|
Walapun hangat dilanda kontroversi, Syamsul Yusof untuk terus menghasilkan naskhah terbaik. Di Instagram, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.
Menurut Syamsul, itu merupakan karya keempatnya selepas Khurafat, Munafik 1 dan Munafik 2. Namun bagaimanapun, Syamsul tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu. “Menulis. Skrip filem baharu untuk Astro Shaw. Filem seram saya yang seterusnya selepas Khurafat, Munafik 1 & Munafik 2. Bismillah,” tulisnya. Terdahulu, antara karya Syamsul yang berjaya mencatatkan sejarah sebelum ini adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan panggung RM97 juta di pawagam tahun lalu. Untuk info, Munafik sebelum ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM17.04 juta (2016) manakala Munafik 2 pula mencecah sehingga RM37.78 juta (2018). -CARI Sumber: Gempak
|
irakahak & sisturs assisten tok bomoh...mungkin dlm film nie, santet dihantar via henpon agaknya
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.562596 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.