Seorang lelaki mendedahkan bapa 'meminjam' namanya untuk memulakan perniagaan ketika usianya 18 tahun. Namun perniagaan milik bapanya kecundang sehingga terpaksa gulung tikar dan dia pula yang terkena tempias.
"Business lingkup, kena saman 100K (RM100,000) dan saya dibankrapkan. Bankrap masa umur 23 tahun, dah 10 tahun berlalu. Sekarang dah umur 33 tahun," luahnya. Cerita lelaki itu, namanya digunakan memandangkan nama bapanya turut berada dalam senarai muflis sebelum ini. "Sebelum ini atuk saya (belah mak) pun pernah bankrap sebab ayah saya. Kiranya ini bukan kali pertama dia buat, cuma saya terkilan kenapa mak tak halang ayah sedangkan sebelum ni dah banyak kali jadi," ujarnya melalui media sosial. Apa yang membuatkan lelaki tersebut lebih terkilan, bapanya seolah-olah lepas tangan tanpa rasa bersalah malah tidak melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan biarpun sudah sedekad berlalu.
Tambahnya, dalam tempoh 10 tahun sehingga kini, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk melakukan urusan peribadi dek kerana diisytiharkan muflis. "Sekarang nak beli rumah tak boleh, nak pergi overseas semua tak boleh. Ayah yang punca jadi macam ni lepas tangan macam tu. Ayah sendiri buat tak faham. "Apabila jumpa mak ayah, mak sendiri cakap banyakkan bersabar. Ini dugaan Allah nak uji. "Sebagai anak, saya betul-betul rasa macam kena khianat dengan ayah sendiri. Ada rasa menyesal juga sebab percaya dan biarkan ayah sendiri buat macam tu," kongsinya lagi. Luahan yang dikongsikan di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia itu mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan. Selain berkongsi pengalaman, ada di antara mereka menyarankan beberapa solusi kepada masalah yang dihadapi lelaki tersebut. "Jumpa peguam yang biasa buat kes kebankrapan. Ada 1,001 cara nak lepas bankrap. Tapi iyalah kena ada modal juga nak lantik lawyer. Usahalah sikit-sikit daripada tak ada perubahan. "Saya pernah dikhianat abang kandung sendiri sampai muflis RM250,000. Jadi saya tahu sangat apa yang kamu rasa. Pergi insolvensi, jangan culas bayar. Sebab saya bayar dengan insolvensi, tak ada sekatan untuk saya keluar negara. "Boleh ke insolvensi bincang. Ayah salah sebab lepas tangan, bukan salah sebab guna nama tuan kerana ia dengan persetujuan tuan sendiri pastinya. Tapi masa muda tak boleh fikir semua ini, ayah sepatutnya usaha sama-sama untuk selesai," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
KamikuP replied at 25-10-2023 08:14 AM
Tu bapak dari neraka tu.. nnti hujung2 ada le berita "Bapa ditinggal anak di hentian bas hidop sebat ...
syamzana replied at 24-10-2023 10:00 PM
kejinya peel ayah.kalau iols mesti marah giler, bila mak ckp dugaan dari Allah mau aku suh mak aku m ...
CatMiow replied at 25-10-2023 12:27 AM
Baru ni kat youtube ada pengurus jenazah kata waris tak nak tuntut jenazah mak, ramai kata anak de ...
otai_g replied at 25-10-2023 08:18 AM
Da muflis kdng2 nak keje dgn cmpny pun susah sbb dlm form tu akan ditanya adakah anda pernah didecla ...
ADVERTISEMENT