Seorang remaja perempuan tercampak selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Pesanggrahan Raya, Kembangan, Jakarta Barat, Indonesia pada Isnin. Ketika kejadian, mangsa, Nazalla Alfiyani, 18, terlebih dahulu dilihat sedang duduk bersandar pada motosikalnya sambil berbual dengan seorang individu lelaki dipercayai rakannya.
Bagaimanapun kenderaan jenis Toyota Fortuner yang bergerak laju di jalan tersebut terus merempuh remaja terbabit hingga tercampak jauh dari lokasinya. Ketua Polis Trafik Metro Jakarta, Ajun Komisaris Besar Polisi (AKBP) Mokhhamad Sigit Purwanto berkata, kemalangan terbabit berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi.
|
ADVERTISEMENT