|
Pelakon Jasmin Hamid lega apabila dimaklumkan masalah cyst dihadapinya sebelum ini bukan kanser rahim. Jasmin, 50, berkata, ketumbuhan yang terdapat pada bahagian rahimnya itu juga semakin mengecil malah doktor tidak menyarankan dia melakukan pembedahan membuang cyst.
"Saya mahu berkongsi dengan semua mengenai keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini... Doktor maklumkan saya bebas kanser rahim. "Doktor juga beritahu cyst pada bahagian sebelah kiri pun sudah hilang manakala sebelah kanan pun sudah mula mengecut. "Doktor beritahu mungkin saya tak perlu buat pembedahan buang ketumbuhan itu," katanya. Jasmin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad. Bagaimanapun kata pelakon itu, dia masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan cyst pada bahagian kanan rahimnya tidak kembali membesar.
Tidak hanya itu, doktor turut memaklumkan tahap kesihatannya juga semakin menunjukkan peningkatan. "Doktor beritahu kesihatan saya semakin pulih, saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab gembira apabila bebas daripada kanser rahim. "Alhamdulillah ini semua dnegan izin dan rahmat Allah serta berkat doa keluarga, rakan-rakan serta semua yang sayangkan saya," ujarnya. September lalu Jasmin mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kecil pada ulang tahun kelahirannya. Kata Jasmin, dia tergores hati dengan komen negatif netizen yang mengutuk perubahan fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan sedang dihadapinya. Jelasnya, perubahan itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim. Tahun lalu, Jasmin mengalami serangan jantung dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) namun tahap kesihatannya beransur pulih selepas mendapat rawatan. Sumber: mStar
|

3chanceno replied at 29-10-2023 07:46 PM
Syukur bukan kanser....kalau buat biopsy nie memang stress nak tunggu resultnya
Semuga siha ...
xtahumenahu replied at 29-10-2023 08:37 PM
Yerr... Nak tau juga cemNa dia buat.. Iols da 2x operate fibroid...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.107542 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.