CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ariff Bahran Pelik, Lancar Lagu Orang Tak Peduli, 'Content’ Bodoh Campak Duit Lagi Dapat Publisiti

24-10-2023 02:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1508| Komen: 5

Penyanyi, Ariff Bahran mengakui netizen lebih memberikan perhatian terhadap ‘content’ yang menunjuk kekayaan berbanding bercakap mengenai karya lagu yang dihasilkannya.

Meskipun menerima kecaman netizen berhubung 'content' campak duit sebelum ini, Ariff atau Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari, 25, berkata video itu hanyalah eksperimen sosial semata-mata.



“Saya campak dan tunjuk duit kenapa dapat perhatian, tapi kenapa saya keluarkan dua atau tiga lagu sebelum ini mereka tak berikan perhatian yang saya inginkan.

“Mungkin atas faktor lagu itu atau lagu itu tidak kuat pemasarannya saya tak tahu, tapi kita hidup di dunia bila kita buat benda bodoh dan benda bodoh itu akan dapat perhatian.

“Jadi saya tahu bagaimana nak bermain dalam ‘permainan’ ini,” katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Ariff juga mengatakan dia tidak peduli dengan andaian orang ramai yang beranggapan dia menyertai program Famili Duo 3 kerana tidak mempunyai pendapatan susulan agak sepi dari industri seni suara sejak kebelakangan ini.

"Menyanyi adalah passion saya. Saya tidak kisah apa orang nak cakap pasal saya. 
Saya masuk Famili Duo kerana passion dan sebab Haqiem Rusli ajak.

"Saya suka menyanyi lebih daripada bisnes dan saya tidak akan pernah berhenti menyanyi," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 24-10-2023 04:59 PM
Kalau xkisah then xyahlah kisah oeh xkisahkan lagu kau.

Harap2 lepas ni makin melingkup.

Btw, mana kurma binik qkp bukak totop ghambot? Elok je rezeki masuk dengan senang.
Quote eely_shana 24-10-2023 06:22 PM
Mcam lain pulak beliau
Quote timah03 24-10-2023 06:27 PM
Jadi lah orang yg kreatif, sebab yg buat content bodoh tu dah ramai...
Quote sukanyanyi 24-10-2023 09:16 PM
Hakak nasehatkan adik baran nyanyi jgn terikut stail ur cousin sgt.. tu je. Yg lain2 hakak rase ok je. Tp bese lah, ramai yg top sblm pkp tetiba sendu lps pkp, nak2 yg kawin. Tp maybe lepas FD leh naik balik, amin.
Quote eely_shana 24-10-2023 11:07 PM
Teringat dlm cerita hantu asrama kat astro fgn tiz, masa tu nmpk budak2 lg

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.030570 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top