Isteri Aril Pilus, Puteri Erma Adlina Megat Aminuddin terpaksa melupakan hasrat untuk kembali bertugas sebagai pramugari atas permintaan suaminya yang nak seorang lagi anak. Menurut Erma, tawaran kontrak sebagai pramugari yang diterima itu terpaksa ditolak sekiranya dia memilih untuk hamil lagi.
"Dimulai dengan perbincangan bersama suami ketika syarikat penerbangan panggil bekas pramugari untuk sertai semula semasa Covid-19 dahulu. Suami kata nak anak lagi. "Kalau nak anak lagi saya tidak boleh sertai semula sebab kontrak tidak boleh hamil. Fikir usia pun dah tak berapa muda," katanya di IG Story. Dalam hantaran tersebut, dia turut menceritakan bagaimana mula dikesan menghidap masalah fibroid sehingga perlu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan untuk melakukan pemeriksaan. Masalah kesihatan itu bagaimanapun berjaya dikesan sebelum dia disahkan hamil anak kedua. “Selepas itu didapati ada beberapa fibriod besar dekat perut. Pemeriksaan di Kota Bharu dan rawatan susulan semua buat di sana. “Beberapa temu janji doktor sahaja saya pergi. Akhirnya tidak pergi sebab doktor beritahu tidak boleh buat apa-apa, hanya perlu pemantauan sahaja,” ujarnya. Dalam masa sama Erma juga menulis pengalaman dua kali menjalani pembedahan akibat berlaku pendarahan teruk selepas bersalin pada Selasa lalu. Sehari berada di unit rawatan rapi (ICU), dia memberitahu keadaannnya masih lemah selain turut meluahkan rasa syukur dikuniakan dua orang cahaya mata.
|
ADVERTISEMENT