CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fida Ibrahim Mengaku Susah Golongan Artis Nak Istiqamah, "Kena Cari Circle Yang Betul"

25-10-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1544| Komen: 6

Sebagai artis bertudung, Rafidah Ibrahim, 37, mengakui, cabaran paling besar adalah bagaimana untuk kekal istiqamah lantaran banyak ujian ada di sekeliling yang memungkinkan perasaan diri menjadi bolak-balik.


“Apabila sesuatu keadaan itu boleh menggugat Iman atau penghijrahan kita,saya fikir paling penting ialah memilih ‘circle’ atau kawan-kawan yang boleh membantu pada niat asal kita.

“Saya percaya bahawa iman tak boleh diwarisi mahupun ‘copy and paste’. Setiap anak Adam itu pasti tidak lari dari melakukan kesilapan. Sama ada kalangan artis atau tidak,jika ada kalangan kawan-kawan kita yang sedang diuji, nasihat dan berikan galakkan padanya.


Foto: IG

“Tapi kalau tak mampu, kita juga boleh mendoakan dia dari jauh. Tugas dakwah bukan hanya terletak pada ustaz atau ulama. Tetapi itu adalah tanggungjawab setiap Muslim. Dalam berdakwah perumpamaannya macam ini, ‘kita bukannya nak hapuskan pesakit, tetapi kita nak merawat penyakit,”katanya kepada Utusan Malaysia.


Katanya golongan artis lebih ketara dapat dilihat ramai kerana status figura awam.

“Bila berkaitan sesuatu perkara yang diwajibkan dalam Islam ini, pada peringkat permulaan memang saya faham, kita seolah-olah perlu memaksa diri sehinggalah datangnya keikhlasan itu. Artis lebih dilihat orang sebab mereka selalu di depan kamera.

“Bagi saya, semua orang dalam industri memainkan peranan masing-masing kerana setiap daripada kita faham agama dan syariat termasuklah penerbit, pengarah, stesen tv, radio, media dan lain-lain.Paling penting kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah.

“Kalau kita rasa dengan hijrah kita kehilangan atau kurang tawaran, sentiasa bersangka baik pada ketentuan yang Allah tetapkan. Yakinlah pasti ada lebih baik dari itu sebab dalam hidup ini tak semestinya yang kita rasa tak baik tu, tak baik untuk kita mahu pun sebaliknya,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-10-2023 04:53 PM
Wpun aku tak minat ko tp aku akui ko lebih cantik dr tokti.. tokti tak dpt maintain body sbb bahagia
Quote prince_marhaen 25-10-2023 05:17 PM
sheols pun pernah terbang2 tudung jugekkk khensss masa dating ngan mamat genting sempah dulu khensss.... hihihihi...
Quote Kentot_Wangi 25-10-2023 05:37 PM
Sbb tu bile dah bertudung, x perlu jadi artis dh...
Quote hidet 25-10-2023 09:24 PM
prince_marhaen replied at 25-10-2023 05:17 PM
sheols pun pernah terbang2 tudung jugekkk khensss masa dating ngan mamat genting sempah dulu khensss ...

Yeee..igt lagi..pakai cap dalam kereta
Quote hidet 25-10-2023 09:25 PM
Tapi recently content dia kat IG best2. mesej islamic dan content yang fresh..lawak yang pasai terjumpa syaiton tgh jalan
Quote Mamaperdana 25-10-2023 10:58 PM
Dia ni kan sepupu tok ti. Tp kenapa x pernah nmpk dia dlm kenduri nyanyi tokti?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.037947 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top