CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demi Solidariti Buat Palestin, Zul Yahya Nekad Berbasikal Dari Ipoh- Johor Bahru-Ipoh

24-10-2023 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3014| Komen: 17

Demi solidariti buat Palestin, Zul Yahya nekad berbasikal dari Ipoh ke Johor Bahru dan kembali semula ke Ipoh.

“Usaha saya yang kecil ini bagi menaikkan semangat dan sokongan kita kepada rakyat Palestin.


“Saya juga membawa tabung sumbangan utk sama-sama berkongsi rezeki kepada saudara kita di Palestin.

Foto: Sinar Harian

“Ayuh! kibarkan bendera Pelestin di rumah dan di premis anda tanda sokongan dan semangat kita kepada rakyat Palestin.

“Saya nak melihat bendera Palestin sepanjang kayuhan saya. Kibarkan bendera Palestin dimana saja,” tulisnya di Facebook.



Dalam pada itu, pelakon drama Pepaya itu turut menghargai setiap sokongan yang diberikan kepadanya.


“Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan, doakan semoga dipermudahkan urusan kayuhan saya pergi dan pulang,” harapnya.


Difahamkan, dia memulakan kayuhan tersebut dari Ipoh pada pagi Sabtu lalu.


Semalam Zul turut berkongsi perjalanannya dari Stadium Kajang menuju ke arah selatan. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-10-2023 08:07 PM
Larat dia yer..
Quote gigahertz 25-10-2023 12:37 AM
kalau naik basikal tengah highway i langgar je ya
Quote eely_shana 25-10-2023 06:18 AM
Naik basikal je. Kuat tol
Quote kitmal 25-10-2023 06:51 AM
OK la...asal tak susahkan orang dan diri dia bahagia
Quote Lavender_Violet 25-10-2023 09:46 AM
Apa sumbangan solidariti2 bagai ni utk org2 Palestin sana?
Dapat stopkan perang ke?
Duit sumbangan sepjg perjalanan tu betul ke ko sumbang ke sana? Harap tak masuk poket sendiri lah ye
Silap2 habis utk repair basikal dgn kos ko berbasikal tu aje
Sorry, aku tak nmpk relevan bersoladiriti mcm ni
Nak soladiriti ke hapa ke biar lah yg bermanafaat utk ummah Palestin sana
Rasanya kalau berdoa sungguh2 hari2 lagi ada faedah kot
Quote KamikuP 25-10-2023 09:48 AM
gigahertz: kalau naik basikal tengah highway i langgar je ya


Jgn le langgar cuolls kang tak psl2 cuolls masuk penjara.. cuolls hon je kalau dia ada kat hway boleh gitoh? ekekekek

Quote NazRysha 25-10-2023 09:50 AM
gigahertz replied at 25-10-2023 12:37 AM
kalau naik basikal tengah highway i langgar je ya

hahaha ngekkk
Quote kalchi 25-10-2023 09:57 AM
Lavender_Violet replied at 25-10-2023 09:46 AM
Apa sumbangan solidariti2 bagai ni utk org2 Palestin sana?
Dapat stopkan perang ke?
Duit sumbangan s ...

Kalau behimpun dpt penat je
Quote tipah89 25-10-2023 10:15 AM
naik motor dah lah, orang still nampak kan?still boleh bagi kesedaran kan..
Quote whadda 25-10-2023 10:17 AM
Dapat ape bersolidariti cara camni.. kalau stakat nak kutip sumbangan baik ko live tiktok jah.. macam la orang nunggu ko tepi jalan sama2 kibar bendera
Quote Rogue98 25-10-2023 10:34 AM
Ohh..nekadddd....ingatkan naked...adoiii
Quote mamajawie 25-10-2023 10:57 AM
gigahertz replied at 25-10-2023 12:37 AM
kalau naik basikal tengah highway i langgar je ya

Ya Allah kaka iollss sampai mengekek2 dkat tempat keje ni weyhhhhh..



Quote kucingitam 25-10-2023 12:07 PM
dapat apa eh kalau buat gini? org2 di filistin sinun blh dpt bantuan ke caner? sungguh aku tak paham org berhimpun, naik basikal, naik unta nak tunjuk sokongan kat palestin ni.. kalau derma, bagi bantuan tu berfaedah jugalah
Quote gigahertz 25-10-2023 01:59 PM
mamajawie replied at 25-10-2023 02:57 AM
Ya Allah kaka iollss sampai mengekek2 dkat tempat keje ni weyhhhhh..

i geng basikal ni i tak boleh.diorang ni ada je kat mana mana.
kat shah alam ada. kat batu pahat pun dia ada.
pastu duduk tengah jalan ramai2 terhegeh hegeh.
kereta i ni kalau slow slow tempature naik.
so kalau tempature kereta naik. dengan i naik darah.
Quote Binodino 25-10-2023 02:02 PM
Lavender_Violet replied at 25-10-2023 09:46 AM
Apa sumbangan solidariti2 bagai ni utk org2 Palestin sana?
Dapat stopkan perang ke?
Duit sumbangan s ...

Kita senada.

Lagipun musim hujan sekarang ni. Macam tak sesuai je nak berbasikal dengan umur macam tu.
Quote selipar_hijau 25-10-2023 02:04 PM
bistu apa faedah yg dia dapat dengan kayuh beskal camni?
Quote red_velvet 25-10-2023 03:51 PM
Edited by red_velvet at 25-10-2023 03:52 PM

Hmmmmmmm .... Larat ke kayuh sampai JB.. jangan tak sampai 1/4 jalan ade 4x4 dtg jemput turunkan kat tol Machap pastu  baru sambung kayuh sampai tol skudai... Alaa macam pakcik yg dok jalan kaki ke istana mintak keluarkan kwsp tu hari

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.095825 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top