CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gemuk Atau Kurus Fasha Sandha Sentiasa Seksi Di Mata Suami, Aidil Aziz Tak Kisah Dituduh Tumpang Duit Isteri

24-10-2023 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3072| Komen: 19

Aidil Aziz tak peduli dakwaan kononnya dia menumpang hasil titik peluh isteri, Fasha Sandha.

Sebagai pasangan suami isteri, dia lebih mengutamakan kebahagiaan rumah tangga berbanding memikirkan kata-kata negatif netizen.


Foto: IG

"Saya tak kisah orang nak cakap... yang penting walau apa pun dia adalah isteri saya dan saya adalah suami dia.

"Kami nakkan kebahagiaan, jadi janganlah peduli apa orang nak cakap," katanya kepada mStar.



Aidil memuji isterinya seorang pelakon yang komited serta sentiasa memberikan yang terbaik terhadap kerjaya seni.

Justeru itu, walaupun dia bergelar suami di rumah, namun dirinya tidak kekok untuk menuntut ilmu lakonan daripada Fasha.



"Dia memang seorang pelakon yang lebih senior daripada saya dan dia jauh lebih baik daripada saya dari segi kualiti lakonan dan juga komitmen.

"Saya sebagai suami dan juga pelakon banyak belajar daripada dia dan dia juga banyak memberi penerangan positif terhadap dunia lakonan," katanya lagi.

Mengulas mengenai penampilan isterinya yang dilihat semakin seksi sejak kurus, Aidil berkata aktres berkenaan sentiasa seksi di matanya tanpa mengira bentuk badannya.



"Dia tak kurus pun dia seksi pada pandangan mata saya... saya tak tahu nak cakap macam mana bila orang kata itu ini.

"Bagi saya, isteri saya sentiasa seksi di mata saya. Saya tak pernah kisah dia berisi atau kurus, paling penting dia sihat," jelasnya.


Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adiksha 24-10-2023 02:53 PM
swit muka anak pompuan dia
Quote opie5662 24-10-2023 05:02 PM
Tahniah sbb bg lelaki2 lain jamu mata dgn keseksian isteri kamu...
Quote babelina 24-10-2023 05:12 PM
ank dorg bdua nie comey btl..
Quote eely_shana 24-10-2023 06:23 PM
Edited by eely_shana at 25-10-2023 03:13 AM

Semoga kekal bahagia hgga ke jannah. Jauh kan dr anasir jahat
Quote Piramida 24-10-2023 06:28 PM
"Saya tak kisah orang nak cakap... yang penting walau apa pun dia adalah isteri saya dan saya adalah suami dia."

Takut satu hari, isteri tu sendiri yg kisah.
Quote menjad 24-10-2023 06:49 PM
Kapel yang terpaling geli tengok.
Quote doubleA 24-10-2023 08:01 PM
Geliiiiiiii

Pasha dgn jujai dulu tak la nampak geli sgt
Quote maroon_nerd 24-10-2023 10:33 PM
Jejai ni takde la tak elok sangat. Tapi anak2 dia berwajah desa ye. Padahal bekas2 bini kemain cantiknya.
Quote zeed 24-10-2023 11:04 PM
dah lawa jemyma.. biasa la kecik2 comot.. tp ibu raysha dgn daddy tiri is geli...
Quote oggy 25-10-2023 01:38 AM
Mak dgn anak berlawan tunjuk perut ke..
Quote telracs 25-10-2023 01:58 AM
Lily Patra kan yang paling hujung dalam gambar tu. Anak dia ke salah sorang tu?
Quote AKAZ85 25-10-2023 02:03 AM
Pasha kalau bergambar dengan laki dia kemain muka gersang amat ye.. Tak cukup2 ke kena tutuh kat rumah sampai kat luar pon beria muka lapar batang bagai nak tunjukkan bahagia bebeno ko dapat yedil ye
Quote eely_shana 25-10-2023 07:06 AM
Rayfal, jemaima n aisha. Jemaima makin cantik dh besar. Aisha pun comel
Quote juruterra 25-10-2023 08:43 AM
maroon_nerd replied at 24-10-2023 10:33 PM
Jejai ni takde la tak elok sangat. Tapi anak2 dia berwajah desa ye. Padahal bekas2 bini kemain canti ...

jejai tu wajah desa la... typical perakian look.
Quote pocongkiutss 25-10-2023 08:50 AM
Jijik dua ekoq ni

Pasah ni anak bongsu dia pun dia letak filter berlebihan..tp org tak kecam macam piyah pipi oren kan
Quote dewi_rina 25-10-2023 12:06 PM
Kuruihnya hangggg, mcm org sakit.. nak nampak muda tapi nampak dah mcm 40++

Marah weh kalau komen dia gini, mau dia repost
Quote dewi_rina 25-10-2023 12:24 PM
Rambut sheols tu extension ke? Dah lama tertanya-tanya..
Quote sayalala 25-10-2023 12:29 PM
start tgk ilkan dlm kolam tu ..jd cam kurenggg 'respect' kat dia..lg plak cam sejenis xleh org tegur dia nih..mase ngn jejai dulu rase xdela gini sgt..ntahlaaa
Quote OsHiN_hOnEy 25-10-2023 12:34 PM
dia setuju lar tu
'kononnya'
tak perlu beli rumah, tak perlu beli kereta
tak perlu sara anak2 dgn jejai

sapa jer kisah org tuduh mcm2
ada masa gi main bola dgn kazarian

life goals betul
tu bini dia dah sediakan mcm2 vid joget2
bkn dia kisah pun si semah harun tu dah tegur
laki kan tau baca doa mkn jer

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.066265 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top