CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lebih 10 Tahun Menyepi, Waheeda Wassini Buat Comeback!

26-10-2023 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8677| Komen: 73

Waheeda glamour dengan lagu Wassini, Binafsha, dan Dua Dalam Bahtera kini kembali ke arena muzik tempatan selepas lebih 15 tahun berehat.

Bekas pemenang tempat ketiga Voice of Asia ini, berehat seketika dari kerjayanya dalam industri muzik pada tahun 2009 selepas berkahwin dengan penyanyi dan penceramah terkenal, Akhil Hayy.


Dia kini mahu dikenali sebagai komposer, pemuzik, dan pencerita melalui lagu-lagu yang dihasilkan.

Foto: Youtube

Waheeda terus menghasilkan lebih banyak lagu yang menggabungkan unsur-unsur kepelbagaian etnik dunia dengan sentuhan moden, seperti Now I Do, Melodi Ahlan, Sindiran dan banyak lagi.

Lebih dari satu dekad Waheeda 'hilang', peminatnya tertanya-tanya sama ada beliau akan kembali ke arena muzik, atau akan melepaskan minatnya untuk selama-lamanya?

Namun, tahun ini (2023), Waheeda mengejutkan semua pihak dengan pengumuman untuk kembali aktif di arena seni.


"Untuk kehadiran semula ini, saya membawa matlamat untuk menjadikan karya-karya muzik yang saya hasilkan sebagai medium utama untuk menyebarkan ilmu.

"Saya juga ingin berkongsi ruang yang ada dengan bakat-bakat seni tanah air, yang mana sudah lama mencuba nasib untuk menembusi pasaran semasa, saya buka ruang untuk mereka berkongsi karya seni.

"Saya menyimpan impian untuk melihat hasil kerja seni saya dan anak-anak Malaysia yang lain berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa. Saya juga terbuka untuk berkerjasama dengan pengkarya seni dari luar negara dalam mengembangkan lagi pengaruh muzik saya,” katanya kepada Gempak.

Sepanjang tempoh berehat, Waheeda juga telah mengasah bakatnya dalam bermain pelbagai alat muzik, seperti biola dan juga memantapkan kemahiran beliau bermain piano.

Ini adalah antara instrumen-instrumen penting yang sentiasa menjadi penyeri dalam lagunya yang disulam dengan rentak dan bunyi moden.

Semua katalog muzik Waheeda yang menampilkan dua album utama iaitu Binafsha dan album Etnik Terbaik AIM 2008; Melodi Ahlan kini boleh didapati di semua platform penstriman utama di seluruh dunia termasuk Spotify, Apple Music, Youtube, Youtube Music, Amazon Music, Tidal, Deezer, dan Joox.

Dalam perkembangan lain, Waheeda kini diurus sepenuhnya oleh Skyson PR, kini sedang berbincang untuk berkolaborasi dengan beberapa penyanyi yang berada di carta terunggul.

Peminat dijangkakan dapat mendengar single baru Waheeda pada suku pertama tahun 2024. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 26-10-2023 11:36 AM
sebaiknya teruskanlah menyepi bersama suamimu si penunggang unta....
Quote Manusiabesa 26-10-2023 11:38 AM
Dh elok2 berhijrah tu wtpa gigih nk comeback? Bukan ada org rindu pon. Dok comeback dlm dunia hiburan balik ni mmg signal xbest. Klu istiqamah hg berkesan msti allh tetapkan hati hg utk xpndang lgsg dh dunia lagha. Laki izin plk ya???!! Ni spesis jahkob ke? Jenis berhijrah kejap2 je. Bila behijrah xdpt limelight trus rasa nk cari attention smula erghhh. Org sebuk ngn filistin dia sebuk nk comeback2. Serupa la mcm ada fan duk rindu, puiii
Quote electricopop 26-10-2023 11:39 AM
Wow rindu dengar suara dia...
Quote Dolmat 26-10-2023 11:40 AM
Compose lagu keagamaan ok bleh Terima...

Tapi kalo comeback nak menyanyi mendayu2 melalak...  Suara aurat ya aurat....!!!!

Quote Noraniza_Iblis 26-10-2023 11:44 AM
Waaaa iols excitedd..lagu2 arab vibe sheols je yg boleh masuk telinga..
letak laa Penantian ke.. Lagu rindu ke..still lagu Wassini yg best smpai skrg...
Quote karipapcinta 26-10-2023 11:52 AM
Manusiabesa replied at 26-10-2023 11:38 AM
Dh elok2 berhijrah tu wtpa gigih nk comeback? Bukan ada org rindu pon. Dok comeback dlm dunia hibura ...

saya juga berharap awak berhenti lah main forum, banyak kan beribadah dari sibuk bergosip pasal dunia artis.Sebelum nak nasihat orang, tengok jari sendiri dulu.
Quote Manusiabesa 26-10-2023 11:53 AM
karipapcinta replied at 26-10-2023 11:52 AM
saya juga berharap awak berhenti lah main forum, banyak kan beribadah dari sibuk bergosip pasal du ...

Kesah pulak aku dgn nasihat bodoh kau. Mcm org gila.ke mmg gila? Blah la lu. Natey beruk.xlyk utk becakap selevel dgn aku. Anak haram oi
Quote karipapcinta 26-10-2023 11:57 AM
Manusiabesa replied at 26-10-2023 11:53 AM
Kesah pulak aku dgn nasihat bodoh kau. Mcm org gila.ke mmg gila? Blah la lu. Natey beruk.xlyk utk  ...

Dh elok2 nasihat tu wtpa gigih nk maki orang.  Dok comeback dlm dunia forum balik ni mmg signal xbest. Klu istiqamah hg berkesan msti allh tetapkan hati hg utk xpndang lgsg dh dunia lagha. Laki izin plk ya???!! Ni spesis jahkob ke? Jenis berhijrah kejap2 je. Bila behijrah xdpt limelight trus rasa nk cari attention smula erghhh. Org sebuk ngn filistin dia sebuk nk forum forum Serupa la mcm ada orang duk rindu, puiii

Quote Oroi8887 26-10-2023 12:00 PM
Biasanya artis yg ttiba nak comeback ni nak div.... Atau dah div.... Hahaha. Dah tua2 ni xyah la comeback2 makcik
Quote makadek 26-10-2023 12:03 PM
Aku tk kan out dr forum... Sampai porem ni terkubur. Sinila pot paling sedap melampiaskan napesu amarah dan babi2kan sting
Quote apech 26-10-2023 12:03 PM
Oroi8887 replied at 26-10-2023 12:00 PM
Biasanya artis yg ttiba nak comeback ni nak div.... Atau dah div.... Hahaha. Dah tua2 ni xyah la com ...

Selalunya itu lah......
Quote prettyuglybabe 26-10-2023 12:06 PM
pencaras memang susah nak dapat tempat di hati acik-acik..
awas yach
Quote chipsmoremore 26-10-2023 12:07 PM
x yah comeback lah... bukan ada peminat pun, baik terus kekal istiqomah dari terjebak dgn dunia yg lagha ni makcik
Quote harkktuih 26-10-2023 12:37 PM
sila lah buat lagu2 mcm dulu...iols sokong..
Quote MistrezHermanaz 26-10-2023 12:44 PM
so dia akan berniqab sambil menyanyi la ye
Quote newyork 26-10-2023 12:45 PM
Susah btui nak tinggal dunia yg lagha ni..kecuali akak norkumalasari
Quote Catpaw 26-10-2023 01:23 PM
Eww x nak la acik oi, acik duk rumah je ulit janggut laki
Quote black_handbag 26-10-2023 01:29 PM
nape nak kembali. toklaki tak larat nak sara dah ke, ke rindu nak pegang duit sendiri sbb toklaki tak bagi duit poket mencukupi?
Quote Suchi 26-10-2023 01:31 PM
Masih kelubung gitu ke? Mcm tak sesuai je nak nyanyi dah.
Alang2 kelubung terus je duk dlm persembunyian

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060596 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top