Pelawak Ajak Shiro meluahkan rasa terkilan apabila kebajikan isterinya, Nur Afifah Amin yang kini berdepan sakit tulang belakang akibat pemanduan jarak jauh,152 kilometer dari rumah ke tempat kerja setiap hari seperti tidak diendahkan pihak bertanggungjawab.
Kata Ajak, isterinya itu harus berulang-alik dari kediaman mereka di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor ke sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan setiap hari tanpa gagal demi menjalankan tugas sebagai seorang guru. “Dia sakit tulang belakang. Berdasarkan Pengimejan Resonan Magnet (MRI) pagi semalam doktor nasihat jangan memandu lama.
“Setiap hari, dia memandu dari Bandar Utama, Selangor sampailah ke sekolahnya di Nilai. Hantar anak main bola dan tuisyen lagi, jadilah 152 kilometer (km) sehari.
“Ini rutin harian dia. Kalau saya tidak kerja barulah saya akan bantu dia ambil dan hantar anak-anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Mohd. Hanaffi Razak itu turut menasihati isterinya agar tidak terkejar-kejar ke tempat kerja tanpa menghiraukan tindakan yang bakal dikenakan. “Lepas ini sakit, ambil cuti sahaja. Kalau tidak larat bawa kereta, berhenti rehat tepi jalan. “Kalau datang lambat ke sekolah biar sahaja mereka ambil tindakan, yang penting jaga kesihatan.
“Saya percaya ramai lagi guru lain yang ada masalah permohonan pindah tidak dilayan. Alasan ikut suami pun dia tidak pandang, kena bagi sebab teman lelaki baru dia lepas kot,” ujarnya lagi.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009 itu menetap di Petaling Jaya, Selangor. Sumber: HibGlam |
caprut replied at 27-10-2023 10:04 PM
Aku lg kesian dkt pekerja swasta umo tua masih kerja berat yg tua2 kerja mcd jalan pun dah x betol.
MisXoXo replied at 27-10-2023 03:35 PM
Ala..xlama dptlah tukar..ajak kaann..tusen dgn bola semua pilihan sndiri..ada baca komen yg mcm peli ...
ADVERTISEMENT