KUALA TERENGGANU – Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan maut setelah ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya semalam. Mangsa yang juga anak seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang.
Bapa mangsa yang cemas terus bergegas membawa bayi itu di pusat kesihatan IPTA berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia. Beliau berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak IPTA berkenaan pada sebelah pagi. “Sepasukan anggota polis bergegas ke pusat kesihatan IPTA tersebut sebaik dimaklumkan kejadian itu.
“Mayat bayi tersebut ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya yang dihubungi Kosmo! di sini hari ini. –CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 25-10-2023 03:30 PM
Sila lah dakwa ya. Jangan lepas sebab kesian alasan dia sudah cukup menderita. Kurang2 caj di mahkam ...
Rdizz replied at 25-10-2023 03:35 PM
Tapi betul lah i kesian pd parents, entah hr tu ada meeting yg urgent, kena pulak biasa wife hntar ...
Rdizz replied at 25-10-2023 03:35 PM
Tapi betul lah i kesian pd parents, entah hr tu ada meeting yg urgent, kena pulak biasa wife hntar ...
riyadhK replied at 25-10-2023 03:36 PM
Kenapa taska tak call @ whatsapp Tanya parents bila anak tak datang sekolah eh? So both party boleh ...
Decaffeinated replied at 25-10-2023 07:30 AM
Sila lah dakwa ya. Jangan lepas sebab kesian alasan dia sudah cukup menderita. Kurang2 caj di mahkam ...
Buritan replied at 25-10-2023 03:38 PM
Sgt byk org stress.. staff laki aku asyik ngadu pd laki aku.. beban tinggi.. aku ni alhmdlh wpun l ...
ADVERTISEMENT