Pelakon Ezzrin Loy mengakui sudah lama mengenali pelakon jelita, Sharifah Rose dan hubungan rapat sama seperti rakan-rakan lain. Ezzrin berkata, dia mengenali Rose sejak zaman belajar dan kembali rapat selepas berlakon dalam drama Ku Punya Hati.
Bagaimanapun, adik kepada pelakon Elfira Loy itu enggan mendedahkan sejauh mana keakraban kerana perlu menghormati perasaan Rose dan keluarganya. "Saya tak boleh cakap lebih kerana ia membabitkan soal peribadi orang lain. "Lagipun, kalau nak keluarkan apa-apa kenyataan saya kenalah dapatkan keizinan Rose dan ibu bapanya terlebih dahulu. "Sebenarnya apa sahaja hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, itu adalah situasi terkini saya. Saya akan muat naik semua foto mereka yang rapat dan istimewa dalam hidup saya. "Sama macam orang lain juga, setiap foto dimuat naik tentunya ada nilai sentimental tersendiri," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program baharu, Unifi TV.
Ditanya sejauh mana selesa berkawan dengan Rose, Ezzrin mendedahkan, dia seorang yang 'introvert' dan akan memilih dengan siapa yang ingin didampingi. Justeru, katanya, apabila akrab dengan seseorang, itu bermakna individu berkenaan berjaya membuatkannya selesa. "Hubungan kami sebagai rakan. Kami pernah jadi rakan sekerja, jalan-jalan dan 'camping' "Tapi, bukan pergi berdua, selalunya akan disertai rakan lain. Ini kerana kami ada kumpulan rakan yang sama. "Cuma, saya selalu ingat pesan mak. Kalau nak berkawan biarlah betul-betul dan kalau rasa tak nak, cakap tak boleh nak berkawan lagi," katanya kepada BH Online. Sementara itu, Ezzrin mengakui kurang selesa apabila video menuruni eskalator bersama Rose dirakamkan secara sembunyi tular, beberapa bulan lalu. Menjelaskan perkara itu, Ezzrin berkata, mereka tidak keluar berdua, sebaliknya bersama seorang lagi rakan. "Kami baru balik makan tengahari bersama rakan selepas pulang bermain golf. Cuma, saya kurang selesa apabila video ini diambil secara sembunyi dan ditularkan. "Ia membabitkan privasi orang lain, jadi rasanya tak perlu disebarkan. Banyak lagi isu lain lebih penting daripada cerita turun eskalator," katanya yang kini kembali rancak berlakon selepas memilih berehat kerana ingin lari daripada watak budak sekolah. Sumber: BH Online |
pocongkiutss replied at 24-10-2023 11:37 PM
Seripah rose malu agaknya..dulu boipren anak jutawan
ADVERTISEMENT