Pempengaruh Auntie Purple membidas sikap segelintir pengguna media sosial yang suka menghukum individu lain berhubung situasi tegang yang berlaku di Palestin ketika ini. Auntie Purple mula membuka mulut apabila terlihat satu komen yang mengecam peniaga kononnya tidak peka terhadap insiden berdarah di negara bergolak itu.
“Semalam saya lihat ‘live’ ada orang menjual baju, ada satu komen macam (berbunyi) ni ‘Orang tengah perang di Palestin, kau sibuk buat live. Siapa nak beli baju kau ni?” Melihat komen itu, beliau berkata, orang ramai terutama rakyat Malaysia perlu memahami maksud sebenar ‘solidariti’. “Cukuplah! Cukup! Ini sudah melampau. Dia buat live meniaga, itu kerja dia. Dia sedang bekerja. Orang bekerja di media sosial dan korang (orang ramai) kecam?” katanya. Tindakan segelintir pengguna laman sosial yang sering mengecam orang dalam semua hal mengenai Palestin membuatkan ‘Auntie Purple’ meluat.
“Tak ‘update’ (kemas kini) isu Palestine di sosial media, kena kecam. Buat ‘live’ meniaga di sosial media, kena kecam. “Lambat muat naik kena kecam. Buat reviu kena kecam. Pergi melancong pun kena kecam. “Masalahnya bila buat pasal (tentang) isu Palestin, bila kurang ‘post’ (hantaran) dikata asal boleh, terlebih ‘post’ dikata ‘terpaling’ Palestin,” luahnya. Tambahnya, itu cara mereka mencari rezeki di sosial media dan meminta orang ramai supaya memahami. “Kami bekerja, korang (orang ramai) pun bekerja,” ujarnya. Sumber: Kosmo! Online
|
Suchi replied at 4-11-2023 07:17 AM
Terpaling palestin, iols pun masih peram video2 tak post kt reel risau kang ada komen2 suh ingat pas ...
Suchi replied at 4-11-2023 07:17 AM
Terpaling palestin, iols pun masih peram video2 tak post kt reel risau kang ada komen2 suh ingat pas ...
IzzahF replied at 6-11-2023 04:09 PM
sian org yg carik makan dgn post reels kat ig tu ha, ramai yg tak post apa2 padahal mmg income dor ...
lifeline replied at 6-11-2023 04:16 PM
ntah la iols post je mcm biasa
cuma nya yg ngarut2 xde la post skrng ni
mcm mngu lepas bercuti dah ...
Suchi replied at 9-11-2023 07:20 AM
Smlm termasuk live imran bard, dia buat live kt studio sapatah rasanya hat budak nuffnang kot.
Bua ...
Suchi replied at 9-11-2023 07:21 AM
Kita hat sendu ni takde masalah org tak kacau sgt
Tp hat pemes ni la yg akan kena teruk
Semua mend ...
ADVERTISEMENT