CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tracie Sinidol 'Cringe' Tonton Lakonan Sendiri Di TV, Tapi Terpaksa Demi Perbaiki Diri

26-10-2023 06:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6320| Komen: 18

Pelakon baharu, Tracie Sinidol mengakui terpaksa menonton lakonannya di kaca televisyen walaupun rasa janggal demi kebaikan kerjaya yang baru diceburinya.

Katanya, perasaan 'cringe' itu mungkin  disebabkan penggunaan loghat dalam drama yang dilakonnya.



"Saya seorang yang tak suka tengok muka saya di TV. Saya cringe. 

"Saya tak pasti kenapa... Mungkin sebab slang Sabah. Kemudian, bila saya dengar slang baku saya, saya rasa janggal. Tapi saya perlu tengok untuk perbaiki lakonan saya.


"Kadang-kadang kita tak sedar apa yang salah sehinggalah kita tengok semula lakonan sendiri. Sekurang-kurangnya , saya tahu apa yang perlu diubah," katanya

Dalam pada itu, Tracie yang pertama kali menerajui drama menerusi Luruhnya Bunga Cinta juga mengimpikan untuk berlakon dalam pelbagai genre lakonan.


"Saya ada target bila masuk dalam industri seni. Kalau sekarang sudah genre romantik mungkin selepas ini seram, aksi dan komedi.

"Saya serius untuk cuba pelbagai watak yang boleh cabar diri sendiri. Bila dapat watak mencabar, kita paksa diri keluar dari zon selesa.

"Saya tak suka ambil watak yang lebih kurang dengan personaliti saya... Saya suka watak yang mencabar," katanya.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 27-10-2023 01:07 AM
Ada rupa takpe..netijen maafkan..cuba lagi yach.a aida pasti menerima uolz
Quote maroon_nerd 27-10-2023 02:21 AM
Nasib baik kau ada rupa je dik. Sama je kau ngan si mira kayu tu.
Quote ladybugz 27-10-2023 08:12 AM
unik muka dia ni. she is spunky too. kejap mcm mira kejap mcm fathia or in between those two. btw i mmg suka facial features org2 borneo. cantik2 n manis.
Quote myhairisbad 27-10-2023 10:34 AM
She looks like MF + Jisoo memang cute n cantik at the same time.. muka adik beradik she pun tak sama. Part berlakon tu, boleh diperbaiki.. nampak sopan santun orgnya. Itu yg penting.
Quote DeLuna85 27-10-2023 11:28 AM
Berapa kali kau mau kasi highlight kau punya slang. Selama ni mmg di keningau seja ka x keluar ke mana2. Mmg x campur sama org luar ka. Bukan susah pun slang kl. Bukan kau di suruh cakap utara.
Quote Oroi8887 27-10-2023 12:22 PM
DeLuna85 replied at 27-10-2023 11:28 AM
Berapa kali kau mau kasi highlight kau punya slang. Selama ni mmg di keningau seja ka x keluar ke ma ...

Hahahaa, kalau area yg cakap pekat tu kan mmg susah nak tukar slang sis  
Quote bukan_ustazah 27-10-2023 12:37 PM
She muka basic sangat takde aura heroin jadi tempelan oklah
Quote DeLuna85 27-10-2023 03:34 PM
Oroi8887 replied at 27-10-2023 12:22 PM
Hahahaa, kalau area yg cakap pekat tu kan mmg susah nak tukar slang sis

Aah. Pantai timur Sabah senang sikit tune. Kecuali yg dari telupid.
Quote DianaSaksen 27-10-2023 03:39 PM
Slang sabah dia tak pekat lah
Macam cara bercakap orang semenanjung jer kalau berlakon
Ok lah Dari mk tu kalau berlakon
Quote bankerpencen 27-10-2023 11:45 PM
Baguslah ada kesedaran diri, senang nak improve bila dah sedar
Quote ketupatnasi 28-10-2023 11:05 AM
Makin lama makin rupa migha pijah
Quote Atata 28-10-2023 11:09 AM
DeLuna85 replied at 27-10-2023 03:34 PM
Aah. Pantai timur Sabah senang sikit tune. Kecuali yg dari telupid.

Aahhahahahahaha... kenapa kalau dari telupod sis.. wakaka random ba telupid. Whyy?? Pekat betul ka slang dorang
Quote selipar_hijau 28-10-2023 11:13 AM
Jgn salahkan loghat. Loghat tu takde la cringe mana pun
Quote LaskarHijayu 28-10-2023 04:06 PM
Lakonan dia dlm 1MDV boleh tahan laa...
Quote wirazam 28-10-2023 07:08 PM
Dik ko kena aktif berlakon..baru boleh kuasai BM dgn lancar
Quote cmf_blanco 29-10-2023 06:04 AM
DeLuna85 replied at 27-10-2023 03:34 PM
Aah. Pantai timur Sabah senang sikit tune. Kecuali yg dari telupid.

Cakap pasal telupid teringat si Susi..hahaha.. kalau yg pekat betul huruf 'k' tu kan payah sikit mau tune.
Quote ReginaGeorge 29-10-2023 06:29 AM
Kalau budak ni senyum, pipi dia nampk mcm pipi baby. Manis budak ni. Esok lusa, hilang la pekat tu. Takpa, muda lagi. Masih jauh perjalanan dan masih byk masa utk perbaiki kekurangan. Baik budak ni, sedia akui kelemahan.
Quote lucky_peace 29-10-2023 07:27 AM
Lama2 okay la tu.. pelakon2 yg mixed2 tu lagi la mula2 berlakon berbelit lidah hah ckp bm, lama2 okay smpai memang award lagi pon ada..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.163903 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top