CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kawan-Kawan Mama Pun Ramai Yang Minta Baju Arwah'-Kilafairy Belum Kuat Kemas Barang Arwah Ibu

25-10-2023 08:04 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1762| Komen: 9

Pelakon dan penyanyi, Kilafairy mendedahkan ramai dalam kalangan rakan-rakan Rohana yang meminta untuk mendapatkan mana-mana baju penyanyi itu untuk dibuat kenangan.

Kilafairy atau Syakila Nisa Jaghir Khan berkata demikian ketika hadir pada majlis pelancaran koleksi pakaian rekaan Shanell Harun.


Wanita itu hadir menyarungkan pakaian milik ibunya yang pernah digayakan dalam persembahan tahun lalu hasil sentuhan pereka sama.


"Susah untuk saya pakai baju arwah. Masih ada bau dan kenangan bersama dia. Kawan-kawan mama pun ramai yang minta baju arwah, cuma saya belum berikan lagi. Jika saya beri dan mereka guna sebaik mungkin itu adalah yang terbaik.

"Di rumah masih banyak koleksi baju arwah. Rasanya penuh sebilik sebab dia masih simpan baju yang dipakai sejak awal menyanyi dahulu. Barang-barang mama pun tidak banyak yang saya usik lagi sebab terlalu sukar.

"Selepas mama meninggal dunia banyak perkara berlaku. Ada yang pasangkan batu nisan pada kuburnya dan ada pula yang datang membersihkan. Dari situ saya tahu mama disayangi ramai," ujarnya.

Kilafairy turut mengakui, selepas lima bulan pemergian arwah Rohana pergi dia hanya mampu berpura-pura gembira ketika bertemu orang ramai sedangkan hatinya merasakan kosong.

Hanya video lama nyanyian ibunya itu sebagai pengubat rindu serta mengimbau kembali kenangan ketika bersama.


"Saya beritahu diri sendiri memang tidak boleh melepaskan kesedihan selepas pemergian mama (Rohana), tiada hari yang saya tidak merasa sedih. Rasa rindu sehingga kini masih ada dan jiwa saya kosong.

"Kalau rindu saya akan tonton video lama nyanyian arwah. Baru-baru ini pun ada program TV yang menyiarkan nyanyian arwah, itu juga buat saya lepas rindu.

"Keluarga lain pun pelik sebab saya boleh tonton, tapi itulah cara saya lepas rindu. Namun kalau keluar rumah saya hanya berpura-pura gembira sedangkan hati sangat remuk," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eely_shana 25-10-2023 08:08 AM
Memang ibu tiada ganti. Moga baik2 buat kila
Quote CikNano 25-10-2023 08:21 AM
Dah kenapa kawan-kawan arwah dok sibuk nak baju arwah?? Dah kira harta pusaka dah pun
Quote helicornia 25-10-2023 08:56 AM
sapa ponen sebelah tu
Quote pocongkiutss 25-10-2023 09:01 AM
Iols x dpt bayangkan..rasanya iols jd hoarder kut..mmg takleh nk bg brg mak kt org lain..sbb tu kenangan dgn mak
Quote cikperiukkera 25-10-2023 09:28 AM
I feel u kila…x kisah la baru 5 bulan ke setahun dua ke kalau parent dh xde mmg rasa kosong tu akn dibawa sampai mati.
Quote Ayda89 25-10-2023 10:11 AM
Ponen tu punya makeup lagi teval dari kila opss..
Tabah la ye kila menanggung rindu yg tidak berkesudahan..
Quote talapia 25-10-2023 10:23 AM
cikperiukkera replied at 25-10-2023 09:28 AM
I feel u kila…x kisah la baru 5 bulan ke setahun dua ke kalau parent dh xde mmg rasa kosong tu akn  ...

aku pulak... tak kisah barang2 arwah..
mmg banyak baju arwah mak aku sedekahkan kat makcik2.. sedara mara n charity..
aku cuma amik sehelai kaftan and telekung arwah. Tu je.
adik2 pon amik selai sorang je baju.. masing2 amik baju harian arwah.. baju yg memang kita kenal dia pakai.
baju2 lain.. mmg sedekah dah.
kalau ikutkan.. segala pinggan mangkuk kt umah tu pon dah kira pusaka.. sbb tu arwah yg beli.
tapi kami tak berbagi pon. Guna aje kt umah tu mcm biasa.
pada aku.. cukupla memori bersama arwah.. dan gambar2 bersama. Tu je la wat kenangan.
Nak simpan barang2 arwah.. makin lama makin buruk.. makan space.. so better sedekah mana yg bole.
ni pon aku x mampu nk kemas bilik arwah all out. Abah aku masih ada.. dia guna bilik tu mcm biasa.. so tak perlu la aku nk punggah semua beria2..

Hilang emak ni.. memang rasa kosong. Tambah2 lagi mcm si Kila ni dia mmg rapat ngan mak dia kot kan.. memang susah la nk lepas. Aku yg dah ada keluarga sendiri pon.. bila balik rumah mak.. masih rasa kosong. Ada 1 kali tu.. aku kemas freezer kt umah tu.. jumpa pisang lenyek yg arwah frozen kan.. rendang..  aku panaskan.. n hidang utk semua. Makan je la walau hati rasa kelat.  Tapi tu je terakhir bole rasa..  takleh nk simpan sampai bila2 pon. Terima la hakikat tu.
Quote Moyangkucing 25-10-2023 12:41 PM
How I know her feelings!.. sampai hari ni barang2 mak dan abah masih ditempat asal walaupun dah 2 3 tahun mereka pergi... tak tau la bila nak kemaskan.. iols and sibling tak kuat...

Quote aemon 25-10-2023 12:48 PM
CikNano replied at 25-10-2023 08:21 AM
Dah kenapa kawan-kawan arwah dok sibuk nak baju arwah?? Dah kira harta pusaka dah pun

tu le aku pun terifikir da kenapa mintak2 barang org?

nk jual balik kah?kawan artis tersohor kan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.071371 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top