CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alami Pendarahan Teruk Akibat Fibroid, Isteri Aril Pilus Masuk ICU Selepas Bersalin Anak Kedua

24-10-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2241| Komen: 15

Aril Pilus risau memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.

Kata Aril atau Khairil Azam Pilus, 37, isterinya itu terpaksa menjalani dua kali pembedahan akibat masalah fibroid yang dialami.


Foto: IG

"Saya tak boleh nak terlalu gembira kerana ada yang belum selesai lagi. Sekarang isteri masih ditidurkan di ICU untuk tujuan pemantauan. Tak boleh nak ceritakan perasaan sekarang ini, saya rasa kosong.

"Perasaan saya sekarang ini 50 peratus gembira dan 50 peratus sedih serta risau. Namun dapat melihat wajah baby buat saya rasa gembira," katanya kepada mStar.



Aril sebelum itu berkongsi isterinya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka secara pembedahan.

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan di Hospital Ampang pada pukul 10.20 pagi Isnin.

Menurut Aril pembedahan kedua isterinya itu dilakukan atas nasihat doktor akibat pendarahan teruk selepas bersalin.



"Pada awalnya doktor beritahu pembedahan untuk masalah fibriod itu tidak perlu dilakukan lagi kerana bahaya selepas melahirkan anak.

"Namun disebabkan isteri alami pendarahan teruk, doktor nasihatkan untuk terus lakukan pembedahan kedua. Doakan isteri saya agar cepat sembuh," ujarnya.

Dalam temu bual sebelum ini Aril pernah berkongsi mengenai masalah fibroid yang dialami Erma ketika awal kehamilan kedua itu.



Dia juga terpaksa menerima hakikat isterinya perlu menjalani pembedahan membuang rahim meskipun lapan tahun menantikan kelahiran cahaya mata kedua.

Untuk rekod Aril dan Erma mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2013 dan mereka juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 24-10-2023 10:14 AM
Tkotnya.menda2 gini la yg aku doa sgt2 xmau la sangkut. Cysts  fibroid endo pcos bagai nehh. Apa la punca. Ye. Fast food ke ek
Quote Manusiabesa 24-10-2023 10:26 AM
Alamak baru bca balik..rahim pun kena remove..huhu sedihnya bukan kepalang
Quote ketambangkang 24-10-2023 10:46 AM
semoga cpt sedar & cpt sembuh
Quote ezacbee 24-10-2023 10:54 AM
Mujur baru dapat anak ke 2.. Ramai kes camni bila umur dah 30an ke atas.

Nama anak tun boleh ek? Ingatkan x boleh.
Quote cap_ayam 24-10-2023 11:20 AM
Semoga cepat sedar dan sembuh ..
Quote nagaijau 24-10-2023 12:31 PM
ezacbee: Mujur baru dapat anak ke 2.. Ramai kes camni bila umur dah 30an ke atas. Nama anak tun boleh ek? Ingatkan x boleh.

keturunan megat n puteri mmg anak nama tun... darah keturunan sultan perak yang kahwen org biasa..

Quote syamzana 24-10-2023 12:38 PM
semoga dipermudahkan urusan...cepat sedar dan sembuh
kesian anak2 dan lakinya jugak
Quote nini_azmi 24-10-2023 12:49 PM
Moga dimudahkan urusan dan diberikan kebaikan oleh Allah
Quote nazzse 24-10-2023 05:41 PM
Kesian gak kat wife dia ni, boleh kata bedridden sepanjang pregnant tapi masih kuat demi zuriat. Aril ni pun nampak suami & ayah yg baik. Semoga dipermudah urusan wife dia & tahniah baby dah selamat
Quote eely_shana 24-10-2023 08:45 PM
Semoga cepat sembuh isteri ariel
Quote kaishi 24-10-2023 08:52 PM
Anak kedua ketiga dan ke empat, aku mengandung dgn fibroid.

Pendek cerita, ketiga2 anak aku yg aku ngandung ada fibroid ni, anak ketiga dan ke empat lahir tak ckup bulan dan tak ckup berat, anak keempat aku buang rahim.sebelah juga, tp fibroid tak blh buang... Masih follow up.

Lepas bsalin, ms rahim kecut tu, sakit dia 3 kali ganda, haha, aku 3-4 jam.sekali minx morfin sbb memg sangaaaaTtt sakit, fibroid tu besar dgn baby, bila baby keluar, rahim nak mengecut ada fibroid. Sakit dia Allah je tau. Nak tgu rahim kecut dan turun pon lambat.......

Semoga dipermudahkan urusan ariel ni, aku dah.lalui tumpah darah bersalin, duduk HDU beberapa hari. Pengalaman
Quote mamastoney 24-10-2023 08:57 PM
Wife dia pilih bersalin kat sini di hosp Ampang walopun family dia kat Kelantan kaya raya rumah banglo besar. Dia pun bukan sejenis berlagak dan sombong, family dia pun baik2. Smg cepat sembuh. Tahniah dpt bb
Quote Nham22 24-10-2023 09:16 PM
mamastoney replied at 24-10-2023 08:57 PM
Wife dia pilih bersalin kat sini di hosp Ampang walopun family dia kat Kelantan kaya raya rumah bang ...

Oh yeke family wife die kaya raya... Baru tau
Quote doubleA 25-10-2023 04:10 AM
Kesiannya wife dia, kuat semangat sungguh. Takut wei pendarahan lepas bersalin. Harap wife aril cepat sembuh. Buang rahim pun takpela nak buat camana, 2 anak pun ok cukup dah. Semoga baby cepat2 boleh jumpa maknya. Suami mana tak risau, semoga semuanya dipermudahkan dan wife nya cepat sembuh
Quote shernazz 25-10-2023 07:22 AM
mamastoney replied at 24-10-2023 08:57 PM
Wife dia pilih bersalin kat sini di hosp Ampang walopun family dia kat Kelantan kaya raya rumah bang ...

Maybe sebab high risk kot
Kalau kat swasta Nanti Kang dianhanto ke Gomen juga kalau dia tak boleh handle...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.973703 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top