CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lembut Dan Jelita Sesiapa Pun Boleh Cair,"-Shahz Jaszle Simpati Sophia Dipanggil Penyondol

24-10-2023 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4581| Komen: 36

Shahz Jaszle simpati dengan Sophia Albarakbah yang dilabel sebagai 'penyondol'.

Shahz Jaszle yang pernah bergandingan dengan Sophia menerusi drama Cinta Hilang Kata berkongsi, Sophia ada menghubunginya dan isteri untuk mengadu hal berkenaan.


Foto: IG

"Dia agak sedih dan pernah hubungi saya dan isteri kerana orang tuduh dia itu ini. Saya ada nasihati dia dan minta dia supaya tak layan benda itu.

"Pada saya sekiranya tak buat, dia tak perlu takut kerana ada sesetengah orang dengki padanya sebab dia cantik. Tapi saya tahu dia kuat dan dia kerja keras untuk kerjayanya. 


"Saya ada mengingatkannya banyak lagi halangan dan cabaran yang akan dia lalui. Saya cuma nasihatkan dia jangan cepat mengalah dan putus asa, sebaliknya teruslah berkarya," kata Shahz kepada Harian Metro.



Dia juga menegaskan gelaran itu terlalu keras buat Sophia.

Sementara itu, Shahz mengakui kelembutan serta kejelitaan dimiliki aktres itu boleh mencairkan hati mana-mana lelaki.

Tetapi katanya, lelaki itu sendiri perlu tahu batas perhubungan mereka lebih-lebih lagi bagi yang berstatus suami orang.


"Saya sendiri sudah berkahwin dan pernah bekerjasama dengan Sophia. Saya tiada sebarang masalah dengan dia pun walau sudah berkahwin.

"Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri nak bawa diri ke arah mana dan nak letakkan perasaan bagaimana terhadap heroin kita.



"Memang bila berlakon sekali kita akan rapat sebab nak mewujudkan keserasian ketika berlakon, tapi kita sendiri kenalah kuat dan tahu status dan di mana kita berada.

"Sophia wanita yang lemah lembut, kelembutan dia  itu memang boleh buat orang salah sangka. Mungkin lelaki akan ingat Sophia suka pada mereka tapi sebenarnya memang sikap dia begitu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Barebow77 24-10-2023 02:28 PM
Awal sangat pula aku masuk..ada yang nak cerca tak..sebab korang circle yang sama..sorg kaki mencurang..sorg kaki menyondol..
Quote newyork 24-10-2023 02:30 PM
sebab peah tak minat ko..dia minat alep azis tu tinggi2 lampai mcm fattah semua tu...
Quote adiksha 24-10-2023 02:51 PM
yg bertudung tu sape?
cantek..
Quote Suchi 24-10-2023 03:02 PM
Maybe awak bukan taste dia kot
Quote Tudungpink 24-10-2023 03:08 PM
Peah ada taste.. Ko bukan taste dia .. Ko taste jahputik satu ketika dahulu je
Quote Atata 24-10-2023 03:11 PM
Peah ni lawa tp nampak jg dah kertooo
Quote deebiz14 24-10-2023 03:22 PM
Haha cer kalau si Peah dok menggatal kat heols... menjadik tak? Sembang kencang.
Quote Nizleen86 24-10-2023 03:24 PM
Oii dah lah bini ko pun lawa. Takyah simpati kat perempuan lain pulak.
Quote red_velvet 24-10-2023 03:27 PM
Halah halah playboya tua ni.... Nak jugak menyelitt
Quote Realpeople17 24-10-2023 03:33 PM
Sbb peah tak menggesel kat ko kn? Ce kalo peah menggesel ko mau ko nk lepaskan peluang. Sembang kencang jantan ni. Entah2 dlm diam ko tangkap cintan ngan peah tp dia tak meleset kat ko. Dari haritu lg ko backup dia puji2 dia. Sheshuatu shangattt..
Quote mamajawie 24-10-2023 03:59 PM
daripada shahdebab kaki curang baik la peah dengan gambit lagi herlok dari ko yachhh
Quote pocongkiutss 24-10-2023 04:02 PM
mamajawie replied at 24-10-2023 03:59 PM
daripada shahdebab kaki curang baik la peah dengan gambit lagi herlok dari ko yachhh

Tuhla..gambit lg elok..family pun baik2 & bukan calang2

cuma rendang skit la kan..mungkin peah suka yg tinggi
Quote selipar_hijau 24-10-2023 04:03 PM
taste org tu kurus tinggi muka terletak bro
Quote LadyCarefree 24-10-2023 04:32 PM
Sokong apa dia cakap. Hehehe memang sebelum alepputik mana ada hero lain apatah lagi hero lain punya bini yg kecoh nak tuduh Peah. Nabelah je overthinking dan sangka buruk sbb dia sendiri yg insecure.
Quote LadyCarefree 24-10-2023 04:34 PM
Yang pastinya Nabelah terbakar kot baca pujian2 gini buat Peah. xpasal, Alep kena tendang. Kan ada video dia bebaru ni acah2 nak terajang alep. iols rasa kalau kat rumah dia dah biasa tendang ler tu. LOL Dahlah obvious giler dia controlling. Sampai jawaban alep pun dia nak kontrol apa alep cakap.
Quote lightheaded67 24-10-2023 04:35 PM
tp ek, muka peah ada iras mulan jameela kan
Quote tipah89 24-10-2023 04:46 PM
awek lawa harusla bekap baek punyaa dgn harapannnnnnn......sila sambung.
Quote babelina 24-10-2023 05:04 PM
hahaha.. kelakar pula mamat nie ckp.. peah x mggatal ngn ko la nie.. xpn ko mggatal ngn peah.. peah frenzone kt ko.. sbb x taste ko..
Quote anony-mous 24-10-2023 05:09 PM
Gelinya laki org buat statement mcm ni maklum la dlu skandal dgn farah mereng tu je kan

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.044917 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top