CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Suip Tampil Lagu 'Terus Bersinar', Angkat Mesej Untuk Anak

29-10-2023 09:56 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5072| Komen: 9

Selepas lama menyepi tanpa produk baharu, penyanyi Hafiz Suip akhirnya tampil mempertaruhkan single baharunya berjudul Terus Bersinar.

Pemilik nama sebenar, Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkata, dia masih mengekalkan tema kekeluargaan dalam lagu baharunya sama seperti lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini.



Lagu ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito ini mengangkat mesej untuk seorang insan yang bergelar anak.

Katanya, lirik lagu Matahari sebelum ini mengisahkan hubungan adik-beradik manakala Awan Nano pula pengorbanan seorang bapa manakala Kisah Cinta Kita terjemahan kasih sayang antara suami isteri.

"Terus Bersinar adalah berkisar tentang seorang anak... Setiap lagi yang saya lancarkan ada jalan cerita, kisah dan mesej tersendiri," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, pertama kali mendengar lagu berkenaan dia terus jatuh cinta dan mahu ia dilancarkan sebagai single terbaharunya.


Kata Hafiz, bait-bait lirik lagu Terus Bersinar menceritakan bagaimana seorang ibu dan bapa menjaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.

"Kalau baca setiap bait lirik lagu ini, memang sesuai ditafsir berkaitan anak. Saya percaya lagu ini nanti insya-Allah mendapat tempat di hati pendengar.

"Begitu juga dengan video muzik lagu ini yang mana memang menceritakan mengenai ibu bapa yang menjaga dan membesarkan anak daripada kecil hingga besar," ujarnya.

Dalam pada itu, Terus Bersinar juga dipilih menjadi lagu runut bunyi bagi drama 30 episod berjudul Surat Dari Tuhan yang akan bersiaran di slot Samarinda TV3 mulai 30 Oktober ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 29-10-2023 03:14 PM
Rempit.tak jaga ekslusif.  Dulu waktu semifinal muzik2 lagu berakhirlah pencarianku duet dgn ernie, tak dapat attend, sebab gi tabligh katanya.  Terpaling berjuang dijalan allah. Tiber2 keluar imej baru berambut hijau. Sgt la xsesuai dgn muka gua musang heols ni. Muka desa nan permai
Quote sukanyanyi 29-10-2023 03:40 PM
Bagus la ade lagu baru. Tp honestly i rase zaman dia mcm dh nk berlalu.. sekali dgn geng2 batch dia
Quote mrseller 29-10-2023 04:16 PM
Rambut palestine nehh. Di sesuai as corporate event singer. Itu kelas dia skrg
Quote rukia2 29-10-2023 06:38 PM
bottompro replied at 29-10-2023 03:14 PM
Rempit.tak jaga ekslusif.  Dulu waktu semifinal muzik2 lagu berakhirlah pencarianku duet dgn ernie,  ...

Bukan xmo jaga exclusivity tp anak makin ramai..makin beso..kena la sambar je apape offer yg dtg
Quote DahliaTulip 29-10-2023 11:47 PM
rukia2 replied at 29-10-2023 06:38 PM
Bukan xmo jaga exclusivity tp anak makin ramai..makin beso..kena la sambar je apape offer yg dtg

Eh...brp org dah anak die??
Quote sleepandream 30-10-2023 02:34 AM
heols kaler ijau sebab heols nak attention kot...
entahler... nasib ada keluar lagu baru...
nanti iols dgr...harap2 sedap..
Quote KamikuP 30-10-2023 09:03 AM
Heollss bole jadi maskot kempen utk PAS.. ekekek
Quote firasAli 30-10-2023 09:51 AM
[youtube]KYj2E30nFFY?feature=shared[/youtube]
Quote firasAli 30-10-2023 09:52 AM
Boleh la, sedap jugak

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.196917 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top