Neelofa berang apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk coli. Di Insta Stories, Neelofa yang memuatnaik tangkap layar iklan produk palsu itu turut menyamakan mereka dengan perangai rejim zionis.
“Ni satu lagi sama jenis dengan Yahudi laknatullah! Perangai Zionis Israel, every penny you earn daripada guna gambar dan video, akan haram sampai bila-bila! "Tolonglah report fake scam FB account cari rezeki haram guna gambar, video orang tanpa kebenaran,"tulisnya. Neelofa turut menegaskan bahawa dia tidak menghalalkan pihak berkenaan yang turut meniru suaranya untuk mempromosikan produk ‘bra perubatan’ di media sosial.
“Perempuan mana yang tiru saya tu, kalau Melayu Islam lagi, memang spesis Israel laknatullah. Saya tak halal , makanlah duit haram dan berbahagialah tipu orang sana sini." Selain Neelofa, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga pernah beri amaran kepada penjual produk kecantikan di negara ini selepas menggunakan wajah dan videonya digunakan sebagai testimoni produk tanpa kebenaran. Siti juga mendedahkan bahawa ada individu yang lebih berani membuka akaun laman sosial palsu untuk menyamar sebagai penyanyi tersebut untuk memperdayakan orang ramai termasuk di Indonesia. -CARI |
ReginaGeorge replied at 24-10-2023 01:09 PM
Teringat dia dgn lemak catwalk. Memasing dengan senjata tegap dan tajam atas dada Euw
ReginaGeorge replied at 24-10-2023 01:09 PM
Teringat dia dgn lemak catwalk. Memasing dengan senjata tegap dan tajam atas dada Euw
Dysania@72 replied at 24-10-2023 05:17 AM
hahaha, aku ingat yg dress brown melekap berturban internasional
chinta89 replied at 24-10-2023 06:46 AM
zmn bila ek. eh tiber nk terobek pulak daku
ADVERTISEMENT