Papar: Kecurigaan ibu terhadap perubahan sikap anaknya yang enggan dihantar dan diambil dari sekolah oleh bapa saudaranya akhirnya terjawab apabila kanak-kanak itu membongkar perbuatan terkutuk lelaki terbabit yang merogolnya.
Kanak-kanak berusia 12 tahun mendedahkan kepada ibunya bahawa dia dirogol bapa saudaranya pada Ogos lalu, di dalam kenderaan milik suspek, di tepi jalan berhampiran Kampung Langsat, di sini. Suspek berusia 57 tahun itu sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk menghantar dan mengambil mangsa di sekolah. Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar kelmarin. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar membuat serbuan di sebuah kampung, di Papar kira-kira 2 petang semalam.
Katanya, hasil serbuan dan pemeriksaan dalam rumah berjaya menahan suspek terbabit dan turut dirampas adalah pakaian dan juga kenderaan milik suspek. "Kejadian berlaku ketika suspek menjemput mangsa yang selesai sesi persekolahan. "Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek merogol mangsa di dalam kereta kereta milik suspek di kawasan tepi jalan berhampiran Kampung Langsat. "Selepas merogol mangsa, suspek menghantarnya pulang ke rumah seperti biasa," katanya. Kamaruddin berkata, suspek adalah adik-beradik kepada bapa mangsa dan suspek tinggal berhampiran dengan rumah mereka. "Mangsa juga menyatakan perkara itu hanya berlaku sekali dan mangsa sudah dirujuk ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, untuk pemeriksaan lanjut. "Suspek ditahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan akan dipohon reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya. Sumber: Harian Metro |
Binodino replied at 28-10-2023 12:54 PM
Kau ni kalau air naik ke kepala tak reti2 guna tangan ke? Demi sedap 5 minit kau sanggup rosakkan hi ...
pocongkiutss replied at 28-10-2023 01:07 PM
Setuju..pedo bg iols kena hukum bunuh..sbb naluri dia takkan hilang camtu je
Penagih pun at least ...
pocongkiutss replied at 28-10-2023 05:07 AM
Setuju..pedo bg iols kena hukum bunuh..sbb naluri dia takkan hilang camtu je
Penagih pun at least ...
_blackbird replied at 28-10-2023 05:19 AM
menteri agama tak da buat r&d ke root cause utk pedo kalangan ahli keluarga terdekat??? takda ke pla ...
Binodino replied at 28-10-2023 12:54 PM
Kau ni kalau air naik ke kepala tak reti2 guna tangan ke? Demi sedap 5 minit kau sanggup rosakkan hi ...
Binodino replied at 28-10-2023 01:36 PM
Exactly. Anak2 lelaki pun kena jaga. Ada sesetengah tua kutuk main2 je nak pegang anu budak, konon ...
Orenn1 replied at 28-10-2023 06:28 PM
Aku pelik contoh mcm tu dr seorg yg dikatakan terulung hermmmmm. Klu di zaman modern ni perkara tu ...
ADVERTISEMENT