|
Pelakon Azhar Sulaiman berpendapat Ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti Panglima Perang Islam dulu dalam menangani konflik yang bergolak antara Palestin dan Israel. Malah dia turut mempersoalkan strategi perang tentera Hamas selepas ramai rakyat Palestin yang terkorban.
"Ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti Panglima Perang Islam dahulu. Lepas berjaya membuat serangan mengejut terhadap Israel... Then what? "Buat apa pergi berperang bila tiada strategy to continue fighting lepas 1st wave striked. "Kejarlah kematian syahid dengan kebijaksanaan dan bukan dengan kedangkalan or bersikap selfish nak mati syahid tapi rakyat Palestine jadi mangsa," tulisnya dalam sebuah hantaran. Menerusi hantaran lain, Azhar turut menyatakan bahawa Israel tidak akan dikalahkan sehingga turunnya Imam Mahdi dan dia menyeru orang ramai untuk membantu Palestin dengan memboikot produk yang menyokong ekonomi Israel serta menjaga solat.
Susulan kenyataan tersebut, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil membidas pandangan dan mempertikai hantaran yang dibuat oleh Azhar. "Apa maksud abang? Saya dok perati setiap message abang. Depa berjuang untuk agama... kita tekan hp dan menilai strategi depa? I have full respect on u brother, always will... but saya dok tahan dari message abang. "But please give support and doa is just enough... Apa maksud abang facts bout Israel tak akan kalah sehingga Imam Mahdi sampai dalam hayat ini? How do u know? Have faith sebab kita tak tau pengakhiran kita. "Still respect and always will my big brother. I love you. Hanya Islam yang boleh pertahankan Islam sekarang ini," balas Sharnaaz. Dalam pada itu, Sharnaaz turut tidak keberatan untuk bertemu empat mata dengan Azhar sekiranya aktor tersebut ingin membahaskan isu tersebut. Sumber: Xtra
|
asamfish replied at 28-10-2023 11:16 AM
so la mamu oiii...hang punya statement tu mungkin akan mendapat tempat di hati netizens yang suka 'b ...
KucingBiru replied at 28-10-2023 03:48 PM
2-2 sama ja.
Last last bab keIslaman sendiri pun huru hara, tapi kalau bercakap seolah pejuang Isl ...

asamfish replied at 28-10-2023 10:16 AM
so la mamu oiii...hang punya statement tu mungkin akan mendapat tempat di hati netizens yang suka 'b ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.788501 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.