CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong Hadiahkan Tiket Konsert Judika Untuk Pembantu Rumah, Tanda Hargai Penat Lelah Bekerja

28-10-2023 11:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4776| Komen: 28

Pelakon Emma Maembong membuat kejutan apabila menghadiahkan tiket konsert Rockmantic Judika and The Gang yang berlangsung pada 21 Oktober lalu kepada tiga orang pembantu rumahnya.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, berkata, pembantunya itu mengetahui tentang konsert penyanyi Indonesia popular itu dan menyangka aktres berkenaan yang akan menghadiri persembahan tersebut.



Bagaimanapun mengetahui ketiga-tiga mereka meminati Judika, Emma mengambil keputusan membeli tiket konsert untuk mereka.

“Mereka tahu konsert Judika hari ini (Sabtu lalu) sebab mereka ingatkan saya yang pergi.

“Tetapi saya tahu mereka terlalu minat kepada Judika dan saya biarkan mereka sahaja yang pergi,” katanya.

Sejurus selepas diberi kejutan itu, ketiga-tiga pembantu rumah Emma dilihat terlalu teruja dan menjerit kegembiraan apabila diberikan tiket konsert penyanyi lagu Aku Yang Tersakiti Itu.


Malah, sebelum menghantar mereka ke konsert, Emma turut memberi pembantu rumahnya makan agar tidak kelaparan sewaktu konsert berlangsung.


Menerusi perkongsian video yang dibuat, ketiga-tiga pembantu rumahnya itu acap kali mengucapkan terima kasih kerana kebaikan yang dilakukan Emma.

Kata Emma, dia membuat keputusan itu kerana mereka berhak untuk mendapat liburan selepas penat bekerja siang dan malam.

Tambah aktres itu lagi, anak-anaknya turut menyayangi kesemua pembantu rumahnya itu.

“Mereka telah bekerja keras pagi dan malam, jadi mereka layak untuk berehat dan enjoy.

“Lagi pun anak-anak saya pun sayangkan mereka (pembantu rumah),” ujarnya.

Pada 21 Oktober lalu, Judika telah menghiburkan 12,000 penonton di Konsert Rockmantic Night Judika and The Gang yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Penyanyi itu sempat menghiburkan peminat dengan 18 buah lagu termasuk Bukan Rayuan Gombal, Jadi Aku Sebentar Saja dan Sampai Akhir.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 28-10-2023 12:26 PM
Walaupun x sekolah, tapi dia pandai guna akal dan hati budi. Pandai menghargai
Quote mrseller 28-10-2023 12:30 PM
Indon jgn ko buat baik sangat, takut ko pegi konsert balik dia tinggal sofa dengan karpet je utk ko. Kikiki
Quote putericahaya999 28-10-2023 12:57 PM
3 maid emma
Quote adeqbun 28-10-2023 12:57 PM
3 maidddd??ya ampunn..branak tiap bln pon xpe kalau gini
Quote adeqbun 28-10-2023 12:57 PM
mrseller replied at 28-10-2023 12:30 PM
Indon jgn ko buat baik sangat, takut ko pegi konsert balik dia tinggal sofa dengan karpet je utk ko. ...

Ye betol .xpon takut balik dpt pakwe baru apstu haaaaaa smbung la sndri kesudshannya
Quote Komenga 28-10-2023 01:39 PM
3 orang maid wow. Untung maid dia dapat tiket VIP tu. Harap maid dia pandai hargai majikan la dan tak buat hal. Btw memang best gila konsert Judika ni. Puas hati betul dengar dia nyanyi live.
Quote shernazz 28-10-2023 01:45 PM
Bestnya..

Ada sapa sapa gi konsert yiruma?
Quote SalenaGomez 28-10-2023 01:45 PM
Komenga replied at 28-10-2023 01:39 PM
3 orang maid wow. Untung maid dia dapat tiket VIP tu. Harap maid dia pandai hargai majikan la dan ta ...

Betul. Kalau diorg duk indon pon x tentu lagi dpt pergi konsert judika tu. So appreciate majikan. Tiket pon tiket vip

2 maid tu mungkin utk jaga 2 anak. 1 maid lagi tu utk rumah.
Quote ezacbee 28-10-2023 01:48 PM
Maid ni klo cabut pun memang bodo laa.. tapi kalau dah jumpa pacar mau kenal botol kicap ngan cuka..

Quote asamfish 28-10-2023 02:12 PM
Lolalala replied at 28-10-2023 12:26 PM
Walaupun x sekolah, tapi dia pandai guna akal dan hati budi. Pandai menghargai

kannnnn...walopon pelbagai kecaman, korang2nya dia mampooooo milik 3 maid dan siap bagi liburan lagi haaaaa

Quote Supersirap 28-10-2023 06:08 PM
Rezeki mereka, semoga dimanfaatkan konsert ini ya
Quote Manusiabesa 28-10-2023 06:33 PM
Emma ni pndai jaga badan.beranak 2x dh pun menten malah lg glowing. Xpongpang2 road to 55kg ke apa tp tup2 bufff body dh kmbali asal.dia pakai baju2 shein kt IG, smua jd lawa sbb body dia lawa. Putih gebu tu tetap la. Pndai pilih laki lak tu. Pilot kot. Siap pakej smart macho hnsem. Bkn mcm jah pilih jantan buat laki, pas kawen iklan kembung perut smpai tekentut2. Gila. Laki bini dh gelak2 mcm langsuir. Lawan urut2 dpn public.rendah akhlak dh laki bini. Emma ni xyh masuk mrsm lagkawi skor 10a pun tp settled down life dgn bijak and relaks.
Quote aemon 30-10-2023 08:27 AM
Manusiabesa replied at 28-10-2023 06:33 PM
Emma ni pndai jaga badan.beranak 2x dh pun menten malah lg glowing. Xpongpang2 road to 55kg ke apa t ...

Puas hati baca laharan chuols.jah sewel.ema x sewel.
Quote Mamason 30-10-2023 09:04 AM
Ramai jugak org gaji... rezeki depa.  Mampu byr org gaji... hidup have2...

Neelofa xde org gaji ke?  Mesti ada kan.. dia pun bukannya idup susah.  Maybe dia tak bgtau je berapa byk org gaji dia ada.
Quote cantthinkofany 30-10-2023 10:00 AM
ramainya maid dia...
Quote tipah89 30-10-2023 10:07 AM
bagusla emma maenbong ni. untungla orang cantik, xsekolah pun mampu pancing laki pilot plus pakej hensem n idup senang.
Quote Manusiabesa 30-10-2023 10:18 AM
aemon replied at 30-10-2023 08:27 AM
Puas hati baca laharan chuols.jah sewel.ema x sewel.

Time dia solo tp teman tp mesra dgn hans isaac tu nmpk la bijak wangi kaya jugak. Ingtkn nk settle down dgn laki korporat yg lebih kemas teratur tingkah lakunya. Skli bejodoh dgn purit. Dah tehegeh2 mcm budak terencat akal. Smpai mula2 tu mama dgn siblings xstuju la kan? Tp dorg renung balik la dorg mmg cari laki yg bodoh2 alang, sng nk cucuk hidung. Tgok la din sara tu xde rupa gak. Asalkn jenis kuturutkan katamu wahai bini. End up tpksa la stuju ngn purit. Ujung2 purit pun kongkong jah tokleh balik umh mama kerap2. Hahah padan muka. Hdup dh makin merapu. Tpksa iklan acah2 arob naik huntaaa lah. Eh mcm2 la kegilaan kemerapuan jah. Xtersenarai, byk sgt. Nk nmpk dinner mewah, or naik cruise mahal lgkwi mcm dulu2 mmg x la. Kemsalam la purit nk blnja bini.
Quote mizruncing 30-10-2023 10:22 AM
wahhh ramainyaa maid emma. patut laa senang je beranak
Quote pembacagosip 30-10-2023 10:23 AM
baiknya emma
kita appreciate org
nanti org akan buat juga yg sama

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.044787 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top