CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bella Hadid Tidak Berganjak Sokong Palestin Walau Terima Ugutan Bunuh

28-10-2023 08:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14976| Komen: 8

Model terkenal, Bella Hadid mendedahkan seluruh ahli keluarganya hidup dalam situasi tegang kerana menerima ratusan ugutan bunuh selepas kakaknya mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.

Namun, kata Bella, tidak ada seorang pun daripada mereka akan berganjak daripada menzahirkan sokongan terhadap Palestin hanya kerana menerima ugutan bunuh.


Menurut Intepseleb, Bella, 27, berkongsi situasi keluarga sejak dua minggu lalu menerusi kenyataan yang disiarkan di akaun Instagramnya.

Tulis Bella, sejak dua minggu yang lalu kehidupan dia dan keluarganya agak tegang kerana dia bersuara mengenai nyawa manusia yang tidak berdosa.

"Saya mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kehidupan kami sejak dua minggu lalu.

"Ia sangat menegangkan dan ini terjadi hanya kerana kami bersuara tentang nyawa manusia yang tidak berdosa," katanya.

Bella  kemudian menulis tidak akan berdiam diri dan tidak takut dengan ‘ketegangan’ yang dihadapi mereka.

Malah dia juga mendakwa menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari dan nombor telefonnya didedahkan kepada umum.

"Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari. Nombor telefon saya didedahkan dan keluarga berada dalam keadaan bahaya.

"Dan saya tidak boleh lagi berdiam diri. Ketakutan bukan satu pilihan.

"Penduduk Palestin terutama di Gaza termasuk kanak-kanak tidak boleh melihat kita berdiam. Bukan kita yang berani tapi mereka," ujarnya.

Menerusi kenyataan tersebut, Bella dengan tegas memberitahu dunia bahawa dia menentang kekerasan dan kekejaman yang berlaku dan menuntut keharmonian dan sifat manusiawi.


Sumber: Murai






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 29-10-2023 01:26 AM
Giga hadid peghelih bagaimana pulak?
Quote Page88 29-10-2023 02:04 AM
She's a strong woman.
Quote Buritan 29-10-2023 05:51 AM
Semua org cintakan keamanan . Yahudi ni cmn hati depa . Aku terlnggar ayam pun rasa bersalah yg amat..
Quote lightheaded67 29-10-2023 10:32 AM
Edited by lightheaded67 at 29-10-2023 10:54 AM

perang tak perang ni pun buat duit jugak sbenarnya kt acik2 setan, mana sgala senjata smua tu tu bukan free.. mcm cucuk cucuk tu jugaklah. dh mmg puak kemaruk buat duit. dh kalau kemaruk tu tak kisah lah apa cara. tgk surah al imran ayat 181, siap kutuk Allah miskin lagi. ape lg nk dikata kan kita ni acik2.. ape lah yg boleh buat, doa lah sama2, mudahan hidop mati kita tak sia sia huhu
Quote A-Are 30-10-2023 07:45 AM
tapi utk isu kali ni dia mcm banyak berdiam xseaggresive dulu
Quote babelina 30-10-2023 11:02 AM
dia mmg dari dulu menunjukkn sokongan kepada Palestine.. si angelina jolie tu lg hampehhhhh.. hmmmmmmm
Quote jiwakacau06 30-10-2023 12:52 PM
lightheaded67 replied at 29-10-2023 10:32 AM
perang tak perang ni pun buat duit jugak sbenarnya kt acik2 setan, mana sgala senjata smua tu tu buk ...

tmpt test senjata api pn ya jgk palestine ni....
Quote lightheaded67 30-10-2023 09:24 PM
jiwakacau06 replied at 30-10-2023 12:52 PM
tmpt test senjata api pn ya jgk palestine ni....

itu lah... mmg takdak value org palestine di mata acik2 isroel. siap bahasa kan dema tu sbgai haiwan lagi

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.095010 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top