CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sweden Bakal Usir Warga Iran Bakar al-Quran

27-10-2023 01:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2157| Komen: 15

Stockholm: Kerajaan Sweden akan mengusir warganegara Iraq, Salwan Momika yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana membakar kitab suci al-Quran sejak beberapa bulan lalu.

Laman berita AA melaporkan, jurucakap Pejabat Migrasi Sweden, Jesper Tengroth memberitahu stesen penyiaran temapatan, TV4 bahawa permit pemastautin dan pekerjaan Momika akan tamat pada 16 April 2024.



“Permitnya bagaimanapun tidak akan diperbaharui dan dia akan diusir.

“Kami membuat keputusan ini berdasarkan fakta dia membuat kenyataan palsu dalam permohonan permit tersebut,” kata Tengroth sambil menambah, lelaki itu juga dilarang untuk memasuki Sweden untuk tempoh lima tahun.

Menurut laporan, Momika membantah keputusan tersebut dan akan membawa kesnya ke mahkamah migrasi Sweden.

Momika membakar sebuah naskah al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Sweden pada 21 Jun lalu.


Lelaki itu menjadi tajuk utama akhbar-akhbar pada minggu berikutnya apabila dia membakar kitab suci umat Islam itu di luar sebuah masjid di Stockholm semasa umat Islam menyambut Aidiladha pada tahun ini.

Sweden bersama Denmark dan Belanda berdepan kecaman meluas kerana membenarkan perbuatan menghina kitab suci al-Quran di bawah perlindungan polis. – AGENSI


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 27-10-2023 02:08 PM
Ok..boleh pindah duduk israhell
Quote Zazama 27-10-2023 03:01 PM
Rasa hebat sgt ke bakar AlQuran. Ok, suka atau tidak kau tunggu je la.. iols doakan samada kau dpt hidayah atau semoga hidup kau tu sentiasa panas sepanas api yg kau nyalakan bakar ALQuran. Amin..
Quote antikorok 27-10-2023 03:05 PM
Haha. Bakalan menuju ke lobang kubo maknosia laknat ni. Silap2 kuar jah dari Sweden tuh teros kena culik kemodian kena b***h sbb dah takde perlindongan drpd penyokong pelampau Islamophobic ni. Tulah probok2 puaka lagi
Quote Marunggey 27-10-2023 04:25 PM
Latest news dia kibarkan bende israhell sambil pijak Al Quran. Lahanat betul perangaii!!
Quote _blackbird 27-10-2023 05:12 PM
Perbuatan provokasi pada agama, bangsa dan negara secara terbuka utk limelight mmg sesuatu yg bodoh bg aku. Kalau pandangan peribadi tu lantak lah. Watpa nak kisah dengan pandangan peribadi org
Quote ChildrenOfBodom 27-10-2023 08:20 PM
dekat tajuk tulis warga Iran, bahalol betui
Quote Dwdrum 28-10-2023 09:05 AM
Edited by Dwdrum at 27-10-2023 05:20 PM

Kata, nya heshe pernah join military and ber perang dengan daesh... Asal nineveh iraq membesar dari community jadi target jihaadist... Heshe nampak islam jihadist /extremist version..heshe. Mental koyak lah...better pergi malaysia nampak islam dalam PAS version... Lobai tidak suka perang depa suka mecedis
Quote hayrin86 28-10-2023 09:37 AM
Sesuai la nih.. Warga asing yang buat onar patut diusir kuar.. Kalau warga tempatan hukuman buang daerah lebih sesuai diberi..
Quote otai_g 28-10-2023 09:49 AM
X psl2 sweesen yg dpt nama busuk walhal yg buat onar pendatang asing. Pastu Ikea kena boikot lg. Ikea yg x bersalah
Quote Prickford 28-10-2023 09:50 AM
Eh yg mamat Denmark-Swedish tu takde plak kena usir. Tu pon membakor dekat Denmark, pastu dekat Sweden. Kena banned tapi lepas tu plak dpt kerakyatan Sweden pon sbb bapak heolls org Sweden.
Quote bakingsoda 28-10-2023 10:19 AM
dia ingat kibar bendera israel tu zionist nak say thank you ke? aku rasa kena ludah je
Quote sambaldurian 28-10-2023 11:34 AM
Motif. Dh x suka islam senyap2 jela. Dpt visa hidup mcm biasa. Kerja jela, makan tidur berlibur. Ni nk cari perhatian bakar al-quran. Dh mendapat. Tu mental dh tu, asal dtg bulan penuh ni msti kegelisahan ni.
Quote penutupbotol 28-10-2023 02:28 PM
another attention seekers in oversea
Quote Kentot_Wangi 28-10-2023 07:53 PM
Semoga kau mati dalam keadaan kulit kau terkoyak2 sepertimana kau koyak al quran tu.
Quote ctaz 28-10-2023 08:14 PM
kejap iran....kejap iraq....
mana satu betul laaaa...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.040734 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top