CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mantap Dan Padu, Vokal Nabila Razali Dipuji-Puji Menyanyi Live

26-10-2023 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5202| Komen: 11

Nabila Razali dipuji ketika membuat persembahan dalam program Wow Dah Gaji yang disiarkan baru-baru ini di TV3.

Nabila mendendangkan lagu Tak Segampang Itu nyanyian asal penyanyi Indonesia, Anggi Marito dengan penuh penghayatan dan sedap didengar.


Foto: IG

"Saya suka semangat dia. Kalau kita kat tempat dia bermacam tohmahan mesti dah jadi macam Sissy Iman tapi dia sentiasa bangkit selepas beberapa kegagalan nyanyi 'live' tetap juga ambil tawaran nyanyi 'live'.

"Terbaik Nabila. Sentiasa maju ke depan dan kekal positif," kata seorang netizen.

Rata-ratanya kagum dengan nyanyian secara langsungnya pada program itu dan menyifatkan kelembutan suaranya menjadi kelebihan untuk menyanyi merdu.



"Lembut sekali suaranya. Sedapnya dia nyanyi. Nabila ini suaranya memang sedap didengar. Cuma tak boleh (nyanyi) tinggi-tinggi. Suka saja dengar.

"Dari dulu suka tengok Bella (Nabila). Kadang nak nyanyi ini tak perlu pun jerit-jerit. Cukup 'feel' enak jadinya," itu antara pujian diberikan kepadanya.



Sebelum ini, Nabila berdepan waktu sukar untuk memberikan nyanyian secara langsung dengan baik. Insiden 'terkucil' menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) paling diingati ramai.

Dia juga sebelum ini mengakui masih dihantui trauma walaupun tidak seteruk dulu.

Justeru, dia lebih berhati-hati, terutama dalam memilih single baharu dan terus memperbaiki kualiti nyanyian dengan menyertai beberapa kelas vokal. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 26-10-2023 04:13 PM
Dia bkn tak leh menyanyi. Boleh je.. cuma tak sehebat orang lain. Tapi dia pandai carik lagu yang up to date
Quote maroon_nerd 26-10-2023 04:53 PM
Dia ni bakat tak tara mana. Ikutkan ramai je suara lebih kurang dia. Cuma dia ada peluang & confidence level tinggi tahap gaban. Kena kecam pun kental nak nyanyi jugak.
Quote talapia 26-10-2023 05:07 PM
maroon_nerd replied at 26-10-2023 04:53 PM
Dia ni bakat tak tara mana. Ikutkan ramai je suara lebih kurang dia. Cuma dia ada peluang & confiden ...

personaliti dia tu buat orang senang bekerja dengan dia. Sebab tu dia banyak job... dari menyanyi.. berlakon.. mengacara dah ke belum?
suara dia sedap.. ada tone yg sedap didengar la.. tak bingit.. tapi range kecik la.. takleh jerit2.. cari lagu yg sesuai.. mesra telinga... laku la.

tapi aku personally ada soft spot la kt dia ni.. kalau ada ditemuramah ke.. tak nampak bimbo.. walau ada gedik2 gelak2 manja.. tapi acceptable.
Quote fealefea 26-10-2023 09:49 PM
Ya Allah, fakenya berita ni. Aku sebok kemas rumah sambil buka tv. Pastu denga suara itek serati tecekek. Sape la buruk nyanyi. Pastu  dengar, terima kasih Nabila. Hah, no wonder!
Quote Jemahkoserrr 26-10-2023 09:59 PM
fealefea replied at 26-10-2023 09:49 PM
Ya Allah, fakenya berita ni. Aku sebok kemas rumah sambil buka tv. Pastu denga suara itek serati tec ...

Dia nyanyi masa karnival suria fm. Nyanyi lagu sendiri pun banyak kali terkucil. Saya dengar live kat radio. Lepas tu dia tanya penonton "ada record ke saya nyanyi? Harapnya post yang elok2 jelah ya." Haha sendiri sedar lah tu nyanyi hauk masa tu ????
Quote Catpaw 26-10-2023 10:30 PM
Tolonglah, suara memang x sedap langsung, cepat² la kawin ulit laki je kat rumah
Quote Orix 26-10-2023 10:43 PM
sheols ni personaliti dia menarik. dats y sheols letop. ditambah dgan dpt lagu best
Quote babycc 26-10-2023 11:24 PM
fealefea replied at 26-10-2023 09:49 PM
Ya Allah, fakenya berita ni. Aku sebok kemas rumah sambil buka tv. Pastu denga suara itek serati tec ...

Samala.. aku dgr sambil kat dapur.. hauk sungguh!!
Quote September14 27-10-2023 12:05 AM
Ok je dia ni rajin cari duit and jenis yg disenangi….
Quote pocongkiutss 27-10-2023 01:24 AM
Janji tak jd penyondol tu org suke je la dik
Quote ekselen 27-10-2023 11:49 AM
maroon_nerd replied at 26-10-2023 04:53 PM
Dia ni bakat tak tara mana. Ikutkan ramai je suara lebih kurang dia. Cuma dia ada peluang & confiden ...

tp iols suka tgk dia berlakon...bersahaja pastu muka x perlu nk mekap berat2 sgt... muka asli gitu...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.101786 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top