CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut, Anak Lebam Di Kepala Kereta Jatuh Gaung

25-10-2023 06:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2148| Komen: 15

Rompin: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Barat, Felda Keratong 4, Muadzam Shah di sini hari ini.

Anak mangsa yang berusia enam tahun mengalami lebam pada bahagian kepala.



Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Rizaidil Benjamin, 30, dalam perjalanan menghantar anaknya ke tadika dari Felda Keratong 4 ke Kampung Rekoh Baru.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan terjatuh ke dalam gaung setinggi lebih kurang 10 meter.

“Akibat kemalangan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak berumur enam tahun lebam di bahagian kepala,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang maut dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.


Dalam pada itu kataya siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan berbukit dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik. 


Sumber: Kosmo! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 25-10-2023 10:46 PM
Serem. Ade unsur2 mistik ke? Dulu kwn i mak dia drive kete tiba2 kete dok kat bahu jln. Org asli ckp jin alihkan tkt terlanggar anak jin. Kejadian di pahang tapi taktau la daerah mana.
Quote dua_chzy 25-10-2023 10:56 PM
Jenis kereta, menentukan hidup mati si pemandu dan penumpang sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Ex kelig aku pakai Toyota Prado Ninja King. Terbabas masuk gaung sejauh 100 meter ke bawah. Herlok hidup lagik sheol sampai sekarang walau kereta total lost...
Quote LadyCarefree 26-10-2023 01:36 AM
allshares replied at 25-10-2023 09:46 PM
Serem. Ade unsur2 mistik ke? Dulu kwn i mak dia drive kete tiba2 kete dok kat bahu jln. Org asli ckp ...

Ooooo patut Jin tu angkat je lah kete tu letak depan sikit. xyahlah baling dalam gaung.
Quote Cassieopeia 26-10-2023 08:26 AM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote ketambangkang 26-10-2023 09:13 AM
anak dia mesti nampak apa yg berlaku, bapa meninggal pon depan mata dia..kesiannya
Quote kucingitam 26-10-2023 09:16 AM
kesiannya...mungkin mengantuk ke?
Quote myhairisbad 26-10-2023 09:49 AM
Tgk pic ingatkan berita luar negara..
Salam takziah.  
Quote kelip2_07 26-10-2023 10:28 AM
kesiannyeee..bpk meninggal dpn mata
Quote allshares 26-10-2023 10:35 AM
LadyCarefree replied at 26-10-2023 01:36 AM
Ooooo patut Jin tu angkat je lah kete tu letak depan sikit. xyahlah baling dalam gaung.

Kot anak nya si jin mati so jin amuk buang je dlm gaung. Sekadar andaian semata yah.
Quote KamikuP 26-10-2023 10:38 AM
Mcm kena serangan sakit jantung kot. Anak tu mesti trauma tengok bapak mati depan mata. Salam takziah
Quote nw111 26-10-2023 12:09 PM
dua_chzy replied at 25-10-2023 10:56 PM
Jenis kereta, menentukan hidup mati si pemandu dan penumpang sekiranya terlibat dalam kemalangan.

E ...

Sama kwn hubby accident 2 beranak naik merc  e class..kereta mmg total lost...2 beranak dlm kereta elok takde apa..kes terbabas jugak sbb heols mmg sejenis bawak kereta laju..
Quote dua_chzy 26-10-2023 12:27 PM
nw111 replied at 26-10-2023 04:09 AM
Sama kwn hubby accident 2 beranak naik merc  e class..kereta mmg total lost...2 beranak dlm kereta ...

Kan uols. Kelig aiol tu pun laju bawa kereta. Terbabas sebab masa tu hujan renyai2 jadi jalan licin. Terbabas bila tayar kereta terpeleot masuk lubang.
Quote juruterra 26-10-2023 02:22 PM
dua_chzy replied at 26-10-2023 12:27 PM
Kan uols. Kelig aiol tu pun laju bawa kereta. Terbabas sebab masa tu hujan renyai2 jadi jalan lici ...

pakai seatbelt / airbag function ke tidak...pun menentukan nasib pemandu/penumpang
Quote penutupbotol 28-10-2023 02:43 PM
allahuu, nasib panjang umur

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.136411 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top