|
Glamour dalam dunia penciptaan bahan kandungan digital, penyanyi dan pempengaruh media sosial, Syafiq Naser, kini meneroka pula bidang komedi bersama sahabatnya Shafuan Hiri, menerusi program Gelak 90 Saat.
“Sejujurya saya tidak pernah terfikir untuk menyertai mana-mana rancangan lawak. Cuma apabila sudah ditawarkan oleh pihak Astro, saya terima untuk cabar diri sendiri. “Saya dan Shafuan masing-masing teruja dan gemuruh pada masa yang sama, menjadi pencipta kandungan digital mungkin memberi kelebihan kepada kami untuk mementaskan jenaka yang berbeza dan lebih sesuai dengan perkembangan digital terkini. “Namun kami masih baharu dari aspek pementasan lawak jika mahu dibandingkan dengan peserta lain yang memang sudah mempunyai pengalaman beraksi di pentas besar seperti Maharaja Lawak Mega,” katanya kepada Utusan Malaysia.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.033516 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.