CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keputusan Rayuan Amelia Henderson Bayar Ganti Rugi RM200,000 Kepada A. Aida Diketahui Jumaat Ini

24-10-2023 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1984| Komen: 8

Jumaat ini bakal diketahui keputusan rayuan Amelia Henderson yang diperintah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada produksi A. Aida Production Sdn Bhd.

Penetapan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa selepas mendengar rayuan yang dikemukakan oleh peguam mewakili Amelia iaitu Mansheel Kaur.


Leong juga meminta kedua-dua pihak untuk memberi sebarang maklum balas sebelum tarikh berkenaan sekiranya ada penyelesaian secara baik antara mereka.

Foto: IG

"Saya akan memberikan keputusan (rayuan Amelia) Jumaat ini. Jika pihak-pihak ada menyelesaikan perkara (rayuan) secara baik sebelum keputusan sila maklum juga pada Jumaat ini," katanya dalam prosiding yang berlangsung secara atas talian.

Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, sebelum ini memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada syarikat produksi milik Datuk A. Aida itu pada 18 April lalu.


Ganti rugi tersebut merupakan tuntutan saman yang dibuat oleh A. Aida susulan kegagalan pelakon itu mematuhi kontrak penglibatan dalam drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia kemudian membuat rayuan penangguhan bayaran selain permohonan maaf terhadap A. Aida.
Dalam perbicaraan sebelum ini Amelia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melanggar kontrak berkenaan.

Kes ini turut melibatkan pelakon Idris Khan namun ia berjaya diselesaikan secara baik di luar mahkamah bersama A. Aida. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eely_shana 24-10-2023 05:15 PM
Sape agaknya akan menang?
Quote Perawankota 24-10-2023 05:31 PM
Berapalah dia kena bayar klu betul2 kalah kes
Quote 3chanceno 24-10-2023 05:34 PM
Siap2 kopok lekor untuk kes nie dari jumaat hingga next wk. sibuk reporter cari upload berita yg sama kat forum nie
Quote MisXoXo 24-10-2023 06:34 PM
Kalah ni..eh..hahahaha
Quote anony-mous 24-10-2023 06:56 PM
Aik? Haritu bkn dah bgtau keputusan ke?

Btw apsal si amelia ni buat rayuan? Byr je la kata kaya n xbersalah? Pdhal aaida siap bg tempoh setel luar mahkamah cuma perlu mohon maaf secara terbuka je. Tp ego. Tup2 ko nk merayu2 plak
Quote Purplehaz 24-10-2023 07:24 PM
Rayuan mintak bayaran instalment ker atau mintak kurang amaun Saman.
Quote babycc 24-10-2023 07:53 PM
Aku start kes ni la jd menyampah ngan Amelia ni.. pdhal dulu aku suka je dia
Quote Orenn1 24-10-2023 08:43 PM
Amelia ko bayar je lah, kan byk job. Mintak maaf pun ko taknak hermmm. Acik aiaida semakin cantik pulak skrg ni, kurus n muka muda. Dulu zaman makz mula nak clubbbingg pernah nampak dia main snooker kat oakleaf club bukit antarabangsa. Masa tu mok n kurenggglah, skrg better

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.033969 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top