CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ameena Nak Cium Tangan Kakak" - Fizi Ali Jelaskan Foto Tekup Mulut Anak, Dedah Anak Tiri Murung Dituduh Pembuli

27-10-2023 09:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8809| Komen: 56

Penyampai radio, Fizi Ali mendedahkan anak tirinya, Damia, mengalami trauma gara-gara dituduh sebagai pembuli oleh rakan sekolahnya susulan gambar menekup mulut Ameena Sofia yang tular, baru-baru ini.


Perkara itu juga menyebabkan Damia mengalami kemurungan sehingga hampir seminggu tidak ke sekolah.


Katanya, Damia takut keluar rumah kerana bimbang orang ramai akan memarahi dan membencinya.

“Selepas gambar itu tular, Damia terima banyak WhatsApp daripada rakan sekolah yang menghantar semula gambar menekup mulut Ameena kepadanya.

“Mereka tuduh Damia pembuli, lebih lagi, gambar wajahnya dibulatkan menyebabkan Damia mengalami kemurungan.

“Saya kasihan melihatkan keadaan Damia yang menjadi mangsa buli siber pada usia masih mentah, sedangkan Damia sangat baik dan lembut.

“Damia juga sangat sayangkan Ameena, mereka sangat rapat, malah tidur bersama. Jadi, tak mungkin Damia ada niat nak lakukan perkara tak baik pada Ameena,” katanya.



Menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku, Fizi berkata, Ameena mahu cium tangan Damia, tetapi jurufoto sedang merakamkan gambar, jadi ia kelihatan seperti Damia menekup mulut Ameena.

“Ameena aktif, ceria dan tak boleh duduk diam. Dia suka pegang tangan kakaknya dan ketika itulah, Ameena sebenarnya cuba mencium tangan Damia.

“Bagi saya, gambar itu sebenarnya comel, tapi ramai pula yang mengecam dan tak adil sebenarnya buat spekulasi hanya daripada sekeping gambar.

“Saya juga minta tolong jangan bulatkan lagi muka Damia, kalau tak puas hati jumpa sendiri dengan saya. Tolong jangan babitkan isteri, anak-anak dan keluarga saya,” katanya.


Ditanya kenapa tidak menjawap pertanyaan daripada bekas isteri, Shakilla Khoriri yang menuntut penjelasan mengenai gambar itu, Fizi berkata, dia ada sebab tidak menjawab WhatsApp dihantar wanita berkenaan.


Sumber: Murai









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 27-10-2023 09:38 PM
Lantak hangpa laa..
Quote Antifake 27-10-2023 09:55 PM
Laki ngan ex bini sama aje lapar
Quote DeLuna85 27-10-2023 10:08 PM
Nak salahkan siapa kalau dah mcmni? Siapa yang up gambar? Masa up gambar mesti takda siapa yang jangka jadi mcmni.
Quote kalchi 27-10-2023 10:14 PM
Dia tak pikir smpai mcmtu kot masa upload. Kdg org laki ni dia tak fikir mcmana prmpuan yg suka fikir banyak2. Bg dia takda apa pon. Dah kata pon bdk tu nk salam tgn kakak dia kan. Fizi masa killa mesej apsal tak jawab. Jawab aje lah explain. Dahla ko masa amik anak tak beritahu psl majlis nikah. Prmpuan ni kalau di cakap elok2, dia takkan melenting. Fail betul la dua eko ni
Quote LaskarHijayu 27-10-2023 10:15 PM
Dia nikah senin baru ni kan? Selasa bwk p waterpark kan? Ape ke kawan anak tiri tuduh budak tu pembuli sehingga budak tu trauma takmo ke sekolah hampir seminggunya... sembang sama naik ngan ex wife. Budak tu period tak dpt p masjid pon nak bagitau adoiiii...
Quote timah03 27-10-2023 10:18 PM
Time ni semua benda la kena jaga2 la... Jaga hati la...
Tapi dulu, bila jadi suami isteri... Kau tengking suami... Kau campak pampers kat muka... Semua benda upload kat social media... Tak ada pula pikir masing2 ada mak bapak yg hati nya perlu di jaga...
Quote doubleA 28-10-2023 12:10 AM
Tabah la damia, dunia ini keras. Piji pun matang la sikit tu la akibat semua benda nak upload dan bagitau satu dunia. Cukup inform dan upload gambar sekeping dua udah. Dapat pula ex wife suka karang esei, hadaplah
Quote spy_caridotdot 28-10-2023 02:13 AM
Alamak! Aku baru je back up dia masa isu tekup ni. Sekali jawapan dia exaggerate giler! Mak budak tu nikah senin. Selasa pi water park, takkan rabu dah balik kot. Khamis baru nak start sekolah la kira. Tapi tak jadi la kan sebab kawan hantar wasap. Then ponteng la khamis jumaat! So mana dtg hampir seminggu tu?
Quote sharlenetexas 28-10-2023 02:15 AM
Bukan ke ada satu gambar tu meena tutup hidung dia sendiri?

Quote anony-mous 28-10-2023 05:00 AM
LaskarHijayu replied at 27-10-2023 10:15 PM
Dia nikah senin baru ni kan? Selasa bwk p waterpark kan? Ape ke kawan anak tiri tuduh budak tu pembu ...

Haha fizi n kill ni mmg serasi kan? Syg jodoh xlama. I mmg xtau nk side siapa sbb dedua nan hado. Side fizi sikit sbb katanya cerai sb killa curang kan
Quote Oroi8887 28-10-2023 05:52 AM
Jawapan ko. Mmg x matang ni, blh pulak tak jwb x wife tu tanya, mn tak mrh org tu. Tu ank dia tau. Mmg bodo.
Quote MeowPARSI 28-10-2023 06:57 AM
Hahaa lantak hangpaaa
Quote matjerk 28-10-2023 08:05 AM
spy_caridotdot replied at 28-10-2023 02:13 AM
Alamak! Aku baru je back up dia masa isu tekup ni. Sekali jawapan dia exaggerate giler! Mak budak tu ...

"Perkara itu juga menyebabkan Damia mengalami kemurungan sehingga hampir seminggu tidak ke sekolah."

Yg murung tu... mungkin laaa.. sbb gambar dia dibulatkan kan? Pastu baca2 komen kt fb... leh tahan budak ni kena bash wei.... logic je kwn2 mengejek... logic jer x p sekolah lps kena bash tu... dia masih budak kan...
tp info "hampir seminggu x ke sekolah" haluuuuu!!!!! 2 hari, hampir semunggu? Aku pun sided dia masa 8ssue tekup ni..

Sometimes dorang ni..main sembur je ckp... dia ingat kita ni tak semak info2 yg diberikan... dia ingat kita ni ahli mesyorat tingkap Joyah kampongdotcom ke? Aku klu jenis2 exagarrate ni..aku pantang betol
Quote Sheila1987 28-10-2023 08:48 AM
Oroi8887 replied at 28-10-2023 05:52 AM
Jawapan ko. Mmg x matang ni, blh pulak tak jwb x wife tu tanya, mn tak mrh org tu. Tu ank dia tau. M ...

Untuk aku tahap org menyampah. Benda tak de issue jadi issue. Tu yg x balas. Lagi pon ada gosip janda tak move on dok cari pasal dan OKG Kila ni.
Quote NazRysha 28-10-2023 09:01 AM
DR PAKTIRI MAK ANAK TIRI TOXIC SUNGGUH
Quote LadyCarefree 28-10-2023 09:59 AM
Piji is sengkek. Ameena disuruhnya tidur menumpang bilik dan lagi jijik menumpang katil anak tiri. Mak tiri pun xde effort nak sediakan bilik elok utk Ameena?
Quote QueenCaramel 28-10-2023 11:03 AM
Pic cenggini pon ex binik jdkn issue eh..fizi pon hang matang la skett da 2 kali kawen pon..bleh tak fikir jauh sket sblom post ape2..same je naik dgn ex binik..xyah la nk post berjela..ltk pic bahagia n sweet2 without caption sudaaa..lg hang try explain lg nmpk bodo..
Quote selipar_hijau 28-10-2023 11:09 AM
Kila tu cari lain pn ntah2 dah tak tahan dgn fizi ni
Quote sleepandream 28-10-2023 11:39 AM
tapi kalau betul pun si kakak tu tekup mulut adik dia sbb annoying mulut adik dia tak benti2 potpet2 pun is not a big deal pada iols... budak2 kan biasalah...

tapi yang tua2 dewasa ni pulak perangai so childish... nak cari salah sajork

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.117117 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top