Rita Rudaini lebih memilih dan berhati-hati dalam berkawan sebab risau tragedi masa lalu berulang kembali. Katanya dia lebih rela bersendirian dan banyak menghabiskan masa bersama anak-anaknya.
Jelas Rita, dia gemar berkawan dengan individu yang boleh menerima teguran dan tidak cepat ‘sentap’. “Sejujurnya saya sekarang dah kecilkan circle. Biarlah saya berkawan dengan anak-anak. Kalau orang nak kata saya tak berkawan dengan orang, tak apa itu adalah saya. “Saya dah pernah berkawan, bila berkawan ni kena macam ni macam tu. Benda tu menyakitkan tau. Jadi lebih baik saya sendiri, jaga anak-anak.. Buat apa-apa untuk kerja saya.
“Saya suka berkawan, bercakap dengan orang yang boleh terima kalau kena tegur. Saya pun boleh terima ditegur orang. Saya tak suka orang yang dia sentap bila tegur. “Saya ok untuk berkawan cuma serik untuk ada kawan baik tu, sudah-sudah la.. Saya tak beranilah. Pengalaman lalu tu pahit. “Bila kawan tu baik dengan kita tapi. boleh tukar jadi musuh yang paling dasyat.. Banyak saya dah belajar daripada selama ini saya berkawan,” katanya kepada Melodi.
Sementara itu, Rita juga sempat menitipkan pesanan kepada sahabat baik dulunya yang kini hubungan mereka sudah renggang. Rita berkata mustahil untuk mereka berkawan baik semula selepas apa yang berlaku. “Untuk berkawan balik tu tak, cukuplah. Saya doakan dia baik-baik saja. Saya hormat kehidupan dia."
Berkongsi mengenai perkembangan menjadi mangsa sihir, Rita berkata perbuatan terkutuk itu masih berlaku dalam dirinya namun memilih untuk tidak mengendahkan gangguan tersebut. “Memang benda (dibuat orang) tu masih ada, saya tak nak fikir.. hari-hari saya akan amalkan zikir, sebelum keluar rumah, balik rumah. “Orang nak buat (sihir) saya ke, lantaklah saya tak boleh tahan orang nak dengki dengan saya,” ujarnya. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|