CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nyanyi Lagu Terus Hidup, Adzrin Azhar Kecewa Peminat Fanatik Tuduh Tiru Aina Abdul

29-10-2023 02:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8087| Komen: 20

Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar terkilan dengan sikap segelintir peminat dipercayai fanatik penyanyi, Aina Abdul yang mengecam dan mengkritik secara negatif nyanyiannya selepas dikatakan meniru artis kesayangan mereka.


Katanya, dia sentiasa menerima secara terbuka teguran bagi tujuan menambah baik namun menolak kritikan yang merendah-rendahkan dan membandingkan penyanyi lain.


“Bukannya saya tak pernah dikritik. Saya amat alu-alukan kritikan kerana pandangan pendengar itu penting. Malah sebagai guru vokal, semestinya saya mengharapkan pendapat orang luar untuk menambah baik ilmu yang dimiliki.

“Tetapi yang ralatnya adalah cara peminat yang kononnya fanatik itu memberikan komen adalah terlalu naif dan sangat tidak profesional.

“Ada segelintirnya sengaja menyeru rakan lain berkomplot meninggalkan komen berbaur menghina,” dedah penyanyi yang juga vokalis The AANTU itu.



Terdahulu, Adzrin memuat naik video nyanyian asal Aina, Terus Hidup di aplikasi TikTok dan mula menerima komen negatif daripada beberapa individu yang kononnya menampakkan diri mereka sebagai peminat fanatik penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, sebagai penyanyi yang lebih dahulu terjun ke bidang muzik, Adzrin mengharapkan agar peminat mana-mana selebriti mengutamakan persaingan sihat dan saling menyokong demi kelestarian industri seni,

“Adab lebih utama daripada ilmu. Jika seseorang itu tahu menjaga tata susilanya, automatik apa jua pandangannya akan dihormati.

“Biarlah kita bersaing secara sihat dan industri seni ini harmoni tanpa wujudnya individu yang sengaja mencipta pergaduhan dan perbalahan.

“Saya dan Aina juga tidak ada masalah. Saya menghormati dia sebagai penyanyi dan komposer yang hebat. Untuk tiru atau jadi seperti dia, lambat lagi,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 29-10-2023 02:06 PM
Muka pun lebih kurang....
Quote bottompro 29-10-2023 04:14 PM
Xkenal. Sendu. Cubaan naik nama sendiri guna yena bedul
Quote bottompro 29-10-2023 04:14 PM
Xkenal. Sendu. Cubaan naik nama sendiri guna yena bedul
Quote shy79 29-10-2023 04:28 PM
dia ni pernah masuk penjara kan..
bersubahat dgn ayah dia scammed duit org..
try la gugel..iols pun ingat2 lupa dah kisah dia
Quote wikedsaikel 29-10-2023 05:00 PM
Aku suka suara dgn cara dia bercerita kat TikTok
Quote wikedsaikel 29-10-2023 05:00 PM
shy79 replied at 29-10-2023 04:28 PM
dia ni pernah masuk penjara kan..
bersubahat dgn ayah dia scammed duit org..
try la gugel..iols pun  ...

Ya. Ada dia citer kat TikTok
Quote Honey_Inara 29-10-2023 05:04 PM
Terngiang² plak lagu duet heols dgn fazley.. tp zmn² tu suara mcm sheols ni susah diterima.. org lagi suka suara mendayu² cm ctdk, ct nana..
Quote Aneem 29-10-2023 07:53 PM
shy79 replied at 29-10-2023 04:28 PM
dia ni pernah masuk penjara kan..
bersubahat dgn ayah dia scammed duit org..
try la gugel..iols pun  ...

Content masuk penjara pun tetap sendurina.
Kali ni dia cuba naik guna yenna abdol..
Berjayakah sheols kelak?
Kita tungguuu
Quote silampumeja 29-10-2023 11:36 PM
Dia ni pernah masuk penjara dulu kan..
Quote toxicated 29-10-2023 11:41 PM
shy79 replied at 29-10-2023 04:28 PM
dia ni pernah masuk penjara kan..
bersubahat dgn ayah dia scammed duit org..
try la gugel..iols pun  ...

Ha ah aku noticed dia sbb nampak video dia dkt
Tiktok ke ig tah ngaku pernah masuk penjara
Quote gerbera.memopad 29-10-2023 11:58 PM
Nama dia nak dekat-dekat dengan Azharina. Nama bapak pun sama.
Quote sleepandream 30-10-2023 02:29 AM
so aina abdul dah ada klon ke?
kelassssss.... dah jadi trendsetter skrg
Quote MadameOnion 30-10-2023 08:11 AM
tapi..aku suka suara dia lagi..tak menjerit sangat
Quote sara_thrash 30-10-2023 08:35 AM
jadahnya nak tiru si aina abdul tu. si adzrin ni dah muncul dulu sebelum aina.. fan aina ni giler ke apa semua org dorang panas buntot
Quote cikatilia 30-10-2023 10:11 AM
who r u sis...
Quote Sazreena 30-10-2023 10:48 AM
Anything related ngan yena bedul aku pangkah...nak-nak penjilat tegar dia..yihh rengsa.
Quote kucingitam 30-10-2023 11:44 AM
masalahnya...kau sape? lagu hapa kau nyanyi ni..aduh..
Quote myakayina 30-10-2023 12:25 PM
adzrin ni dah lama jadi retis dulu dari aina..takyah la taksub benar fan aina ni pun..
Quote shernazz 30-10-2023 01:41 PM
Sedap juga Lagu pujaan Malaya tu..
Iols suka...okay la boleh layan
Tp mmg dia Ni sendhu lah..lama dah dia bertapak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.168820 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top