Oleh : Dean BZ Calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, baru-baru ini memberi cadangan "panas" agar penganut agama Islam dipakaikan dengan sejenis alat pengesan sebagai satu cara memerangi keganasan. Cadangan "keterlaluan" itu bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan nitizen yang beragama Islam, malah sesetengah penganut agama lain juga mengganggap cadangan itu berbentuk diskriminasi agama. Marwa Balkar, seorang gadis jelita yang menetap di California menganggap cadangan Trump memberi satu peluang untuk memperjelaskan apa itu Islam yang sebenar. Memetik status di laman Facebook Marwa, Jika diberi pilihan dia mahu menggunakan simbol "PEACE" sebagai identiti kerana itulah ajaran yang dibawa oleh Islam. Marwa turut menjelaskan bahawa idea Trump untuk memasang alat pengesan mungkin satu langkah yang baik untuk mendedahkan kepada hartawan itu tentang aktiviti yang dilakukan umat Islam dalam kehidupan seharian. Trump akan dapat melihat sendiri bagaimana dia dan rakan-rakan seagamanya melakukan kerja-kerja amal, dan turut menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Amerika. Status yang dimuat naik oleh Marwa telah menerima hampir 500 ribu likes dan lebih 150 ribu perkongsian. CEO Facebook, Mark Zuckerberg juga merupakan antara ratusan ribu yang turut "LIKE" status gadis ini. Pada 20 November 2015, Trump memuat naik status di laman Twitter rasminya, menafikan cadangan memasang alat pengesan untuk Muslim. Beliau menegaskan itu bukanlah cadangan darinya, tetapi dari wartawan. Ingin penulis kupaskan sedikit disini, Islamophobia atau sentimen anti-Muslim sememangnya telah lama wujud namun ia semakin menular diseluruh dunia semenjak terjadinya tragedi serangan pengganas di World Trade Center, pada 11 September 2001. Pengganas itu dikenali sebagai kumpulan Al-Qaeda dan dilaporkan ahli kumpulan ini merupakan ekstrimis agama. Mamun masih banyak kekeliruan dan tanda tanya timbul hingga kini tentang bagaimana pengganas itu dengan begitu senang masuk ke tengah bandar metropolitan Amerika Syarikat yang umum tahu, Amerika merupakan sebuah kuasa besar yang terkenal dengan kecanggihan ketenteraannya. Kemunculan ISIS ( Islamic State of Iraq and Syria) atau kini lebih dikenali sebagai DAESH lebih memarakkan lagi sentimen anti-Muslim dikalangan penganut agama lain. Ini kerana banyak terjadinya serangan demi serangan di Asia Tengah dan beberapa minggu lepas serangan bersiri di Paris yang mengorbankan ratusan mangsa juga dikatakan dilalukan oleh DAESH. Sampai bilakah Islamophobia akan terus menular? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menanggani Islamophobia dari terus menular? Bincangkan! - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
1
Bagus |
9
Marah |
18
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT