CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana Tak Tahu Diri Hamil, "Darah Keluar Banyak, Sakit Perut Sampai Menggigil Dan Keguguran"

24-10-2023 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2507| Komen: 12

Zizi Kirana alami keguguran dan sebelum itu tak sangka sedang hamil memandangkan dia sibuk dengan jadual kerja yang padat sehinggalah dirinya jatuh sakit.

“Saya terkejut, tak tahu masa tu tengah hamil. Saya pula kerja tak berhenti.


Foto: IG

“Mula-mula rasa badan lenguh, sakit kemudian teringin nak makan epal fuji merah sehinggakan bila suami beli epal lain saya tak nak.

“Selain itu, saya tak ada rasa nak tengok makanan berkuah. Saya pun pelik sampailah bila buat ujian kehamilan, positif. Terkejutlah kami!

“Bila buat temu janji dengan doktor, keesokan harinya tu ada darah keluar dan sakit perut sangat sampai menggigil. Doktor check ada pendarahan dan janin tak dapat diselamatkan  sebab kandungan di luar rahim,” katanya kepada Gempak.



Zizi dikejarkan ke hospital sebanyak dua kali akibat mengalami pendarahan yang banyak.

“Saya kena bius akibat mengalami pendarahan yang banyak. Dua kali saya masuk bilik OT.

“Tapi apa yang saya paling ingat sebelum masuk bilik OT tu adalah bila Suami cakap ‘Sayang kena hidup tau, saya tunggu kat luar’,” jelasnya.



Mengakui suaminya yang juga pelakon, Yusuf Bahrin banyak membantu dan memberi sokongan terhadapnya, Zizi bagaimanapun bersyukur dan reda dengan ketentuan Allah.

“Dia banyak tenangkan saya dan beri semangat. Suami cakap Allah yang berikan rezeki dan kita kena bersyukur,” ujarnya.



Berkongsi dengan lebih lanjut, Zizi memaklumkan dia terpaksa mengurangkan aktiviti dan kerjanya, bahkan mengakui dia dan suami juga tidak mempunyai apa-apa masalah selain memerlukan rehat yang cukup sekiranya hamil dalam masa terdekat.

Sekdar info, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dengan hanya sekali lafaz. -CARI


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 24-10-2023 11:51 AM
semoga berhati2 slps ni, tc zizi
Quote Cassieopeia 24-10-2023 02:16 PM
moga ade rezeki lg lps ni.
Quote Kancilkering 24-10-2023 02:24 PM
takziah…moga ada rezeki lagi
Quote babelina 24-10-2023 02:42 PM
Allah.. moga dikurniakn lg rezki zuriat..
Quote per706 24-10-2023 02:48 PM
Laaa kesian...takziah...ade rezeki lagi insyaAllah...
Quote Suchi 24-10-2023 03:08 PM
Kalau luar rahim mmg takda pilihan lain kena kuarkan juga sbb bahayakan nyawa.
Tu pun dah bleeding maybe dah pecah, biasanya janin tu duk kat tiub fallipio.
Pecah sbb tiub tu bkn rahim takleh nk kembang tampung janin sampai besar, tak silap takat  7-8 weeks je pun.
Better buang dulu sblm pecah, bila pecah akan berlaku pendarahan dalaman kalau lambat dirawat boleh maut si ibu.
Quote sayurmayur88 24-10-2023 03:20 PM
suami dia ada iras arel zafrel lah..
herlok
Quote missbigrockstar 24-10-2023 03:32 PM
Suchi replied at 24-10-2023 03:08 PM
Kalau luar rahim mmg takda pilihan lain kena kuarkan juga sbb bahayakan nyawa.
Tu pun dah bleeding m ...


Aduh baca description kau tulis pun aku hanya mampu bayang kesakitan para Ibu yg mengalami kandungan sebegini
Semoga semua baik2 saja Zizi get well soon.
Quote cik_ingeniare 24-10-2023 03:40 PM
salam takziah buat keduanya. moga dikurniakan rezeki zuriat & semoga cepat sembuh!
Quote Kancilkering 24-10-2023 03:46 PM
takziah
bersabar lah
Quote duradanis 24-10-2023 04:32 PM
satu tiub kena buang, so tinggal satu.. hope dimurahkan rezeki bby selepas ni..
Quote Manusiabesa 24-10-2023 04:39 PM
Suchi replied at 24-10-2023 03:08 PM
Kalau luar rahim mmg takda pilihan lain kena kuarkan juga sbb bahayakan nyawa.
Tu pun dah bleeding m ...

Kes zizi ni kena remove sebelah tiub skli x? Sbb kdg tu etopik smpai tiub kena remove. But still berbekalkan tiub lg sbelah je ada pun rmai boleh hamil lg 2,3x , hebat cptaan allh. Ps pun penah ckp dia skrg tiub sbelah je ada. Dua2 anak tu dpt after etopik smpai tiub pon kena remove.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.373196 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top