CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Sayangkan Dia, Sophia Tidak Disisihkan" - Siti Khadijah

27-10-2023 01:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8067| Komen: 73

Pelakon Siti Khadijah tampil menafikan dakwaan yang mengatakan Sophia Albarakbah dipulaukan rakan industri lain gara-gara isu penyondol.


“Sebagai kawan apa saya boleh cakap dia bukan kera sumbang dan tidak dipulaukan.



“Dia baik dengan semua termasuk kru. Setakat ini tiada isu dan masalah pun.


“Saya pernah dipulaukan dan tidak suka perasaan tersebut. Jadi, saya tidak akan buat benda sama kepada orang lain,” katanya semasa pelancaran produk terbaharu Tatagaltier di Tanamaker The Hills, di sini, semalam.


Dalam pada itu, bintang drama Sekali Lagi Cinta itu bersyukur digandingkan dengan Sophia yang diibaratkan sebagai permata apabila dapat mengenali aktres itu secara lebih dekat.


“Dia ibarat permata yang sangat berharga di set. Kami sayangkan dia dan selalu bersamanya.


“Sebenarnya, dia yang selalu teman saya. Saya gembira From Saga With Love menemukan kami kerana dapat kenal dia lebih dekat, tidak seperti orang lain mengenalinya,” ujarnya lagi.



Selain menafikan spekulasi tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu turut memaklumkan kebaikan Sophia yang berjaya mengubahnya ke arah lebih baik.


“Dia ajar saya buat benda baik seperti menjadi lebih sopan dan bersifat kewanitaan.


“Selepas duduk dengan dia, automatik saya bertukar jadi lemah lembut.


“Bagi saya, kalau saya tidak memberi inspirasi kepada orang, orang akan buat begitu kepada saya,” jelasnya.



Sebelum ini, muncul dakwaan mengatakan Sophia dipulaukan rakan artis lain di set penggambaran.


Bagaimanapun, pelakon filem Miimaland itu menafikan dakwaan tersebut dan mengakui kurang bersosial kerana terlalu pendiam. 



Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 27-10-2023 02:01 PM
wah, yg first komen ke? alhamdulillah piah ade kawan dalam industri. sorang dua je pun cukup asalkan ikhlas n suka kita seadanya.
Quote Perawankota 27-10-2023 03:21 PM
Aku percaya jer dia ni jenis baik yang manja dn lembut.. Klu bab2 kacau hak org tu, klu bertepuk sebelah tangan tak berbunyi kan..
Quote ReginaGeorge 27-10-2023 03:39 PM
Adalah org insecure tu, hasut sana hasut sini. Full conversation whatsapp bila nak tunjuk. Nak tgk juga, siapa yg mula.
Quote Lily_Elizabeth_ 27-10-2023 04:45 PM
Mmg lawa bergetah!!!

Ayat bergetah ni Bell suka pakai dalam dialog drama drama dia hihi.

Patut ramai jelly, mmg lawa sopi ni!!!
Quote noor2 27-10-2023 04:47 PM
Mmg beso dada Sophia...mmg jauh lawa dari siti khadijah ni dlm bidio tu
Quote wirazam 27-10-2023 07:31 PM
noor2 replied at 27-10-2023 04:47 PM
Mmg beso dada Sophia...mmg jauh lawa dari siti khadijah ni dlm bidio tu

Sophie mmg lawa..Ada Iras Iras sofea Jane..
Harap vvvip Borneo dpt buat isteri dan Sophie bersara dgn elegant nya...
Quote Hoshhi 27-10-2023 07:34 PM
Edited by Hoshhi at 27-10-2023 07:37 PM

[url=home.php?mod=space&uid=2378362]Sheols betul2 baik dengan peah ke
Quote heythere123 27-10-2023 07:55 PM
Edited by heythere123 at 27-10-2023 07:56 PM
Hoshhi replied at 27-10-2023 07:34 PM
Sheols betul2 baik dengan peah ke


haha, kalau tengok dekat ig macam rapat jugak. Sebab theyols kan shoot drama tu sekali.

harap SKH tak menurut perangai menyondol sophia kalau yg baik macam sopan, lembut tu elok je kalau nak tiru
Quote blue_blur 27-10-2023 07:58 PM
tu la... lain kali kawan lelaki biar ramai (no body contact)... bf jangan ada... suami biar 1.. masa jimat, pilihan banyak....kan dah buang masa 3 tahun emosi mental maruah dengan jantan haprak sebelum ni..

Quote bukan_ustazah 27-10-2023 08:26 PM
Peah dan amelia berlawan benang siapa paling banyak dekat cari hari ini. Masing masing heroin tengah hot
Quote pocongkiutss 28-10-2023 02:11 AM
Siti Khadijah sendu tu nk menumpang glemer peah jur
Quote kaedahnya 28-10-2023 02:48 AM
Edited by kaedahnya at 28-10-2023 02:57 AM

tijah cuba cerita sikit shooting mana yang awak kena palau tu, palau tu termasuk perlakuan buli tau.
pernah merasa kena buli, tak best tau, nasib baik yang membuli tu tak ramai & sekejap je (sebab depa memangsakan orang lain pulak).
lepas kebangangan tersebut aku pun tak ada la nak panjang cerita (sebab sedar aku pun camharem gak time tu).
kitorang pun neutral lepas tu.
so fokus dekat yang baik hati & layan kita macam biasa.
Quote bukan_ustazah 28-10-2023 03:49 AM
kaedahnya replied at 28-10-2023 02:48 AM
tijah cuba cerita sikit shooting mana yang awak kena palau tu, palau tu termasuk perlakuan buli tau. ...

Rasanya masa dia berlakon dengan anna tak silap dulu ada gossip ni. Macam interview semua anna je dipanggil she tak dipanggil
Quote kerani_je 28-10-2023 04:15 AM
Siti ni lawa muka asli melayu..x perlu effort melebih nk nmpk lawa..Attitude die pun ok..Suka tgk die..
Quote anony-mous 28-10-2023 04:39 AM
kaedahnya replied at 28-10-2023 02:48 AM
tijah cuba cerita sikit shooting mana yang awak kena palau tu, palau tu termasuk perlakuan buli tau. ...

Klau kena palau sbb perangai sendiri kira buli jgk ke? Soalan serius ni
Quote kaedahnya 28-10-2023 08:03 AM
bukan_ustazah replied at 28-10-2023 03:49 AM
Rasanya masa dia berlakon dengan anna tak silap dulu ada gossip ni. Macam interview semua anna je  ...

means yang buli wartawan ke? bukan kru la?
Quote kaedahnya 28-10-2023 08:10 AM
anony-mous replied at 28-10-2023 04:39 AM
Klau kena palau sbb perangai sendiri kira buli jgk ke? Soalan serius ni

ni pendapat sendiri aku la. still consider buli.
Quote matjerk 28-10-2023 08:19 AM
Aku x kenal sape siti khadijah ni....

Tp baru2 ni..aku tgk movie melayu... tajuk cerai..
Cuma nak cakap.. suka betul lakonan pelakon2 dlm cerita tu.. terutamanya pelakon tambahan..

Adlin aman ramlee, bini dia.. berlakon best. Bersahaja je. Skrip pun mcm bahasa2 harian yg kita cakap jer.. pastu yg jadi brader yg delivery food tu pun best kot berlakon.. lama aku x tgk movie melayu..sbb aku selalu membauangkn cerita melayu ni..mcm drama2 pukul 7pm.. org kaya suka org miskin.. tp mak org kaya tu suruh kawen dgn org kaya... pastu x bahagia.. atau.. org kaya tu kawen jugak dgn org miskin.. tp mak org kaya tu selalu jadi batu api.. tetap nak anak dia kawen dgn sekufu... dia buat mcm2 lah nk bg anak dia bercerai.. pastu cerita.. CEO yg tgh2 hari buta pun pakai business suit... suka dgn staff yg level rendah...

Ya Allah..muallll nya cerita begini.... but.. cerai tu mmg best lah   
Quote matjerk 28-10-2023 08:20 AM
kerani_je replied at 28-10-2023 04:15 AM
Siti ni lawa muka asli melayu..x perlu effort melebih nk nmpk lawa..Attitude die pun ok..Suka tgk di ...

1st time tgk dia berlakon cerita CERAI.. okay lah..best gak lakonan dia..

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.242577 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top