CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keluarga Dah Cari Rumah Lain Tanpa Pengetahuan Shila Amzah "Mereka Dah Tiada Di Rumah Itu, Tak Tahu Rasmi Pindah Atau Belum"

25-10-2023 05:15 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 22529| Komen: 146|Original author: Saiful

Shila Amzah lepas tangan, tak nak masuk campur urusan perpindahan keluar adik-beradiknya daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Katanya dia lebih selesa untuk berdiam diri dan sekadar melihat daripada jauh.


Foto: IG

Malah dia difahamkan keluarganya itu mencari kediaman baharu tanpa pengetahuan dirinya.

"Kali ini saya tidak uruskan, mereka pilih sendiri. Saya tidak uruskan sebab masalah ini sudah terlalu besar, jadi saya ambil langkah berdiam diri.

"Saya lepas tangan. Kalau ada masalah nanti dan mereka minta tolong... tengoklah bagaimana," katanya di Live.



Menerusi komen yang ditinggalkan netizen bertanya adakah keluarga Shila berpindah ke rumah yang telah disediakan.

Shila juga berhasrat untuk menjual rumah tersebut masih diteruskan dan menunggu ia dikosongkan agar mudah untuk urusan berkenaan.

"Sudah ramai tanya nak beli rumah itu. Tapi biarlah tunggu kosong dahulu, sekarang masih ada orang dalam rumah itu.

"Apabila sudah kosong barulah senang untuk orang datang tengok.



"Setahu saya mereka sudah tiada di rumah itu, tapi tak tahu secara rasmi sudah pindah atau belum," ujarnya.

Kemelut keluarga Shila sebelum ini hangat diperkatakan apabila dia bertindak menjual banglo miliknya yang juga menjadi kediaman keluarga.

Dua orang adik Shila iaitu Syahir dan Syada mendakwa tindakan itu dibuat tanpa pengetahuan mereka dan merasa seolah-olah dihalau dari rumah sendiri. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 25-10-2023 05:20 PM
Semoga urusan mereka dipermudahkan. Ada hikmah semua yg berlaku, adik adik dh boleh mula berdikari cari rezeki sendiri kehidupan sendiri.  
Tengok dari jauh yer shila..samada mereka mampu atau sebaliknya.
Quote Manusiabesa 25-10-2023 05:25 PM
Bila femili dh stat pecah mcm nie, mmg dh jd xbest. Xtau cane nk fix sbb damage dh worst. Sian kt icha anak spupu dia tu, xpasal2 terkait dgn perpindahan rumah bagai ni. Mamazie lak sorg2 dh skrg, partner pun dh dpt puki baru. Aku speku smua ni jd sejak munirah jd ahli sihir dok ganggu smua. Klo dh sejak dulu suka sgt femili ni, xyh la jd bini nd. Ko jd je anak angkat dorg. Tp tu la klu nd xgatal benda xkn jd. Hope ramadhan or raya thun dpn boleh getback. Ubai la kena tlg jugak repair. Atleast rpair shila dgn mama je. Syapik lantak p. Aku yakin femili klu retak bole repair lg kut... tgk contoh abil dgn amy. Skrg dh ok after byk thun dingin.
Quote ghalibboy 25-10-2023 05:26 PM
Mereka sudah tersedar, tidak selamanya boleh bergantung pada orang lain, sekalipun adik beradik
Quote captainQUE 25-10-2023 05:27 PM
Tengok dari jauh je xila… Bukan memutuskan silaturrahim tapi pentingkan mental diri dulu
Quote Manusiabesa 25-10-2023 05:27 PM
Purplehaz replied at 25-10-2023 05:20 PM
Semoga urusan mereka dipermudahkan. Ada hikmah semua yg berlaku, adik adik dh boleh mula berdikari c ...

Kan awak. Bila salah satu party jenis cool matang ( refer xila la ) insyllh ada hrpn nk pulih. Aku ni jenis hari biasa ada salah paham tp hari raya aku jdi sayu terus otometik nk bebaik dgn sumorg.. lmbut la jugak hati aku ni .xkeras sekeras kerikil sgt. Kluarga xda ganti wei..klu ibu mati, 1 dunia terasa dh xada nilai lgsg.
Quote newyork 25-10-2023 05:28 PM
Mmg tak best family pecah camni...tp kalau tak cakap sampai bila nak makan hati ..lg jiwa merana..sabar lah sya..
Quote Buritan 25-10-2023 05:29 PM
Manusiabesa: Bila femili dh stat pecah mcm  ...

E
Yepp.. betul hang ckpp.. aku repair dgn mak pak akuu jee.. yg tiga eko aku lantakkan ajoo..
Quote Buritan 25-10-2023 05:34 PM
Purplehaz: Semoga urusan mereka dipermuda ...


Konpom tak manpuu .
Quote Realpeople17 25-10-2023 05:35 PM
Dari cara dia ckp nmpk sgt dia da trlampau penat ngan sume ni. Kiranya mmg da kemuncak da dia pnye mkn hati sume tu. Dia da mcm tak koser da. Mkn hati ngan org luar takpe tau. Ni darah daging sndiri. Bleh jd depressed.
Quote doubleA 25-10-2023 05:40 PM
Syahir bukan duduk banglo tu lagi ke takkan deme pindah tanpa bawa dia sekali assume dia duduk dgn xilalat? Mungkin gak duduk dgn xilalat sepanjang family duo ni tapi haritu xilalat cakap syahir datang waktu dekat2 hari pertandingan je. Selebihnya syahir duduk banglo langat lagi. Iols harap xilalat akan berbaik dgn maklalat. Lain2 biarkan. Bagi duit kt maklalat tu ok la dia
Quote Purplehaz 25-10-2023 05:52 PM
Edited by Purplehaz at 25-10-2023 05:54 PM

Ya you, kakak mana yg x syg adik adik...bergaduh tu biasa, keras keras hati..masa jer yg akan mencairkan nya.

Hahaaha..kisah Raya mmg seribu mcm kisah kann..aduiii.  bab dgr lagu Raya meleleh tu yg mencairkan hati yg keras kerak nasi.
Quote alesandra 25-10-2023 05:56 PM
Adik2 je ke yg blah atau mak dia sekali?kalo adik2 je baguslah sedar diri.
Quote Purplehaz 25-10-2023 05:59 PM
Manusiabesa replied at 25-10-2023 05:25 PM
Bila femili dh stat pecah mcm nie, mmg dh jd xbest. Xtau cane nk fix sbb damage dh worst. Sian kt ic ...


Kisah Amy dan abil tu lain...both ayah anak xde menjahanamkan sindir sindir bukak cite itu ini, cuma konflik dgn mak tiri jer mase tu yg lebih mulot.
Mak tiri pun dh insof..sygkan family ...abil pun berani nk berbaik..lembut hati.
Quote missyL 25-10-2023 06:07 PM
Biarla je la sha
Dah tibe mase masing2 jd bertanggungjawab

Tp iols x terkejut pon klo ssh nti carik sha balik
Quote zuriey 25-10-2023 06:07 PM
Si ppuan simpanan sapik tu ikut sekali duduk rmh baru ke
Quote timah03 25-10-2023 06:10 PM
Ni sama macam kes ex Sha dulu la...
Cara baik, tak nak keluar dari rumah Sha cyber tu...
Lepas Sha bising kat media... Semua... Ehhhh... Tahu2 dah keluar..
Quote shida81 25-10-2023 06:18 PM
Susah nk berbaik klu mcm ni..
Rasenya shilalat mmg dah x kose nk berbaik ngn family dia
Quote epal_putih 25-10-2023 06:19 PM
Bagus juga... senanggg kerja
Quote takkoser 25-10-2023 07:03 PM
persoalan shila maki tak mak dia..kalau shila dah maki aku rasa agak susah nak baik balik.. entah la semoga terbaik untuk shilalat

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.035752 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top