CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Remaja Bakar Tandas Hingga Rakan Mati Diperintah Cuci Tandas Selama Enam Bulan

25-10-2023 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4056| Komen: 37

KUALA SELANGOR -Dua remaja lelaki diperintah mencuci tandas dalam tempoh enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas perbuatan mereka membakar tandas sehingga mengundang tragedi kematian rakan tahun lepas.


Majistret Siti Hajar Ali menjatuhi hukuman bersifat khidmat masyarakat selama 100 jam di sekitar daerah ini, selepas kedua-dua remaja berusia 16 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan mereka.

Siti Hajar turut memerintahkan bon berkelakuan baik sebanyak RM1,000 setiap seorang selama dua tahun selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dalam tempoh sama.


Foto: Kosmo

“Kamu juga tidak boleh keluar rumah sendirian bermula pukul 8 malam hingga 6 pagi kecuali ditemani ibu bapa masing-masing.

“Kena hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.


Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja yang masih bersekolah itu didakwa melakukan khianat dengan api dan menyebabkan kebinasaan tandas awam gelanggang futsal, Jalan Cakera Purnama, Fasa 3 Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor kira-kira pukul 2.47 petang pada 28 Ogos tahun lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Terdahulu pada prosiding tersebut, JKM yang mengemukakan laporan akhlak kedua-dua tertuduh selain mengemukakan dua syor termasuk berkelakuan baik.

Dua penasihat awam termasuk seorang guru turut memberikan penyataan dalam galeri mahkamah menegur perbuatan kedua-dua tertuduh yang telah membinasakan harta awam.

“Ini juga memberikan kesan kepada keluarga arwah (Muhammad Damin Mikhail). Perlu muhasabah diri,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri memohon hukuman setimpal kerana melibatkan kepentingan awam.

Turut hadir dalam prosiding tersebut adalah peguam pemerhati, Johan Ariff Salim Khan mewakili keluarga mangsa.

Manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! pada 28 Ogos tahun lalu melaporkan Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16, ditemui dengan kesan melecur di dalam sebuah tandas pada pukul 2.38 petang Ahad lalu dalam kejadian kebakaran di sebuah tandas terbiar di Puncak Alam Fasa 3.

Kebakaran berlaku apabila dua rakan mangsa bergurau de­ngan membakar sesuatu di hadapan pintu masuk bangunan itu sehingga meragut nyawa mangsa. Ketika ditemui, terdapat kesan melecur pada badan mangsa. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 25-10-2023 03:48 PM
apa jenis bergurau la sampai nyawa kawan tu hilang.. patutnya hantar masuk Henry Gurney.
Quote kotakominami 25-10-2023 04:00 PM
Yg meninggal tu same joint bakar tandas jugak ke....atau mangsa buli?
Quote Skuau 25-10-2023 04:04 PM
pas umoq 18...depa kena bicara lg ke idok???
Quote akies 25-10-2023 04:24 PM
Kasar gurauan tu sampai kawan meninggal
Quote shamsadis 25-10-2023 04:38 PM
hutang darah dibayar darah
Quote mamajawie 25-10-2023 04:42 PM
apsal x msukkan dkat henry gurney n penjara seumur hidup?
Quote Chah21 25-10-2023 05:05 PM
Itu je hukuman ambik nyawa org? Serius la
Quote Chah21 25-10-2023 05:07 PM
kotakominami replied at 25-10-2023 04:00 PM
Yg meninggal tu same joint bakar tandas jugak ke....atau mangsa buli?

Yg mninggal tu kwn deme jgk..sma2 lepak.. tp tertidur.. yg tertuduh ni konon nk bergurau.. sedih ye mak arwah ni dh hilang ank sorg,lpastu arwah pulak.. kira 2 ank dh xde
Quote sambaldurian 26-10-2023 07:09 AM
Mcm kurang suka pulak hukuman dia cuci toilet, bkn apa aku ni judgemental sikit. Buatnya dorg 'gila' sesambil cuci toilet, ada pulak letak kamera intip kt toilet tu ke. Seram kita mikirnya.
Quote Atata 26-10-2023 08:00 AM
kotakominami replied at 25-10-2023 04:00 PM
Yg meninggal tu same joint bakar tandas jugak ke....atau mangsa buli?

Yg meninggal tu tidur kat sofa tu. Arwah ni dia baru lepas makan ubat. Sehari sebelum kejadian tu tangan dia luka kena jahit so ada la ubat kena bekal. Jd sebelum kejadian tu dia makan ubat pastu dia keluar rumah. Mungkin lepak ngan kengkawan, dia ttidur kat sofa tu. Kwn2 main bakar2 sofa, bila dia tjaga dia x berani nak lalu sofa yg tbakar tu, dia masuk ke arah dalam tandas. Pastu sangkut la
Quote Atata 26-10-2023 08:01 AM
[tiktok]7252921586779491585[/tiktok]
Quote Atata 26-10-2023 08:05 AM
[tiktok]7254554504325057794[/tiktok]
Quote Atata 26-10-2023 08:07 AM
[tiktok]7245935155448122626[/tiktok]
Quote Atata 26-10-2023 08:09 AM
Chah21 replied at 25-10-2023 05:05 PM
Itu je hukuman ambik nyawa org? Serius la

Kan...   


Quote syamzana 26-10-2023 08:12 AM
ape la gurau bewok laguni. bodoh punya kawan, umur 16thn tu kalau pompuan dah blh nikoh bak kata decaf so mustahil benda2 camni tatau kesannya.
semoga perasaan bersalah melekat dlm hati bdk2 ni sampai depa mati
Quote s@s@ 26-10-2023 08:34 AM
patut budak bakar tahfiz tu ckp je nak gurau.
nanti dapat la hukuman cuci tahfiz 6 bulan
Quote albedah 26-10-2023 08:39 AM
Eh . Babi pulk aku membacanyaa
Quote BoongaKertas 26-10-2023 08:47 AM
mesti ada sebab sampai JKM pun suggest hukuman diorng mcm tu jer. walaupun meols tetap rasa x ckup hukuman tu. hmm
Quote tom2 26-10-2023 09:32 AM
Ait. Patut masing2 kena bakar dulu tangan tu.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.098343 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top