CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Kenang Momen Bersama Achik Spin, Akui Pernah Bercinta

25-10-2023 04:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5092| Komen: 28

Penyanyi Siti Nordiana berkongsi kembali kenangan lama ketika menjalinkan hubungan cinta dengan Allahyarham Achik Spin pada zaman remaja. 

Siti Nordiana yang mesra disapa sebagai Nana itu berkata dia mengetahui Achik mempunyai perasaan terhadap dirinya sebelum membalas semula cinta vokalis kumpulan Spin itu.



Perkara itu didedahkan ketika menjadi tetamu di Borak Selebriti SINAR.

"Ini cerita lama sebenarnya dan boleh dikatakan cerita zaman remaja dulu. Orang kata cinta monyet lah. Pada ketika itu saya berumur antara 15 atau 16 tahun. Masa itu saya digosipkan dengan arwah Achik.

"Pergi mana-mana, bila digosipkan mesti rasa malu-malu dengan dia. Kira macam, dia memang ada hati pada saya dan selama ini dia pergi menonton persembahan saya. Sejak itu juga saya tahu dia meminati saya.

"Jadi, saya pun balas cintanya. Tapi sekejap saja,l.


"Selepas masing-masing berumahtangga, maknanya jodoh tak sampai. Kami banyak menjauhkan diri, jarang berbual," katanya.


Menerusi perkongsian yang sama, Nana juga memberitahu arwah sentiasa memberikan semangat kepadanya terutama ketika dia melalui fasa perceraian dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop.

Dalam pada itu, Nana turut mengakui pemergian Achik memberikan tamparan hebat buatnya apatah lagi dia adalah orang terakhir yang bertemu dengan Allahyarham.

"Judul lagu duet kami yang terakhir pun seolah memberitahu dia akan pergi. Tajuk lagu tu Cari Ketenangan ciptaan Ajai.

"Pada hari kejadian memang nampak lain. Asyik-asyik datang pada saya macam nak berbual tapi saya tak layan dia sebab sibuk bersiap untuk pergi acara.

"Dia selalu tumpang kereta saya, dia selalu bising cakap kereta saya bersepah. Tapi, hari kejadian, dia diam saja. Dia tak marah. Selepas saya hantar dia ke kereta dia... dia terus pergi.

"Kemudian, saya dapat tahu dia meninggal dunia dua jam selepas kami jumpa. Dia kemalangan ketika balik Seremban," katanya.

Untuk info, Achik meninggal dunia dalam kemalangan ngeri selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan pada 17 April 2010.


Sumber: Harian Metro, Xtra







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 25-10-2023 04:52 PM
hari tu pasal ex husband dia si arwah faizal yusof
ni pasal achik plak
Quote Kentot_Wangi 25-10-2023 05:38 PM
Kenapa terkenang habis ex2 ni? Huhu
Quote nyoyoyenye 25-10-2023 05:44 PM
ohnanana kenapa ni. asyik sebut pasal yg dah tiada. ada apa2 akan berlaku kah pada sheolss
Quote caramel_cloud9 25-10-2023 05:47 PM
Org dah tanya kan. Dia jawab lah. Bukan dia tiba² buat post dkt medsos dia cerita pasal ex ex dia
Quote cepukmas 25-10-2023 06:37 PM
Ni interview podcast ke apa namanya dgn radio sinar, dah diorg tanye nana pun sporting jawab je, pastu wartawan mana ceduk amik satu2 buat cover berita, dah nana yg dikecam... Choiii
Quote dua_chzy 25-10-2023 06:39 PM
caramel_cloud9 replied at 25-10-2023 09:47 AM
Org dah tanya kan. Dia jawab lah. Bukan dia tiba² buat post dkt medsos dia cerita pasal ex ex dia

Yang bertanya tu pun...Motif la kan buat Nana ingat kenangan manis plus sedih2....
Quote menjad 25-10-2023 06:54 PM
Orang dah tak der dahhhh
Quote imanda 25-10-2023 06:58 PM
dah knp radio sebok2 tanya psl benda lama. sume cite ada dah dlm buku biography dia tahun 2018 dulu.
Quote izat123 25-10-2023 06:59 PM
Portal berita zaman sekarang semua wartawan yang kerja pun pemalas. Diorang bukannya pergi interview artis lepastu siarkan apa yang diinterview. Semua pun duduk depan komputer, tengok video temubual artis lepastu keluarkan berita tajuk gempak gempak.

Dah interview nak dekat sejam mestilah macam macam soalan Nana dapat, borak pun santai santai je dah orang tanya dia jawab lah gelak gelak je. Sampai portal berita keluarkan berita terus letak tajuk yang boleh mengundang kecaman macam dia ni asyik ungkit kisah kisah lama orang pun dah tiada.
Quote she 25-10-2023 07:39 PM
Kita ada pilihan untuk TIDAK menjawab soalan

Mudah
Quote Atata 25-10-2023 07:43 PM
cepukmas replied at 25-10-2023 06:37 PM
Ni interview podcast ke apa namanya dgn radio sinar, dah diorg tanye nana pun sporting jawab je, pas ...

Ooo podcast kat sinar.. yelah kalau podcast mmg tempat kita bercerita sporting la semua benda cerita mcm borak kwn2
Quote sukanyanyi 25-10-2023 07:46 PM
imanda replied at 25-10-2023 06:58 PM
dah knp radio sebok2 tanya psl benda lama. sume cite ada dah dlm buku biography dia tahun 2018 dulu.

Ahah.. dh xde bnda nk tnya kn.. kalo psl laki baru, sedia maklum xde.. xkn nk tnya gosip ngn khairina n fikrya lg.. tp ni 1st time ek sheols ngaku penah becinta ngn hacik? Sblm ni rase mcm duk ckp kwn duet je
Quote LadyCarefree 25-10-2023 09:55 PM
Acik Nana ni pergilah betulkan gigi. Bagi elok sikit penampilan. Lagipun bff punya bini kan doktor gigi
Quote maroon_nerd 25-10-2023 10:53 PM
LadyCarefree: Acik Nana ni pergilah betulkan gigi. Bagi elok sikit penampilan. Lagipun bff punya bini kan doktor gigi


Kan. Aku gigi cam nana ni dok plan nak betulkan. Dia selesa ek gitu.
Quote lazim 25-10-2023 11:18 PM
Mmg acik ada meminang nana kn .. tp ayh nana tolak sbb muda lg ms tu
Quote sleepandream 26-10-2023 12:27 AM
kalau arwah masih hidup mesti dah level2 tomok jugak kan
Quote Dolmat 26-10-2023 12:30 AM
KO berceritaaaaaa zaman cinta monyet dgn arwah... KO dah nyanyuk luper keeee yg arwah  ADA BALU!!!! Dah hilang sifat malu ke nana?

Bekas laki KO pun tak silap Ada baluuuu KO bercerai dgn arwah Faizal cerai hidup bukan bercerai mati oi....nana....
Quote spy_caridotdot 26-10-2023 01:06 AM
Sah2 arwah2 tu masing2 ada bini. Mesti bini arwah2 bengang je baca acara terkenang2 ni.  
Quote she 26-10-2023 01:41 AM
Kalau balu yang bercerita
Ok lagi

Sebab tu orang cakap podcast ni semua mengarut
Berborak sampai lupa benda tu live atau direkod

Hujung2 netizen uturn
“Cakap patutlah kena umpat dek 5 ketoi tu”

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.051991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top