CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tom Dan Fuad Nampak Kekok, Dikutuk Tak Serasi Menyanyi Bersama Atas Pentas

26-10-2023 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3799| Komen: 20

Tom dan Fuad dikritik kurang serasi di atas pentas walaupun mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri nyanyian.

Pada persembahan minggu kedua Program Famili Duo musim ketiga (FD3), suami isteri ini berjaya mendapat tempat kelima dalam carta mingguan ketika membawa lagu medley 'Istana Menanti' dan 'Kesal' nyanyian asal Rahim Maarof dan Ella.


Foto: IG

Mereka mengalahkan pasangan adik beradik Ryan dan Adam Bakery di tangga terakhir.

Mas Idayu selaku juri profesional berkata, walaupun persembahan Fuad dan Tom kelihatan sangat kekok serta tidak mempunyai keserasian semasa berada di atas pentas, tetapi ia adalah persembahan yang menyeronokkan.


"Saya dapat rasakan kamu berdua seakan sedikit kekok ketika sedang membuat persembahan. Mummy nampak awak tengok satu sama lain tetapi keserasiannya tidak dapat dirasakan dari pandangan penonton.

"Mummy sangat suka vokal Fuad dan Tom walaupun ada kekurangan dari segi tempo, tapi secara keseluruhan ia persembahan yang seronok," katanya.


"Memang kami mengaku ada sedikit kekok di atas pentas. Sebelum ini kami mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu penonton nampak terlalu romantik walaupun sedang bertanding di program realiti," kata Fuad.

Menurutnya lagi, dia dan isterinya menerima komen juri dengan hati yang terbuka serta akan memberikan persembahan yang terbaik pada minggu akan datang.



"Kami terima segala komen yang diberi oleh juri profesional kerana mereka hanya menasihati dan inginkan yang terbaik buat persembahan kami.

"Kami akan memperbaiki kekurangan kami dan lebihkan keserasian di atas pentas. Saya dan isteri akan terus berlatih dan cuba hasilkan persembahan yang lebih menarik supaya peminat dan juri menyukai persembahan kami," katanya.



Tema minggu seterusnya adalah rock dan semestinya pasangan Tom dan Fuad Rahman cukup terkenal dengan genre rock mereka di mana-mana pentas persembahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote K_Lily 26-10-2023 01:03 PM
Tiap kali tengok pasangan ni aku cuba untuk berkata yang baik-baik. Sesuai la mereka dari segi rupa. Huhu
Quote aemon 26-10-2023 01:54 PM
Scary tengok rupa dorang.mcm terbau2 sampah ke sini huhu ampun larikkk
Quote alieyrina 26-10-2023 01:57 PM
Kepam takdak aura sungguh. Tolongla jgn muncul kat tv lagi
Quote naina 26-10-2023 02:18 PM
Tom tu ntahh mana sedapnyaaaa aku jeram sungguhhh
Quote prince_marhaen 26-10-2023 02:31 PM
Emmm.... kembar??

2.jpg
71l0gu5wjKL._AC_UF1000,1000_QL80_.jpg
Quote None68 26-10-2023 02:32 PM
Kenapa couple ni nmpk mcm B40 sangat ek
Quote IzzahF 26-10-2023 03:07 PM
aduhai kepam
Quote Kancilkering 26-10-2023 03:15 PM
muka dia ni holloween theme
Quote Honey_Inara 26-10-2023 05:02 PM
Subur tom ni..
Quote Belibis 26-10-2023 05:04 PM
None68: Kenapa couple ni nmpk mcm B40  ...

Ko ingat retis2 semua level tok ti,sol sop?ramai jer b40.
Quote Suchi 26-10-2023 05:07 PM
None68 replied at 26-10-2023 02:32 PM
Kenapa couple ni nmpk mcm B40 sangat ek

Kalau dorang kaya tak masuk dh pertandingan tu, inu dgn perut boyot pun gigih nk bertanding.
Retis kayangan lain time boyot tak nampak terus batang hidung, cuti setahun
Quote rayna_raynes 26-10-2023 05:26 PM
Fuad suara sedap juga
Tom off key all the time tapi tone dia mmg sedap
Quote Lylyna 26-10-2023 06:54 PM
Selisih nya lahai laki bini ni.
Quote AWEKSAMURAI 26-10-2023 07:00 PM
None68 replied at 26-10-2023 02:32 PM
Kenapa couple ni nmpk mcm B40 sangat ek

Dah mmg b40 pun cuma lagak je mcm T20
Quote Kuehraya 26-10-2023 09:50 PM
None68 replied at 26-10-2023 02:32 PM
Kenapa couple ni nmpk mcm B40 sangat ek

Kenapa dgn B40??
Quote aemon 26-10-2023 09:55 PM
prince_marhaen replied at 26-10-2023 02:31 PM
Emmm.... kembar??

Kenapa tak tambah lalat terbang sekali?
Quote Mademoisellee 26-10-2023 10:05 PM
Huduhnya dimple fake dia. Orang lain dimple muncul kalau senyum, dia 24 jam berlobang pipi
Quote Carcosa 26-10-2023 10:21 PM
Gambar yg 1st tu, terbau2 rokok Gudang Garam bila tgk muka si Kelindan Lori 8 tayar tu
Quote pocongkiutss 27-10-2023 01:21 AM
Mademoisellee replied at 26-10-2023 10:05 PM
Huduhnya dimple fake dia. Orang lain dimple muncul kalau senyum, dia 24 jam berlobang pipi

Seriuslah dia buat dimple fake? Gigih nyah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052683 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top