CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Paris Hilton Kecewa Netizen Ejek Kepala Anak

26-10-2023 02:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3013| Komen: 9

Selebriti Paris Hilton dilihat sudah hilang sabar selepas gambar terbaharu bersama anak lelakinya berusia lapan bulan iaitu Phoenix Barron dihujani komen melampau daripada netizen.

Paris berkata dia tidak boleh menerima komen ditulis itu dan berasa sakit hati apabila penampilan fizikal bayi itu dijadikan bahan hinaan.



"Menjalani kehidupan dalam perhatian, komen tidak dapat dielakkan, tetapi menyasarkan anak saya, atau orang lain dalam hal itu, tidak boleh diterima.

"Ini menyakitkan hati saya yang tak boleh diungkap dengan kata-kata.

"Saya telah bekerja keras untuk memupuk persekitaran yang mementingkan kasih sayang, rasa hormat dan saya mengharapkan perkara yang sama sebagai balasan," katanya.

Tambah Paris dia berharap netizen mempunyai sifat empati sebelum berkata-kata mengenai anaknya itu.

Sebelum itu, ada netizen tergamak mempersendakan wajah anak Phoenix susulan kepalanya yang besar berbanding tubuh.


Komen ditulis itu mengundang pelbagai reaksi peminat sehinggakan ada yang meminta Phoenix tidak lagi mendedahkan anaknya itu kepada umum.

Untuk rekod, Paris mendirikan rumah tangga bersama Carter Reum pada 11 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat.

Pada Januari lalu, Paris berkongsi khabar berita telah bergelar seorang ibu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 26-10-2023 08:43 PM
kesiannya padahal baby tu comey ja pun
Quote azimodin 27-10-2023 08:57 AM
Masalahnya dah tentu2 la anak si paris ni jumpa doctor yg bukan calang2. Mesti doctor dah suggest treatment kalau suspicious. Memang ada budak yg kepala dia besar tapi normal, bukan hydrocephalus
Quote penutupbotol 27-10-2023 03:27 PM
comel jea anak dia..
Quote Page88 29-10-2023 02:25 AM
Her child is cute but get the child checked.
Quote any42 29-10-2023 05:35 PM
eiii geramnyaaa comel sgt baby. kaki buli dgn bdk2 pun nk mngata. loser. Pdahal bdk tu hdup pun dlm dulang emas. pembuli kais pagi mkn pagi
Quote A-Are 30-10-2023 07:46 AM
comel giler anak dia
Quote kucingitam 30-10-2023 02:15 PM
sukati je nak mengata kepala anak orang...budak tu baby lagi pun harta dah berkoyan, korang yang ngata u apa ada? haih...dgn budak pun nak buli
Quote mizruncing 30-10-2023 03:01 PM
comel kot.. benda lahh dorang yg kecam tu
Quote JahLupa 30-10-2023 11:37 PM
Bile masa dia ni ngandung

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.181519 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top