak. Saya sudah letih dengan semua ini. Jiwa saya dengan Datin Patimah sudah tenang. Kami sudah terima semua ini dengan apa yang berlaku. 

"Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan yang baik. Papa tetap akan menyokong kamu," katanya.


Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Sazreena 30-10-2023 05:12 PM
Ini yg diidolakan oleh jantan gatal nak berbini dua..maulana katanyer...
Quote babelina 30-10-2023 11:00 AM
omg sol.. ko mmg nk membusukkn nama ko jer kn..
ingt kn dh menghadap mak bapak ko.. harammmm.. ko nie nape sol..
Quote airmineral 30-10-2023 09:12 AM
zuuu: Kalo dia xnak balik apa kata pakcik yg g jumpa dia,g umah dia ketuk2 pintu umah,adakah sol tetap xnak jumpa gak???ps pon lepas 4 tahun sol wat hal bar ...
sedihnya fikir kalau smp bapa pergi cari anak

anak tu xkan la xreti2 tipon parent sdr
Quote airmineral 30-10-2023 09:11 AM
teruknya ko sol
jadi laki xleh pakai
jadi anak pun xleh pakai
jadi bapa tu aku xtau la leh pakai ke x


umo sdr pun da tua bawa2 la bertaubat
Quote ayukpingu 30-10-2023 08:34 AM
anak derhaka betul.
Quote kaedahnya 30-10-2023 12:25 AM
entahlah sol. umur sol pun dah berapa. mak bapak pun dah tua. berapa lama je masa kita ada ngan parents kita. pesanan untuk diri jugak.
Quote toxicated 29-10-2023 09:32 PM
Iols syak ngn family ni bukan pasal umah tgga dia sgt. Lebih kepada hal skop production kot. Sol pun da keluar
Quote zuuu 29-10-2023 06:54 PM
Kalo dia xnak balik apa kata pakcik yg g jumpa dia,g umah dia ketuk2 pintu umah,adakah sol tetap xnak jumpa gak???ps pon lepas 4 tahun sol wat hal baru dapat cerai,xkan nk tunggu lagi 4 tahun baru nak cari sol?g je umah tanya dia sndri apa masalah ko ni sbnarnya,marah maki luahkan perasaan sume biar dia tahu apa yg makayah dia lalui selama ni sebab dia
Quote Ayda89 29-10-2023 04:45 PM
Diluah mati anak, ditelan mati bekas menantu huhuhu
Quote Freezfrozen 29-10-2023 04:12 PM
Sedihnye.. rindu anak..
Quote Freezfrozen 29-10-2023 04:11 PM
Sedihnye.. rindu anak..
Quote doubleA 29-10-2023 03:39 PM
Sol sol hati kau keras sol. Demi ik makpak pun dibuang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.083060 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top