CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Julia Farhana Perit Nak Kekal Istiqamah, Kalau Tiada Suami Mungkin Dah Buka Tudung

24-10-2023 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3150| Komen: 21

Julia Farhana, mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah kerana berhijab bukan hanya tentang memakai tudung semata-mata, tetapi harus mengubah seluruh gaya hidup yang patuh kepada syariah.

“Pertama kali bertudung adalah ketika Ramadan, waktu itu iman di fasa yang sedang kuat. Namun bila habis Ramadan, tidak tahu mengapa tiba-tiba ia menjadi sangat sukar.

Foto: IG

“Bila bertudung, ia bukan hanya tentang ubah cara pakai baju. Tapi harus ubah seluruh gaya hidup seperti jaga solat, jaga cara percakapan dan pergaulan.

“Percayalah, ia sangat sukar,” katanya kepada Utusan Malaysia.



Pelakon berdarah campuran Melayu-Itali itu mengakui, jika bukan sebab sokongan suami, Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim, perjalanannya untuk terus berhijab pasti menjadi lebih mencabar.

“Kadang saya menangis depan suami saya sebab sukarnya untuk kekal istiqamah bertudung.

“Kalau tiada suami saya, saya tidak tahu apa akan jadi dengan saya sebab dia yang akan ingatkan saya tentang nikmat hasil daripada setiap kesabaran.



“Dia juga pesan, saya sudah berjalan sejauh ini, oleh itu jangan patah balik. Dia akan ajak berzikir dan baca al-Quran bersama,” tambahnya.

Pelakon itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah menghakimi perjalanan hijrah seseorang artis.

“Kita jangan sesekali cuba menghakimi perjalanan hidup seseorang. Lebih baik kita amalkan untuk mendoakan yang baik-baik kepada sesiapa sahaja yang sedang berusaha menjadi lebih baik.



“Hanya kerana dia seorang selebriti dan menjadi pusat perhatian, tidak semestinya dia perlu tampil sempurna sentiasa.

“Ujian ini dilakui banyak orang, tidak hanya selebriti,” katanya.



Sebelum ini, pada Mac, Julia mengesahkan sudah berhijab dan mula memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung di Instagram.

Untuk rekod, Julia dan Dr. Che Hafiz mengumumkan pernikahan mereka pada 14 Disember tahun lalu iaitu selepas dua minggu mereka disatukan. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meah_kelabu 24-10-2023 12:10 PM
terpalinggg nk bgtau segalanya sebab laki
hmmmm
entahla nok
Quote Atata 24-10-2023 12:31 PM
Tak baca artikel tu cuma nak ckp kurang lawo dah husband dia. Aging kot
Quote NazRysha 24-10-2023 12:39 PM
Dia sesuai dangat dengan dr hafiz ni
Quote emera 24-10-2023 12:43 PM
Perit? Apa yg peritnye? Suruhan Allah tu perit sgt eh?
Quote red_velvet 24-10-2023 12:50 PM
Edited by red_velvet at 24-10-2023 07:21 PM

Alahai perlu ke nak bgtau semua ni kat rakyat malaysia? Makin tersengih sumbing la tiak lecak kalau baca ni... Btw kalau perangai u helok masa free hair, tak buat benda2 pelik as a muslim , sepatutnya tak la struggle mana pun nak jaga tingkah laku macam yg u cakap tu... Sbb masa free hair pun peel u dah memang helok...
Quote makita 24-10-2023 01:00 PM
Hayun la minah ni. Kalau tanak pakai bukak je lah. Kalau nak pakai pastikan la konsep apa, mengapa,  bila dan bagaimana tutup aurat tu. Bila dah fhm konsep baru lah x berbunyi. Cis dah mcm nak buat karangan bertema  lak.
Quote Suchi 24-10-2023 01:02 PM
Tak paham apa yg perit sgt. Kalau gitu elokla ramadan sepanjang tahun tak pun duk kat mekoh nun mesti auto bleh je memasing tutup aurat elok2.
Nk kata dia  atlit renang berirama pun bkn, terjun dlm air pun bkn, pramugari pun bkn so sepatutnya takda masalah sgt nak tutup aurat.
Quote True-X 24-10-2023 01:07 PM
pakai tudung sebab suami
Quote miracle_forever 24-10-2023 01:37 PM
hints nak bukak tudung suatu hari nnt??
Quote Natrisyia 24-10-2023 02:25 PM
Ye memang btl pun … nk istiqamah tu kadang2 kelaut dalam… lagi2 kalau kau dpt nak isteri bertudung tp buka but phone segala perempuan seksi nak dilihat. Kenot brain la, itu yg membuatkan para isteri ni lebih rela je freehair.. biarlah suami itu menanggung dosa dibakar ke dalam neraka paling dalam
Quote ghalibboy 24-10-2023 02:55 PM
Memang susah kalau dah biasa tak bertudung....sama lah diri ku. Dulu jenis pakai skirt , kebaya pendek dll... Bila mula pakai tudung rasa awkward . Tapi Alhamdulillah kekal bertudung hingga sekarang...faktor2 spr profession ( 90% bertudung ,target groups, dlk), keluarga, umur, kejiranan selain daripada kefahaman tentang tuntutan agama memainkan peranan untuk istiqomah.
I faham je  perasan orang2 yg mula berhijab dan patut beri support pada mereka. Tak semua orang dari kecil dididik oleh keluarga untuk bertudung.
Quote eely_shana 24-10-2023 05:14 PM
Semoga istiqamah
Quote pocongkiutss 24-10-2023 05:17 PM
red_velvet replied at 24-10-2023 12:50 PM
Alahai perlu ke nak bgtau semua ni kat rakyat malaysia? Makin tersengih sumbing la tiak lecak kalau  ...

Dia mmg kaki kelab ke dulu?
Quote red_velvet 24-10-2023 05:56 PM
pocongkiutss replied at 24-10-2023 05:17 PM
Dia mmg kaki kelab ke dulu?

Statement general je sis
Quote pichee 24-10-2023 06:02 PM
red_velvet replied at 24-10-2023 12:50 PM
Alahai perlu ke nak bgtau semua ni kat rakyat malaysia? Makin tersengih sumbing la tiak lecak kalau  ...

i thought die pnye peel mcm setakat freehair je.. rupanya hebat juga...

Quote TomyamPuteh 24-10-2023 06:03 PM
Dog sihat?
Quote eely_shana 24-10-2023 09:33 PM
Apa2 pun kapel ni nmpak sepadan
Quote uda 24-10-2023 09:41 PM
I baru tau yang husband dia Dr Che Hafiz ni dah jadi aesthetic dr dan dia jadi model treatment untuk klinik aesthetic tu.
Quote babycc 24-10-2023 11:25 PM
Betulla husband yg suruh dia pakai tudung.. aku lg suka dia free hair.. circle dia pon jenis yg free hair.. sexy2 lg.. mcm x kena tetiba die pakai tudung.. yg ex- laki dia skang ni kemain menayang mcm cantik sgt.. gi masjid pon da mcm gi fashion show gaya.. dah la selalu komen2 kat ig shuringai.. dedua ada perangai yg sama..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.118493 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top